Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham
Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: permulaan terlalu panjang dan ada yang berisi lewah. (November 2020) |
Ibnu Haitham ابن الهيثم Alhazen | |
---|---|
Kelahiran | [1](354 H)[2] | 1 Julai 965 M
Meninggal dunia | 6 Mac 1040[1](430 AH)[3] | (umur 74)
Terkenal kerana | Kitab Optik, Keraguan Tentang Ptolemy, Tentang Tatabentuk Dunia, The Model of the Motions, Treatis berkaitan Cahaya, Treatis berkaitan Tempat, kaedah saintifik, sains eksperimen, fizik eksperimen, psikologi eksperimen, persepsi penglihatan, geometri analitik, astronomi bukan Ptolemy, jentera nujum |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik dan matematik |
Pengaruh | Aristotle, Euclid, Ptolemy |
Dipengaruhi oleh | Ibnu Rushd, Witelo, Roger Bacon, Kepler |
Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham (Arab: أبو علي، الحسن بن الحسن بن الهيثم, Parsi: ابن هیثم, Latin: Alhacen atau [5] Alhazen) (dilahirkan di Basra pada 965 Masihi – dan meninggal dunia pada 1040 Masihi di Kaherah) merupakan ahli sains dan polymath Muslim,[6] yang banyak diterangkan dalam pelbagai sumber sama ada dalam bahasa Arab mahupun Parsi.[7][8][9][10][11][12] Beliau juga terkenal sebagai Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan telah mendapat pendidikan di Basra dan Baghdad.
Ibn al-Haitham membuat sumbangan besar dalam bidang [optik]], dan juga bidang-bidang fizik, ilmu falak, matematik, oftalmologi, falsafah, persepsi penglihatan, dan kaedah saintifik. Beliau juga menulis ulasan berwawasan terhadap karya-karya Aristotle, Ptolemy, dan ahli matematik purba Yunani, Euclid.[13]
Beliau sering dikenali sebagai Ibn al-Haitham, dan kadangkala sebagai al-Basri (Arab: البصري), bersempena tempat kelahirannya di bandar Basra.[14] Beliau juga dikenali dengan nama gelaran Ptolemaeus Secundus ("Ptolemy Kedua")[15] atau nama ringkas "Si Ahli Fizik"[16] di Eropah Zaman Pertengahan.
Dilahirkan di Basra, Iraq, beliau tinggal di Kaherah Mesir dan meninggal dunia di sana pada umur 74 tahun.[15] Kerana terlalu meyakini kegunaan praktik ilmu matematiknya, beliau beranggapan dapat mengawal banjir sungai Nil.[17] Apabila diperintah berbuat demikian oleh Al-Hakim bi-Amr Allah, khalifah keenam Kekhalifahan Fatimiyyah, beliau dengan cepat menyedari bahawa tugas itu mustahil dilakukan, lantas bersara daripada bidang kejuruteraan. Oleh sebab takut nyawanya terancam, beliau berpura-pura gila[1][18] yang membawa kepadanya dikenakan penahanan dalam rumah. Selepas waktu beliau dikenakan hukuman inilah beliau menumpukan perhatian kepada usaha-usaha saintifik sehinggalah saat kematiannya.[15]
Abu Ali Hasan juga merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan. Abu Ali Hasan menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada objek yang dilihat. Menurut Ali Abu Hasan, sinaran berasal dalam objek yang dilihat dan bukan dalam mata.
