Karl Landsteiner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Karl Landsteiner
Karl Landsteiner, 1920s..jpg
Lahir 14 Jun 1868(1868-06-14)
Vienna, Austria-Hungary
Meninggal dunia 26 Jun 1943 (umur 75)
New York City, New York, U.S.
Kerakyatan Austria, Netherlands, US
Bidang Medicine, virology
Institusi University of Vienna
Rockefeller Institute for Medical Research
Pusat pendidikan University of Vienna
Dikenali kerana Pembangunan kumpulan darah, penemuan faktor Rh, penemuan virus polio
Anugerah utama

Karl Landsteiner, ForMemRs (14 Jun 1868 - 26 Jun 1943) merupakan seorang ahli biologi dan doktor berbangsa Austria dan Amerika. Beliau terkenal dengan sumbangan pengasingan kumpulan-kumpulan darah pada tahun 1900, sekaligus mencipta sistem klasifikasi darah moden dengan mengenal pasti kehadiran "agglutinin"/"agen pelekat darah" di dalam darah. Hasil kerjasama beliau dengan Alexander S. Wiener pada tahun 1937 telah mengenal kehadiran faktor "rhesus" darah, justeru membolehkan para doktor untuk melakukan transfusi darah tanpa menggugat nyawa pesakit. Beliau menemui virus polio pada tahun 1909, dengan kerjasama Constantin Levaditi dan Erwin Popper. Dia menerima Hadiah Aronzon pada tahun 1926. Pada tahun 1930, beliau menerima Anugerah Nobel di dalam bidang perubatan. Beliau turut dianugerahkan Anugerah Lasker pada tahun 1946, selepas beberapa tahun kematiannya. Beliau dikenali sebagai "Bapa Perubatan Transfusi".

Permulaan kerjaya akademik[sunting | sunting sumber]

Bapa Landesteiner, Leopold (1818 - 1875) merupakan seorang jurnalis terkenal warga Vienna, yang juga merupakan ketua editor untuk Die Presse. Beliau meninggal dunia pada umur 56 tahun, semasa Karl berumur 6 tahun. Kematian bapanya merapatkan hubungan beliau dengan ibunya, Fanny (dilahirkan pada1837 - 1908). Selepas bergraduasi dengan keputusan peperiksaan Matura dari sebuah sekolah menengah Vienna, beliau mengambil jurusan perubatan di Universiti Vienna dan mengarang tesis kedoktoran pada tahun 1891. Semasa beliau masih merupakan seorang pelajar, beliau telah menerbitkan sebuah esei yang bertumpu kepada pengaruh diet ke atas komposisi darah.

Dari tahun 1891 - 1893, Landesteiner mempelajari jurusan kimia di Würzburg, di bawah pengawasan Hermann Emil Fischer di München ,Eugen Bamberger dan di Zürich, di bawah pengawasan Arthur Rudolf Hantzsch. Beberapa jumlah terbitan hasil kerjasama beliau dan profesornya pada masa itu menunjukkan beliau tidak mengehadkan diri kepada ajaran kelas kuliah sahaja.

Kerja Penyelidikan di Vienna - Penemuan virus polio[sunting | sunting sumber]

Sekembalinya beliau dari Vienna, beliau menjadi pembantu penyelidik kepada Max von Gruber di Institut Kebersihan ("Hygiene Institute"). Kajian beliau menumpukan fokus kepada mekanisme imuniti dan sifat antibodi. Dari November 1897 hingga 1908, beliau merupakan pembantu di bahagian patologi dan anatomi di Universiti Vienna di bawah pengawasan Anton Weichselbaum, di mana beliau menerbitkan 75 buah tesis yang berkaitan dengan isu-isu serologi, bakteriologi, virologi dan patologi-anatomi. Selain daripada itu, beliau telah melakukan 3,600 sesi autopsi di dalam tempoh masa 10 tahun. Weichselbaum merupakan tutor beliau untuk kelayakan ijazah kedoktoran kuliah pada tahun 1930. Dari tahun 1908 hingga 1920, beliau melaksanakan tugas sebagai seorang pembedah di Wilhelminenspital di Vienna. Pada tahun 1911, beliau merupakan professor bersekutu bahagian anatomi dan patologi. Di dalam tempoh tersebut, hasil kerjasama dengan Erwin Popper, beliau membuat penemuan tentang ciri-ciri jangkitan "poliomyelitis" dan mengasingkan virus polio. Berikutan penemuan inovatif ini (justifikasi untuk menentang penyakit polio), beliau telah dinobatkan ke dalam Dewan Kemashyuran Polio di Warm Springs, Georgia selepas kematiaannya iaitu pada Januari 1958.

Penemuan kumpulan-kumpulan darah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1900, beliau mendapati campuran darah daripada dua manusia melekat bersama dan membentuk ketulan ("agglutinates"). Pada tahun 1908, beliau mendapati ini adalah kesan daripada sentuhan darah dengan serum darah. Hasil dari pemerhatian tersebut, beliau berjaya mengenal pasti tiga kumpulan darah A, B dan O di mana beliau melabelkan mereka sebagai C, kumpulan darah manusia. Landsteiner juga mendapati proses transfusi antara dua kumpulan darah yang sama tidak memusnahkan sel-sel darah, dan sebaliknya sel-sel darah termusnah sekiranya kumpulan darah adalah tidak sama. Berdasarkan penemuan beliau, transfusi darah berjaya yang pertama telah dilakukan oleh Reuben Ottenberg di Mount Sinai Hospital di New York pada tahun 1907.

Patung Landsteiner di Warm Springs

Pada masa kini, adalah diketahui bahawa seorang yang mempunyai kumpulan darah AB boleh menerima darah yang diderma daripada kumpulan darah yang lain, manakala kumpulan darah O boleh menderma kepada semua kumpulan darah yang lain. Individu yang mempunyai kumpulan darah AB dikenali sebagai penerima darah sejagat manakala individu yang berdarah O dikenali sebagai penderma darah sejagat. Hubungan penderma dan penerima darah adalah disebabkan fakta di mana kumpulan darah O tidak memiliki antigen darah kumpulan A atau B. Oleh itu, sistem imun badan individu O tidak akan menolak dermaan darah tersebut. Dalam pada itu,disebabkan individu berdarah AB tidak membentuk antibodi terhadap antigen kumpulan darah A atau B, mereka boleh menerima darah daripada individu yang mempunyai kumpulan darah tersebut, selain dari kumpulan darah O.

Transfusi darah pada hari ini hanya tertumpu kepada transmisi sel darah merah tanpa serum darah. Ini merupakan prosedur penting di dalam bidang pembedahan. Pada tahun 1930, Landsteiner telah dikurniakan Anugerah Nobel di dalam bidang perubatan atas pencapaian-pencapaian beliau. Sebagai perintis kerjanya, beliau dikenali sebagai "Bapa Perubatan Tranfusi".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan frs tidak disediakan