Ida Nerina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ida Nerina
Kelahiran Ida Nerina binti Hussain
(1964-01-13) 13 Januari 1964 (umur 54)
Middlesex, England
Pekerjaan Pelakon, pengarah, penerbit
Tahun aktif 1988—kini
Pasangan Sha’arin Mohamed Razali (2006–09; bercerai)

Ida Nerina binti Hussain atau lebih dikenali sebagai Ida Nerina (lahir 13 Januari 1964) merupakan pelakon, penerbit dan pengarah filem Malaysia. Beliau yang lahir di Middlesex, England merupakan anak kepada ahli politik Hajjah Marina Yusoff.

Beliau pernah bekerja dengan beberapa pengarah filem terkenal dalam industri filem tempatan, termasuk Yasmin Ahmad, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Datuk Yusof Haslam.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ida Nerina pernah berkahwin dengan Sha’arin Mohammed Razali (abang kepada pelakon, pemuzik dan pengacara Qi Razali), pemain gitar kumpulan Black Rose pada 2 Jun 2006. Namun pada 21 September 2009, mereka bercerai apabila semua kaedah untuk menyelamatkan perkahwinan mereka gagal.[1][2][3]

Pada 2009 juga, beliau cedera di tulang belakang dan terpaksa berkerusi roda.[4] Namun kekal aktif dalam bidang hiburan dan seni.[5] Sejak itu, beliau cukup berahsia tentang kehidupan peribadinya.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Awal 1990-an melihat Ida menerokai program TV dan filem-filem cereka. Lakonannya sebagai E.J. dalam filem 1992 yang memenangi anugerah, Selubung arahan Shuhaimi Baba, melayakkan beliau dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10 pada tahun yang sama. Ia merupakan persembahan pertamanya dalam sebuah filem cereka. Berikutan pencalonan pertama, Ida telah dicalonkan dan dianugerahi untuk banyak persembahannya dalam banyak filem tempatan termasuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 1997 menerusi Layar Lara di Festival Filem Malaysia ke-13 untuk peranan lakonannya sebagai Ena Manjalara. Layar Lara, filem Melayu yang sangat popular juga mendapat penghargaan antarabangsa apabila dianugerahkan di Festival Filem Bebas Brussels pada tahun 1997.

Ida yang telah terlibat secara aktif dalam industri perfileman Malaysia muncul dalam beberapa filem Melayu yang terkenal seperti Mimpi Moon, Sara, dan Pontianak Harum Sundal Malam. Sepanjang tahun Ida telah bekerjasama dengan ramai pengarah seperti Aziz M. Osman, Yasmin Ahmad, Datuk Yusof Haslam, Shuhaimi Baba, Datuk Lat dan banyak lagi; dan terus menjayakan peranan dalam industri filem negaranya. Pada 2008, Ida menyertai rancangan televisyen realiti The Amazing Race Asia 3 bersama Tania Khan, di mana mereka tamat di tempat ketiga.[7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1992 Selubung EJ
1995 Pesona Cinta Juwita
XX Ray II Seri Bayu
1997 Layar Lara Ena Manjalara
2000 Mimpi Moon Miranda Cordoba
2001 Sara Sara
2002 Gerak Khas The Movie II Carina
2004 Sepet Mak Inon
Pontianak Harum Sundal Malam Sitam
Ah Loke Cafe
2005 Gol & Gincu
Baik Punya Cilok Sarjan Wan Nor Azlin
Pontianak Harum Sundal Malam 2 Bayang
2006 Gubra Mak Inom
2007 1957: Hati Malaya Datin Halimah
Anak Kay Pelakon utama
2008 Susuk Suzana
Wayang
Los dan Faun
Cuci Penyambut tetamu Penampilan khas
2009 Talentime Datin Kalsom
2013 Tanda Putera Jah Steno
2018 Filem Orang Itu Filem/drama yang belum dikeluarkan Filem pertama arahan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1988 Nuriana
1991 Terang-Terang
1992 Anak Angkat
1993 Duda
Antara Bulan dan Sutera
Ratu Jamu
Cemas
Tunggu Sekejap
1994 Sekali Peristiwa
Aku Anak Siapa
Cinta Selluloid
Pinggiran
1995 Amer & Amera
Permit
Oh Mama
Tarian Hidup
Reflek
1996 Ladang
Mengejar Zuriah
2004 Beras Kunyit Di Pagi Raya
2005 Langit Mahgrib
Chah
2007 Hujan Malam
Sandaran Kasih
Residen

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2002 Talk About Love Sitkom
Fatimah Psikik
2004 Astana Idaman 2
2005 Aku Lelaki
2006 Ejen 016
Mitosastras

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2004 1, 2, 3, Baby!
2008 The Amazing Race Asia 3
2009 Akademi Fantasia
2011 Women 100

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
1992 Anugerah Skrin TV3 Pelakon Terbaik Anak Angkat Menang
1998 Festival Filem Malaysia ke-11 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Layar Lara Menang
2000 Festival Filem Malaysia ke-13 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Mimpi Moon Menang
2003 Anugerah Skrin 2003 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Gerak Khas The Movie 2 Menang
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Sepet Menang
2009 Anugerah Skrin 2009 Pelakon Pembantu Terbaik Susuk Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ida, hubby go separate ways The Star (14 Oktober 2009). Diperoleh pada 10 Jun 2010.
  2. ^ Saya minta diceraikan - Ida Nerina Utusan Malaysia (23 April 2010). Dicapai pada 11 Jun 2011.
  3. ^ Siti Azira Abdul Aziz (13 Oktober 2009). Suami Ida Nerina lafaz cerai di Hari Raya kedua mSTAR Online. Diperoleh pada 11 Jun 2010.
  4. ^ MESKIPUN BERKERUSI RODA - IDA NERINA KEMBALI AKTIF MyArtis (10 Oktober 2013). Diperoleh pada 1 November 2013.
  5. ^ 100 memorable Malaysian women - Part 1 The Star (Malaysia). Dicapai pada 10 Jun 2014.
  6. ^ Norhidayu Zainal (24 Oktober 2013). "Ida Nerina cukup berahsia". Sinar Harian. Dicapai 26 Ogos 2014. 
  7. ^ Ida sertai Amazing Race Asia Utusan Malaysia (14 Ogos 2008). Diperoleh pada 10 Jun 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]