Dalam bukunya Mizan al-Hikmah, Ali Abu Hasan membincangkan ketumpatan atmosfera dan menghasilkan hubungan antara atmosfera dan ketinggian.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Biografi
[sunting | sunting sumber]Abu Ali Hasan Ibn al-Haitham dilahirkan di Basra, Iraq yang pada masa itu merupakan sebuah wilayah Empayar Buyah.[1] Tidak dapat dipastikan sama ada beliau berketurunan Arab atau Parsi.[19][20] Berkemungkinan besar beliau meninggal dunia di Kaherah, Mesir. Beliau dididik di Basra (sewaktu Zaman Kegemilangan Islam, Basra merupakan "kunci kepada permulaan pedidikan"),[21] dan di Baghdad, ibu negeri Kekhalifahan Abbasiyyah, yang juga menjadi pusat "kemuncak tamadun Islam".[21] Sewaktu di Iran Buyah, beliau bertugas sebagai pegawai awam dan membaca banyak karya-karya teologi dan sains.[14][22]
Satu kisah kerjayanya menceritakan yang beliau dipanggil ke Mesir oleh pemerintah Kekhalifahan Fatimiyyah, Al-Hakim bi-Amr Allah, untuk mengawal pembanjiran sungai Nil, suatu usaha yang memerlukan pembinaan empangan di tempat terbinanya Empangan Aswan sekarang.[23] Selepas kerja luar menyedarkan beliau akan kemustahilan rancangannya,[15] dan takut akan kemarahan khalifah, beliau pura-pura gila. Ibn al-Haitham dikenakan hukuman penahanan dalam rumah dari tahun 1011 M sehinggalah kematian Khalifah al-Hakim dalam tahun 1021.[24] Dalam waktu penahanan itu, beliau menghasilkan sebuah kitab yang amat berpengaruh, Kitab Optik. Selepas dibebaskan daripada tahanan, beliau menerbit banyak lagi treatis berkaitan fizik ilmu falak dan matematik. Beliau kemudiannya pergi ke Al-Andalus. Dalam waktu ini, beliau terus menerus menjalankan pengajian saintifik termasuk kajian tentang optik, matematik, fizik, perubatan, dan pengembangan kaedah saintifik moden yang berlandaskan ujikaji.
Beberapa periwayat hidup mengatakan Ibn al-Haitham lari ke Syria, kemudian pergi ke Baghdad pada usia tua, atau berada di Basra semasa beliau pura-pura gila. Walau apapun, beliau berada di Kaherah menjelang tahun 1038. Semasa beliau berada di Kaherah, beliau terhubung dengan Universiti Al-Azhar, disamping "Rumah Hikmah"" bandar itu,[25] yang dikenali sebagai Dar al-`Ilm (Rumah Ilmu), yang merupakan perpustakaan "terpenting" selepas Baitul Hikmah di Baghdad.[14]
Legasi
[sunting | sunting sumber]Ibn al-Haitham membuat kemajuan besar dalam bidang optik, sains fizikal dan kaedah saintifik. Usaha Ibn al-Haitham berkaitan optik dianggap sebagai penyumbang kepada penitikberatan eksperimen dalam sains. Pengaruhnya terhadap sains am dan optik khususnya disanjung tinggi, dan sesungguhnya membuka tirai kepada era baharu dalam penyelidikan optik, sama ada dalam bentuk teori mahupun amali.[26]
Kitab al-Manazir
[sunting | sunting sumber]Karya al-Haitham yang paling masyhur ialah karya sepanjang tujuh jilid berkaitan dengan optik, Kitab al-Manazir ("Kitab Optik"), yang dihasilkan dari tahun 1011 ke 1021 M.
Manazir diterjemahkan ke dalam Latin oleh seorang sarjana yang tidak diketahui namanya pada penghujung abad ke-12 ataupun awal abad ke-13.[27] Terjemahan ini dicetak oleh Friedrich Risner dalam tahun 1572, dengan judul Latinnya, Opticae thesaurus: Alhazeni Arabis libri septem, nuncprimum editi; Eiusdem liber De Crepusculis et nubium ascensionibus (Bahasa Melayu: Optik yang Sangat Bernilai: Tujuh buku Alhazeni si Arab, diterbitkan buat kali pertama: Buku tentang senjakala awan dan hamal).[28] Risner juga penulis nama varian "Alhazen"; sebelum Risner al-Haitham dikenali di Barat sebagai "Alhacen". Karya ini mendapat sanjungan tinggi dalam Zaman Pertengahan. Karya-karya al-Haitham tentang subjek-subjek geometri diketemu di dalam Bibliothèque nationale di Paris dalam tahun 1834 oleh EA Sedillot. Manuskrip-manuskrip lain disimpan di Perpustakaan Bodleian di Oxford dan di dalam perpustakaan Leiden.
