Hannah Abbott

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Harry Potter
Hannah Abbott
Charlotte Skeoch sebagai Hannah Abbott
dalam Harry Potter and the Goblet of Fire.
Hannah Abbott
Rumah Hufflepuff
Sekolah Hogwarts
Dilakonkan oleh Charlotte Skeoch
Kemunculan pertama Harry Potter and the Philosopher's Stone

Hannah Abbott adalah watak rekaan dalam novel siri Harry Potter karya J.K. Rowling. Dinyatakan dia mempunyai muka pink, mata perang dan berambut kekuningan. Dialah pelajar pertama yang dijalankan upacara Pengisihan dan satu-satunya pelajar yang disebut dalam semua ketujuh-tujuh novel.

Dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, dia pada mulanya persoalkan kepercayaan rakan serumahnya, Ernie Macmillan tentang Harry sebagai Pewaris Slytherin, mengatakan yang Harry "sentiasa kelihatan baik." Ketika pemburuan Sirius Black dalam tahun berikutnya, dia memberi teori yang Black mampu menyamarkan dirinya sebagai pokok renek berbunga. Dia kemudiannya membeli lencana "Sokong Cedric Diggory/Potter Busuk" ketika Kejohanan Ahli Sihir Trio ketika tahun keempatnya, walaupun dia masih baik dengan Harry, Ron dan Hermione.

Hannah kemudiannya menjadi pengawas Hufflepuff dan kemudian menyertai Tentera Dumbledore dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, tetapi dia juga tidak berapa tenang memandangkan peperiksaan P.S.B. memberikannya gemuruh yang melampau sehingga merasakan dirinya bodoh untuk mengambil peperiksaan. Dia kemudiannya diberikan Ubat Penenang oleh Puan Pomfrey. Dia juga kelihatan dengan terdesaknya memeriksa longgokan buku di perpustakaan, tetapi ketika peperiksaan amali Transfigurasi P.S.B., dia menukarkan feret menjadi sekumpulan burung flamingo sedangkan disuruh untuk menghilangkanya. Walau bagaimanapun, dia merupakan sebahagian ahli T.D. yang menolong Harry menentang Draco Malfoy, Crabbe dan Goyle dalam Ekspres Hogwarts pada penghujung penggal.

Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, Hannah meninggalkan Hogwarts selepas ibunya dibunuh oleh Death Eater, tetapi dia kemudiannya kembali dalam siri akhir untuk menyertai peperangan menentang Voldemort dan Death Eater; dia, Lee Jordan dan Fred Weasley memeriksa laluan rahsia bersama, dan Harry kemudiannya menyelamatkannya dengan Seamus Finnigan daripada sumpahan Voldemort dengan Mantera Pelindung, membenarkan mereka menyertai pertarungan di Dewan Besar.

Charlotte Skeoch melakonkan Hannah Abbott dalam filem Chamber of Secrets. Dia dapat dilihat ketika kelas Transfigurasi Profesor McGonagall dan Kelab Perang Tanding, tetapi mempunyai babak lebih besar dalam perdebatannya dengan Ernie tentang Harry menjadi Pewaris Slytherin, yang diletakkan dalam antara babak yang dipotong dalam DVD. Dia kemudiannya muncul dalam Goblet of Fire; dia duduk di sebelah Hermione dalam kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam Alastor Moody dan kemudiannya dipaparkan dia menunjuk-nunjuk lencana "Potter Stinks"nya kepada Harry. Wataknya telah diletakkan nama yang salah dalam kredit penghujung Chamber of Secrets iaitu sebagai "Hannah Hufflepuff"; tetapi betul dalam Goblet of Fire.