Gunong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gunong
Daerah
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Gunong
Flag
Mohor rasmi Gunong
Mohor
Moto: 
"Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu kebangsaan: 

Negaraku
CountryMalaysia Malaysia
Wilayah/ProvinsiFlag of Kelantan.svg Kelantan
Jajahanjajahan Bachok
DaerahGunong
Kerajaan
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Muhammad V
 • Perdana MenteriTun Dr. Mahathir bin Mohamad
 • Timbalan Perdana MenteriDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Penduduk
( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki, perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT

Gunong merupakan sebuah daerah yang terletak di jajahan Bachok, Kelantan. Keluasan Daerah Gunong ialah 57.54 kilometer persegi atau 22.20 batu persegi dengan bentuk muka bumi yang rata dengan bukit-bukit seperti Bukit Gunong, Bukit Chenda, Bukit Bator, Bukit Kechik dan Bukit Hanyut. Daerah Gunong bersempadang dengan Daerah Banggu dan Daerah Peringat, di dalam jajahan Kota Bharu, Daerah Mahligai yang merupakan pecahan daripada sebahagian Daerah Gunong disebelah Baratnya. Daerah Bukit Jawa disebelah Jajahan Pasir Puteh di sebelah selatannya, Daerah Melawi dan Daerah Beklam di sebelah barat daya dan Timur Lautnya. Daerah Gunong mempunyai 12 mukim penghulu.

Bancian penduduk Daerah Gunong pada tahun 2009 ialah 24,180 orang dengan:

  • bangsa Melayu 24,973 orang
  • bangsa cina seramai 395 orang.

Pada masa dahulu di daerah ini ada sebuah pekan yang dikenali dengan nama Pekan Gunong atau dipanggil juga Kedai Gunong berpusat tepi jalan utama yang bercabang empat dan dikenali sebagai Simpang Empat Gunong. Di sinilah merupakan pusat kegiatan ekonomi penduduk tempatan kerana terdapat banyak kedai-kedai perniagaan dan dan gerai makan dan terdapat juga sebuah pasar yang menjalankan aktiviti menjual ikan dan sayur-sayuran. Walau bagaimanapun pasar ini tidak seaktif Pasar Jelawat yang terletak di Pekan Jelawat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah menunjukkan Daerah Gunong telah wujud sekitar tahun 1800 bersama Lundang, Kampung Laut, Banggol, Lebir, Salor, Kadok, Galas, Limbat dan Bukit Marak. ketika Kelantan diperintah oleh Sultan Mohammad II (1839-1886) yang juga memrintah Kelantan serta jajahan takluknya. Daerah Gunong yang ketika itu dikenali sebagai "Bukit Pancor" adalah di bawah pemerintahan Long Ahmad bin Long Yusoff yang telah dilantik oleh Sultan Muhammad I (1800-1835) mengantikan ayahndanya Long Yusoff yang mangkat. Beliau yang dikenali sebagai "Raja Bukit Pancor" mempunyai pusat pemerintahan yang sekarang ini terletak dikawasan "Gunong Kuari". Beliau yang kalah perang dengan Raja Limbat di Kampung Padang MooKan, Dalam Daerah Peringat yang telah menyokong abang iparnya Long Senik Mulut Merah yang kemudian menjadi Sultan Muhammad II telah melarikan diri ke Kemaman , Terengganu.

Mendapat nama dari sebuah bukit yang berbentuk seperti gunong. Ianya di gelar sebagai Gunong (walaupun ianya sebuah bukit) memandangkan diantara kebanyakan bukit-bukit yang berhampiran seperti Bukit Kechik, Bukit Chenda, Bukit Bator - adalah lebih rendah ketinggiannya berbanding dengan Bukit 'Gunong'. Oleh itu untuk membezakan Bukit yang tinggi ini dari bukit-bukit yang lain maka ianya dipanggil Bukit Gunong. Demikianlah namanya diperolehi.

Kegiatan Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan kegiatan ekonomi penduduk di dalam daerah Gunong bergantung kepada

    1. Sektor Pertanian (Padi dan Getah)
    2. Penternakan (Lembu, Kambing dan Itik Telor)
    3. Perniagaan
    4. Buruh
    5. Perkhidmatan Kerajaan.

Industri Kampung/ Kraftangan

Industri kampung yang wujud di Daerah Gunong ialah membuat roti di kampung Pak Mali, Gunong. Manakala industri kraftangan ialah ukiran kayu di kampung Lubuk Kuin, Kampung Bakong dan Telaga Ara.

Kesenian Dan Kebudayaan

    1. Kumpulan Silat Gayong dan Tommoi berpusat di Kampung Bukit Temalong
    2. Kumpulan Dikir Barat di kampung Kubang Telaga, Telaga Ara dan Cabang Tiga Bator
    3. Kumpulan kompang di Permatang Pasir.