Teori penglihatan
[sunting | sunting sumber]Terdapat dua teori utama tentang penglihatan dalam zaman baharian klasik. Teori pertama, teori Pancaran, disokong oleh para pemikir seperti Euclid dan Ptolemy, yang mempercayai bahawa penglihatan bekerja dengan mata mengeluarkan sinaran cahaya. Teori kedua, teori intromisi, yang disokong Aristotle dan pengikut-pengikutnya, menyatakan bahawa terdapat bahan-bahan fizikal yang memeasuki mata dari sesuatu objek. Penulis-penulis terdahulu (seperti al-Kindi) berhujah mengikut laras-laras Euclid, Galeni, ataupun Aristotle; pencapaian al-Haitham ialah pengwujudan sebuah teori yang berjaya menggabungkan bahagian-bahagian hujah sinaran matematik Euclid, tradisi perubatan Galen, dan teori-teori intromisi Aristotle. Teori intromisi al-Haitham secara kasarnya mirip teori al-Kindi (dan menyimpang daripada Aristotle) dalam penyataannya "daripada setiap titik setiap bahan berwarna, diterangi oleh apa juah cahaya, terbit cahaya dan warna pada garisan yang sangat lurus yang dapat diraih dari titik itu.".[29]
Namun demikian, ini menimbulkan masalah bagaimana mahu menerangkan pembetukan sesebuah imej daripada banyak sumber pancaran; khususnya, setiap titik sesebuah objek itu akan mengirim pancaran kepada setiap titik di mata. Apa yang diperlukan al-Haitham ialah sebuah titik pada objek yang sepadan dengan hanya satu titik di mata.[29] Beliau cuba meneylesaikan masalah ini dengan menyatakan yang hanya titik serenjang dari objek dapat dikesan oleh mata; buat sesuatu titik tertentu di mata, hanya pancaran yang sampai kepadanya secara langsung, tanpa dibias oleh bahagian mata yang lain, akan dapat dikesan. Beliau memberi hujah dengan menggunakan analogi yang pancaran serenjang lebih kuat daripada pancaran yang condong; sama seperti sebuah bola yang dibaling terus kepada sebuah papan mungkin mematahkan papan tersebut, sementara bola yang dibaling condong akan memantul, pancaran serenjang lebih kuat daripada pancaran terbias, dan hanya pancaran serenjanglah yang dapat dikesan mata.
Oleh sebab terdapat hanya satu pancaran serenjang yang akan memasuki mata pada mana-mana tempat, dan semua pancaran ini akan bertemu di tengah-tengah mata dalam bentuk kon, ini membolehkan beliau untuk menyelesaikan masalah tentang setiap titik objek yang mengirim banyak pancaran kepada mata—jika hanya pancaran serenjang yang penting, ini bermaksud beliau mempunyai keseragaman titik-ke-titik dan kekeliruan dapat diselesaikan.[30] Beliau kemudiannya menyatakan (dalam buku tujuh Manazir) yang pancaran lain akan terbias dalam mata dan dikesan seolah-olah pancaran-pancaran tersebut pancaran serenjang.[31]
Hujah-hujah beliau tentang pancaran serenjang tidak menerangkan dengan jelas mengapa hanya pancaran serenjang dapat dikesan; mengapa harus pancaran condong yang lemah tidak dikesan dengan lemah?[32] Hujah-hujah terkemudian al-Haitham yang pancaran terbias akan dikesan seolah-olah pancaran serenjang tidak berapa meyakinkan.[33] Walau bagaimanapun, walaupun ia mempunyai beberpa kelemahan, tidak ada teori lain yang menyeluruh macam teorinya, dan teori ini amat berpengaruh, terutamanya di Eropah Barat: "dengan cara langsung ataupun tidak langsung, buku De Aspectibus menyebabkan banyak aktiviti dalam bidang optik yang berlaku antara abad ke-13 dan ke-17."[34] Teori terkemudian Kepler tentang imej retina (yang menyelesaikan masalah seragaman titik-titik pada objek dengan titik-titik di mata) terbina secara langsung di atas kerangka konsep al-Haitham.[34]
Al-Haitham menunjukkan melalui ujikaji yang cahaya bergerak dalam garisan lurus, dan beliau melakukan beberapa ujikaji dengan kanta, cermin pembiasan, dan juga pantulan.[26] Beliau merupakan orang yang pertama yang memikirkan tentang komponen menegak dan mendatar buat pancaran cahaya yang terbias dan terpantul, yang merupakan langkah penting terhadap pemahaman optik dari segi geometri.[35]
Kamera obskura diketahui orang Cina, dan Aristotle ada membincangkan prinsip dibelakang alat ini dalam karya Problemsnya, akan tetapi, kerja al-Haithamlah yang mengandungi pemerian jelas yang pertama tentang kamera obskura[36] dan analisis awal [37] alat ini.
