Edvard Moser

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Edvard Moser
Edvard Moser 2015.jpg
Moser pada 2015
Lahir (1962-04-27) 27 April 1962 (umur 57)
Ålesund, Norway
KediamanTrondheim, Norway
WarganegaraNorway
BidangNeurosains
InstitusiUniversiti Sains dan Teknologi Norway
Universiti Edinburgh
Pusat pendidikanUniversiti Oslo
Dikenali keranaSel grid, sel tempat, sel sempadan, neuron
AnugerahHadiah Louis-Jeantet untuk Perubatan (2011)
Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (2014)
PasanganMay-Britt Moser (1985–2016)
Anak2

Edvard Ingjald Moser (dilahirkan pada 27 April 1962) ialah ahli psikologi dan pakar neurologi dari Norway, yang merupakan profesor psikologi di Universiti Sains dan Teknologi Norway (NTNU) di Trondheim.[1] Beliau berkongsi Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pada tahun 2014 dengan isterinya, May-Britt Moser dan mentor mereka John O'Keefe untuk kerja mereka mengenal pasti sel- sel tempat yang membentuk sistem kedudukan otak.[2][3] Beliau adalah ahli sains luar Institut Neurobiologi Max Planck, yang mana beliau telah bekerjasama selama beberapa tahun.[4]

Moser dilahirkan pada ibu bapa Jerman yang telah berpindah ke Norway pada tahun 1950-an, dan dibesarkan di Ålesund. Beliau belajar psikologi di Universiti Oslo, dilantik sebagai profesor psikologi di Universiti Sains dan Teknologi Norway (NTNU) pada tahun 1996 dan dinaikkan pangkat menjadi profesor neurosains pada tahun 1998. Beliau kemudiannya menjadi ketua jabatan Institut Sistem Neurosains di NTNU.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Edvard Ingjald Moser". www.ntnu.no (dalam bahasa Bokmål Norway). Dicapai 2018-09-04. 
  2. ^ "The Nobel Prize in Physiology or Medicine 2014". www.nobelprize.org. Dicapai 2017-02-07. 
  3. ^ Fenton, André A. (2015-06-01). "Coordinating with the "Inner GPS"". Hippocampus (dalam bahasa Inggeris). 25 (6): 763–769. doi:10.1002/hipo.22451. ISSN 1098-1063. PMID 25800714. 
  4. ^ Pemenang Hadiah Nobel Moser menjadi ahli luar Institut Neurobiologi Max Planck

Pautan luar[sunting | sunting sumber]