Februari 2010
Penampilan
Februari 2010 ialah bulan kedua untuk 2010 dan 2010-an. Ia bermula pada hari Isnin dan berakhir selepas 28 hari pada hari Ahad.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 28 Februari - Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 berakhir (gambar penutupan) di Vancouver, dengan tuan rumah Kanada mendapat rekod 14 pingat emas.
- 27 Februari - Gempa bumi 8.8 Mw (peta gempa) melanda persisiran Kawasan Maule di Chile, mengorbankan lebih 700 orang dan menghasilkan tsunami.
- 20 Februari - Filem Turki Bal memenangi Goldener Bär di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-60.
- 20 Februari - Banjir dan tanah runtuh di pulau Madeira, Portugal membunuh 43 orang.
- 20 Februari - Kerajaan campuran Belanda pimpinan Perdana Menteri Jan Peter Balkenende runtuh kerana isu pembaharuan misi tentera negara itu di Afghanistan.
- 19 Februari - Kesatuan Afrika menggantung keahlian Niger selepas terjadinya rampasan kuasa tentera di negara tersebut.
- 19 Februari - Menara masjid (gambar) sebuah masjid di Meknes, Maghribi, runtuh ketika solat Jumaat, membunuh 41 orang.
- 18 Februari - Sekumpulan askar menggempur istana presiden Niger, menahan Presiden Tandja Mamadou, dan menubuhkan junta tentera.
- 18 Februari - Gelongsoran di Kohistan, barat laut Pakistan, menimbus sebuah kampung dan membunuh lebih 100 orang.
- 18 Februari - Interpol memasukkan 11 orang yang disyaki membunuh komander Hamas Mahmoud al-Mabhouh di Dubai dalam senarai dikehendakinya.
- 16 Februari - Pemimpin Taliban Afghan Abdul Ghani Baradar ditangkap oleh ejen CIA dan ISI dalam satu operasi di Karachi, Pakistan.
- 15 Februari - Dua kereta api bertembung berhampiran Halle, Belgium (gambar peta), membunuh 18 orang dan mencederakan 162 yang lain.
- 14 Februari - Kabel elektrik voltan tinggi menimpa dua bas di Port Harcourt, Nigeria, menyebabkan 20 penumpang maut terkena kejutan elektrik.
- 13 Februari - Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat diadakan di Doha, Qatar.
- 13 Februari - Pengeboman sebuah kedai roti Pune, India, membunuh 11 orang dan mencederakan 60 yang lain.
- 13 Februari - Angkatan ISAF pimpinan NATO di Afghanistan melancarkan Operasi Moshtarak, serangan terbesar terhadap Taliban sejak 2001.
- 12 Februari - Kedamaian sementara yang ditandatangani pemberontak Houthis di Yaman menamatkan enam bulan pertempuran semasa Operasi Bumi Hangus.
- 12 Februari - Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 (gambar pembukaan) bermula di Vancouver, Kanada.
- 11 Februari - NASA melancarkan Solar Dynamics Observatory dalam satu misi lima tahun mencerap Matahari.
- 8 Februari - Laura Chinchilla (gambar) terpilih sebagai Presiden wanita pertama Costa Rica.
- 3 Februari - Agensi Angkasa Iran mengumumkan berjaya melancarkan sebuah roket dengan haiwan hidup di atas kapal dan kembali ke Bumi dengan selamat.
- 2 Februari - Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim 2010 bermula.