Al-Haitham mengkaji proses penglihatan, struktur mata, pembetukan imej di dalam mata, dan sistem penglihatan. Ian P. Howard mengutarakan hujah dalam sebuah rencana dalam jurnal Perception tahun 1996 yang al-Haitham harus diperakui dengan banyak penjumpaan dan teori yang disandarkan kepada orang Eropah Barat yang menulis berabad-abad terkemudian daripadanya. Misalnya, Howard memerikan apa yang dikenali sebagai Hukum Hering dalam abad ke-19; al-Haitham menulis tentang horopter yang lebih 600 tahun lebih awal daripada penulisan Aguilonius, dan teori al-Haitham lebih dekat dengan definisi modern berbanding dengan definisi Aguilonius. Selain itu, kerja al-Haitham berkaitan dengan ketaksamaan binokular diulangi oleh Panum dalam tahun 1858.[38]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d (Lorch 2008)
- ^ Charles M. Falco (November 27–29, 2007), Ibn al-Haytham and the Origins of Computerized Image Analysis (PDF), International Conference on Computer Engineering & Systems (ICCES), dicapai pada 2010-01-30
- ^ Franz Rosenthal (1960–1961), "Al-Mubashshir ibn Fâtik. Prolegomena to an Abortive Edition", Oriens, Brill Publishers, 13: 132–158 [136–7], JSTOR 1580309
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamamathsong.com
- ^ Lindberg, 1996.
- ^ http://www.amualumni.8m.com/Scientist3.htm Diarkibkan 2012-01-27 di Wayback Machine
http://www.islamic-study.org/optics.htm Diarkibkan 2012-03-16 di Wayback Machine - ^ (Child, Shuter & Taylor 1992, p. 70)
(Dessel, Nehrich & Voran 1973, p. 164)
(Samuelson Crookes, p. 497)
Understanding History by John Child, Paul Shuter, David Taylor - Page 70. - ^ Science and Human Destiny by Norman F. Dessel, Richard B. Nehrich, Glenn I. Voran - Page 164.
The Journal of Science, and Annals of Astronomy, Biology, Geology by James Samuelson, William Crookes - Page 497. - ^ (Smith 1992)
(Grant 2008)
(Vernet 2008)
Paul Lagasse (2007), "Ibn al-Haytham", [[Columbia Encyclopedia]] (ed. Sixth), Columbia, ISBN 0-7876-5075-7, dicapai pada 2008-01-23 URL–wikilink conflict (bantuan) - ^ [1]
(Dessel, Nehrich & Voran 1973, p. 164)
(Samuelson Crookes, p. 497) - ^ Science and Human Destiny by Norman F. Dessel, Richard B. Nehrich, Glenn I. Voran - Page 164.
The Journal of Science, and Annals of Astronomy, Biology, Geology by James Samuelson, William Crookes - Page 497. - ^ Review of Ibn al-Haytham: First Scientist Diarkibkan 2011-07-23 di Wayback Machine, Kirkus Reviews, December 1, 2006:
(Hamarneh 1972):a devout, brilliant polymath
(Bettany 1995):A great man and a universal genius, long neglected even by his own people.
Ibn ai-Haytham provides us with the historical personage of a versatile universal genius.
- ^ "The rainbow bridge: rainbows in art, myth, and science". Raymond L. Lee, Alistair B. Fraser (2001). Penn State Press. p.142. ISBN 0-271-01977-8
- ^ a b c (O'Connor & Robertson 1999)
- ^ a b c d (Corbin 1993, p. 149)
- ^ (Lindberg 1967, p. 331)
- ^ (Sabra 2003)
- ^ (Grant 2008)
- ^ "UNESCO Natural Sciences Portal". Unesco.org. Dicapai pada 2012-05-27.
- ^ "Ibn al-Haytham and psychophysics". Perception. 37 (4): 636–8. 2008. doi:10.1068/p5940. PMID 18546671.
- ^ a b (Whitaker 2004)
- ^ Sajjadi, Sadegh, "Alhazen", Great Islamic Encyclopedia, Volume 1, Article No. 1917;
- ^ (Rashed 2002b)
- ^ "the Great Islamic Encyclopedia". Cgie.org.ir. Dicapai pada 2012-05-27.
- ^ (Van Sertima 1992, p. 382)
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaDeek
- ^ (Crombie 1971, p. 147, n. 2)
- ^ Alhazen (965–1040): Library of Congress Citations, Malaspina Great Books, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27, dicapai pada 2008-01-23
- ^ a b (Lindberg 1976, p. 73)
- ^ (Lindberg 1976, p. 74)
- ^ (Lindberg 1976, p. 76)
- ^ (Lindberg 1976, p. 75)
- ^ (Lindberg 1976)
- ^ a b (Lindberg 1976, p. 86)
- ^ (Heeffer 2003)
- ^ (Kelley, Milone & Aveni 2005, p. 83):
"Pemerian jelas yang pertama tentang alat ini terdapat dalam Kitab al-Manazir ibn al-Haitham."