Di Gunong pada masa ini terdapat tapak sukan kuda lasak dan litar go-kart, berada kira-kira 500 meter dari Simpang Empat Gunong. Di litar dan tapak sukan kuda lasak ini selalu diadakan acara tahunan yang merupakan antara acara resmi Jajahan Bachok dan menjadi daya tarikan kepada para pelancong selain Pantai Irama.

Di Pekan Gunong juga pada tahun 2006 telah didirikan sebuah pusat membeli-belah (mini-market) yang dikendalikan oleh Pantai Timur yang dikenali dengan Emporium Pantai Timur. Dengan wujudnya kompleks beli-belah mini ini telah menaikkan lagi imej Pekan Gunong menjadi sebuah pekan yang semakin membangun.

Kemudahan Awam[sunting | sunting sumber]

Daerah Gunong mempunyai kemudahan-kemudahan Awam seperti jalan raya, pondok telefon, sekolah Rendah dan Menengah, klinik bidang, klinik swasta, pondok politik ,trek kuda, litar Go-Kart dan juga sekolah swasta. Daerah gunong mempunyai beberapa batang jalan raya yang dibawah pengurusan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang juga dikenali jalan negeri. Berikut adalah jalan-jalan dibawah pengurusan JKR:-

  1. Jalan Bukit Hanyut ke Pekan Jelawat (8-kilometer)
  2. Jalan Pauh ke Kubang Telaga (8-kilometer)
  3. Jalan Gunong ke Kampung Keting (5-kilometer)
  4. Jalan Pauh Lima ke Cabang Tiga Bator (2-kilometer)
  5. Jalan Kampung Pauh Butut Ke Kampung Sungai Binjai (1-kilometer)

Daerah Gunong mempunyai jalan-jalan yang berstatus jalan penggawa, diantaranya ialah:-

  1. Jalan Durian Kudong ke Kampung Alur Pauh (10-kilometer)
  2. Jalan Jelawat ke Kampung Gelang Badak (10-kilometer)
  3. Jalan Seneng ke Telaga Ara (4-kilometer)
  4. Jalan Alor Ganu ke Tempoyak (4-kilometer)
  5. Jalan Telaga Ara ke Bukit Kechik (2-kilometer)
  6. Jalan Keting ke Kampung Belukar (2-kilometer)
  7. Jalan Padang Tembak (1-kilometer)
  8. Jalan Jelawat ke kampung Permatang Pasir (4-kilometer)
  9. Jalan Keliling Bukit Bator (2-kilometer)
  10. Jalan Bukit Bator ke Kampung Teratak Pulai (2-kilometer)
  11. Jalan Kampung Tepus ke Kubang Itik (2-kilometer)
  12. Jalan Lubuk Kuin (4-kilometer)
  13. Jalan Kampung Gong baru ke Kubang Berulat (2-kilometer)
  14. Jalan Kedai Ahad ke Kampung Bakong (4-kilometer)
  15. Jalan Kampung Bakong ke Kampung Kuau Besar (3-kilometer)
  16. Jalan Kampung Bakong ke Telaga Ara (3-kilometer)
  17. Jalan Gong Tungai ke Kampung Kuau Besar (3-kilometer)
  18. Jalan Kubang Telaga ke Sempadan Jajahan Pasir Putih (0.5-kilometer)
  19. Jalan Dalam Kota ke Sungai Pakdir (1-kilometer)
  20. Jalan Gunong ke Jelutong (5-kilometer)

Manakala Balai Polis terdapat di Kampung Gunong, manakala Pondok Polis terdapat di Pekan Jelawat dan Kampung Kubang Telaga. Kemudahan Sekolah Rendah Kebangsaan pula ialah:-

  1. Sekolah Rendah Kebangsaan Gunong
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan Jelawat
  3. Sekolah Rendah Kebangsaan Jelawat II
  4. Sekolah Rendah Kebangsaan Seneng
  5. Sekolah Rendah Kebangsaan Telaga Ara
  6. Sekolah Rendah Kebangsaan Kubang Telaga
  7. Sekolah Rendah Kebangsaan Keting

Beberapa Sekolah Menengah Kebangsaan Terdapat di Daerah Gunong:-

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Gunong
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Pulai
  5. Institut Tunas Bakti (ITB-Swasta)

Manakala Pusat Kesihatan dan juga Klinik Kerajaan pula ialah:-

  1. Pusat Kesihatan Besar Gunong
  2. Klinik Desa Kepala Batas
  3. Klinik Bidang Jelawat
  4. Klinik Bidan Telaga Ara
  5. Klinik Bidan Pauh Lima

Klinik Swasta pula ialah:-

  1. Klinik Dr. Nawi
  2. Klinik Dr. Azmi
  3. Klinik Iklas Dr. Martina
  4. Klinik Gigi Fatah -}ala

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malaysian Flag and Crest from www.malaysia.gov.my.