Hans Krebs

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hans Adolf Krebs)
Sir Hans Adolf Krebs
Kelahiran(1900-08-25)25 Ogos 1900
Meninggal dunia22 November 1981(1981-11-22) (umur 81)
WarganegaraJerman
KerakyatanUnited Kingdom ((naturalisasi, sejak 1939)
Pusat pendidikanUniversiti Göttingen
Universiti Freiburg
Universiti Berlin
Universiti Hamburg
Terkenal keranaKitaran Krebs
Larutan Krebs–Henseleit
Kitaran Krebs–Henseleit
Kitaran glioksilat
PasanganMargaret Cicely Fieldhouse (k. 1938)
Anak-anakPaul, John dan Helen
AnugerahAlbert Lasker Award for Basic Medical Research (1953)
Hadiah Nobel dalam Fisiologi dan Perubatan (1953)
Pingat Diraja (1954)
Pingat Copley (1961)
Kerjaya saintifik
BidangInternal medicine, biokimia
InstitusiKaiser Wilhelm Institute for Biology
Universiti Hamburg
University of Cambridge
University of Sheffield
Universiti Oxford

Hans Adolf Krebs (25 Ogos 1900 – 22 November, 1981)[1][2][3][4][5] merupakan seorang doktor dan ahli biokimia British kelahiran Jerman.[6] Beliau merupakan saintis perintis dalam kajian Respirasi sel iaitu suatu laluan biokimia sel untuk tujuan penghasilan tenaga dalam badan.[7][8] Beliau paling dikenali kerana menemukan dua tindak balas kimia penting dalam tubuh badan manusia, iaitu kitaran-kitaran urea dan asid sitrat; kitaran kedua ini meraih beliau Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pada tahun 1953. Beliau turut menemui kitaran glioksilat - suatu jenis  kitaran asid sitrat yang terdapat dalam tumbuhan, bakteria, protis dan kulat - bersama Hans Kornberg.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Krebs dilahirkan di Hildesheim, Jerman, sebagai anak tengah kepada Georg Krebs - pakar bedahu telinga, hidung dan tekak - dan Alma Krebs (nama akhir asal Davidson).

Hans dikerahkan ke dalam Tentera Darat Empayar pada September 1918 menghampiri penghujung Perang Dunia Pertama, ketika beliau sedikit lagi hendak menghabiskan persekolahannya. Hans dibenarkan mengambil suatu peperiksaan kecemasan untuk ijazah sekolah tinggnya, di mana beliau mendapat skor yang agak tinggi sehingga disyaki para pengawal peperiksaan.[9]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kehidupan Hans sebagai seorang saintis yang dihormati terhenti sewaktu kebangkitan Hitler pada tahun 1933 yang berkuasa, di mana pemerintahan Adolf mengenakan undang-undang yang memutuskan pelucutan semua bukan orang Jerman, dan anti-Nazi, dari pekerjaan profesional mereka; termasuklah Krebs yang berketurunan Yahudi. Krebs menerima surat pemecatan rasmi beliau dari pekerjaannya pada bulan April 1933, dan perkhidmatan telah ditamatkan pada 1 Julai 1933. Frederick Gowland Hopkins dari Universiti Cambridge segera datang menyelamatkan beliau dengan meyakinkan universiti tersebut untuk merekrut Krebs bekerja bersamanya dalam Jabatan Biokimia universiti itu.[10]Krebs menetap di Cambridge pada Julai 1933 dengan sokongan kewangan dari Yayasan Rockefeller. Dia dilantik sebagai Demonstrasi dalam biokimia pada tahun 1934. Pada tahun 1935, Universiti Sheffield menawarkannya suatu kerusi Pensyarah Farmakologi, dengan kemudahan makmal yang lebih luas serta gaji yang lebih banyak - beliau bekerja di sana selama 19 tahun. Universiti Sheffield membuka sebuah Jabatan Biokimia (kini Jabatan Biologi Molekul dan Bioteknologi) pada tahun 1938 di mana Krebs menjadi Ketua pertamanya, dan akhirnya seorang Profesor pada tahun 1945.

Krebs meninggal dunia pada 22 November 1981 di Oxford.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kornberg, H.; Williamson, D. H. (1984). "Hans Adolf Krebs. 25 August 1900 – 22 November 1981". Biographical Memoirs of Fellows of the Royal Society. 30: 350–385. doi:10.1098/rsbm.1984.0013.
  2. ^ Weber, George (2001). "Sir Hans A. Krebs Centenary Lecture: cancer and clinical targeting". Advances in Enzyme Regulation. 41 (1): 1–29. doi:10.1016/S0065-2571(00)00026-1. PMID 11417529.
  3. ^ Gibbons, Marion Stubbs, Geoff (2000). "Hans Adolf Krebs (1900–1981)...His Life and Times". IUBMB Life (International Union of Biochemistry and Molecular Biology: Life). 50 (3): 163–166. doi:10.1080/152165400300001462.
  4. ^ Raju, Tonse NK (1999). "The Nobel Chronicles". The Lancet. 353 (9164): 1628. doi:10.1016/S0140-6736(05)75758-5. PMID 10334294.
  5. ^ Kantha, S. Sri (1991). "The question of nepotism in the award of Nobel prizes: A critique of the view of Hans Krebs". Medical Hypotheses. 34 (1): 28–32. doi:10.1016/0306-9877(91)90061-3. PMID 2056924.
  6. ^ "Sir Hans Adolf Krebs". Encyclopædia Britannica, Inc. Dicapai pada 26 July 2014.
  7. ^ Leigh, F W (2009). "Sir Hans Adolf Krebs (1900–81), pioneer of modern medicine, architect of intermediary metabolism". Journal of Medical Biography. 17 (3): 149–154. doi:10.1258/jmb.2009.009032. PMID 19723965.
  8. ^ Edsall, John T (1993). "Master of metabolic cycles". Nature. 366 (6454): 417–418. Bibcode:1993Natur.366..417E. doi:10.1038/366417a0.
  9. ^ Hans, Krebs; Martin, Anne (1981). Reminiscences and Reflections. Oxford: Clarendon Press. m/s. 14. ISBN 978-0-1985-4702-0.
  10. ^ Hans, Krebs; Martin, Anne (1981). Reminiscences and Reflections. Oxford: Clarendon Press. m/s. 48. ISBN 978-0-1985-4702-0.
  11. ^ Altman, Lawrence K. (9 December 1981). "Sir Hans Krebs, winner of Nobel for research on food cycles, dies". The New York Times. Dicapai pada 13 December 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]