- ^ (Wade & Finger 2001):
"Prinsip-prinsip kamera obskura mula-mula dianalisis dengan betul dalam abad kesebelas, apabila ia dilakarkan oleh Ibn al-Haytham."
- ^ (Howard 1996)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Aaen-Stockdale, C. R. (2008), "Ibn al-Haytham and psychophysics" (PDF), Perception, 37 (4): 636–638, doi:10.1068/p5940, PMID 18546671, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-03-21, dicapai pada 2012-07-19
- Professor Abattouy, Mohammed (2002), "The Arabic Science of weights: A Report on an Ongoing Research Project", The Bulletin of the Royal Institute for Inter-Faith Studies, 4: 109–130
- Abbott, David (December 1983), Biographical Dictionary of Scientists, I, Frederick Muller Ltd, ISBN 0-584-10854-0, OCLC 10505374
- Agrawal, Amit; Taguchi, Yuichi; Ramalingam, Srikumar (2011), Beyond Alhazen's Problem: Analytical Projection Model for Non-Central Catadioptric Cameras with Quadric Mirrors, IEEE Conference on Computer Vision and Pattern Recognition
- Agrawal, Amit; Taguchi, Yuichi; Ramalingam, Srikumar (2010), Analytical Forward Projection for Axial Non-Central Dioptric and Catadioptric Cameras, European Conference on Computer Vision
- Arjomand, Kamran (1997), "The emergence of scientific modernity in Iran: controversies surrounding astrology and modern astronomy in the mid-nineteenth century", Iranian Studies, 30 (1)
- Bettany, Laurence (1995), "Ibn al-Haytham: an answer to multicultural science teaching?", Physics Education, 30: 247–252, Bibcode:1995PhyEd..30..247B, doi:10.1088/0031-9120/30/4/011
- El-Bizri, Nader (2004), "La perception de la profondeur: Alhazen, Berkeley et Merleau-Ponty", Oriens-Occidens: sciences, mathématiques et philosophie de l’antiquité à l’âge classique (Cahiers du Centre d’Histoire des Sciences et des Philosophies Arabes et Médiévales), Centre national de la recherche scientifique, 5: 171–184
- El-Bizri, Nader (2005a), "A Philosophical Perspective on Alhazen's Optics", Arabic Sciences and Philosophy, Cambridge University Press, 15 (2): 189–218, doi:10.1017/S0957423905000172
- El-Bizri, Nader (2005b), "Ibn al-Haytham", dalam Wallis, Faith (penyunting), Medieval Science, Technology, and Medicine: An Encyclopedia, New York & London: Routledge, m/s. 237–240, ISBN 0-415-96930-1, OCLC 218847614 58829023 61228669 Check
|oclc=
value (bantuan) - El-Bizri, Nader (2006), "Ibn al-Haytham or Alhazen", dalam Meri, Josef W. (penyunting), Medieval Islamic Civilization: An Encyclopaedia, II, New York & London: Routledge, m/s. 343–345, ISBN 0-415-96692-2, OCLC 224371638 59360024 Check
|oclc=
value (bantuan) - El-Bizri, Nader (2007), "In Defence of the Sovereignty of Philosophy: Al-Baghdadi's Critique of Ibn al-Haytham's Geometrisation of Place", Arabic Sciences and Philosophy, Cambridge University Press, 17: 57–80, doi:10.1017/S0957423907000367
- El-Bizri, Nader (2004), "Ibn al-Haytham et le problème de la couleur", Oriens-Occidens: sciences, mathématiques et philosophie de l’antiquité à l’âge classique (Cahiers du Centre d’Histoire des Sciences et des Philosophies Arabes et Médiévales), Centre National de la Recherche Scientifique, 7: 201–226
- Bouali, Hamid-Eddine; Zghal, Mourad; Lakhdar, Zohra Ben (2005), Popularisation of Optical Phenomena: Establishing the First Ibn Al-Haytham Workshop on Photography (PDF), The Education and Training in Optics and Photonics Conference, dicapai pada 2008-07-08
- Burns, Robert (1999-08-08), "Some fear Iraq may be rebuilding its weapons of mass destruction", Topeka Capital-Journal, dicapai pada 2008-09-21
- Child, John; Shuter, Paul; Taylor, David (1992), Understanding History, Heinemann, ISBN 0-435-31211-1, OCLC 27338645
- Corbin, Henry (1993; original French 1964), History of Islamic Philosophy, Translated by Liadain Sherrard, Philip Sherrard, London: Kegan Paul International in association with Islamic Publications for The Institute of Ismaili Studies, ISBN 0-7103-0416-1, OCLC 22109949 221646817 22181827 225287258 Check
|oclc=
value (bantuan) Check date values in:|date=
(bantuan) - Crombie, A. C. (1971), Robert Grosseteste and the Origins of Experimental Science, 1100–1700, Clarendon Press, Oxford University
- Dr. Al Deek, Mahmoud (2004), "Ibn Al-Haitham: Master of Optics, Mathematics, Physics and Medicine", Al Shindagah (November–December 2004)
- Dessel, Norman F.; Nehrich, Richard B.; Glenn I., Voran (1973), Science and Human Destiny, McGraw-Hill, ISBN 0-07-016580-7, OCLC 409664
- Duhem, Pierre (1908, 1969), To Save the Phenomena: An Essay on the Idea of Physical theory from Plato to Galileo, University of Chicago Press, Chicago, ISBN 0-226-16921-9, OCLC 12429405 Check date values in:
|date=
(bantuan) - Eder, Michelle (2000), Views of Euclid's Parallel Postulate in Ancient Greece and in Medieval Islam, Rutgers University, dicapai pada 2008-01-23
- Elliott, Robert Stratman (1966), Electromagnetics, New York: McGraw-Hill
- Falco, Charles M. (12–15 February 2007), Ibn al-Haytham and the Origins of Modern Image Analysis (PDF), presented at a plenary session at the International Conference on Information Sciences, Signal Processing and its Applications, dicapai pada 2008-01-23 Unknown parameter
|publication date=
ignored (bantuan)[pautan mati kekal] - Faruqi, Yasmeen M. (2006), "Contributions of Islamic scholars to the scientific enterprise", International Education Journal, 7 (4): 391–396
- Gondhalekar, Prabhakar M. (2001), The Grip of Gravity: The Quest to Understand the Laws of Motion and Gravitation, Cambridge University Press, ISBN 0-521-80316-0, OCLC 224074913 45418963 Check
|oclc=
value (bantuan) - Grant, Edward (1974), A source book in medieval science, 1, Cambridge MA: Harvard University Press
- Grant, Edward (2008), "Alhazen", [[Encarta]] Online Encyclopedia, Microsoft, diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-26, dicapai pada 2008-09-16 URL–wikilink conflict (bantuan)
- Hamarneh, Sami (1972), "Review: Hakim Mohammed Said, Ibn al-Haitham", Isis, 63 (1): 118–119, doi:10.1086/350861
- Hassan, Ahmad Y. (2007), Al-Jazari And the History of the Water Clock, dicapai pada 2008-01-23
- Hatfield, Gary (1996), "Was the Scientific Revolution Really a Revolution in Science?", dalam Ragep, F. J.; Ragep, Sally P.; Livesey, Steven John (penyunting), Tradition, Transmission, Transformation: Proceedings of Two Conferences on Pre-modern Science held at the University of Oklahoma, Brill Publishers, ISBN 90-04-09126-2, OCLC 19740432 234073624 234096934 Check
|oclc=
value (bantuan) - Heeffer, Albrecht (September 14–15, 2003), "Kepler's near discovery of the sine law: A qualitative computational model", Third International workshop: Computer models of scientific reasoning and applications (PDF), Buenos Aires: National Library of the Argentine Republic, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-05-30, dicapai pada 2008-01-23
- Hershenson, Maurice (1989), The Moon Illusion, Lawrence Erlbaum Associates, ISBN 0-8058-0121-9, OCLC 20091171 231045807 Check
|oclc=
value (bantuan), dicapai pada 2008-09-22 - Highfield, Roger (1 April 1997), "Don solves the last puzzle left by ancient Greeks", The Daily Telegraph, 676, diarkibkan daripada yang asal pada 2004-11-23, dicapai pada 2008-09-24
- Hockney, David (2006), Secret Knowledge: Rediscovering the Lost Techniques of the Old Masters, ISBN 0-14-200512-6 (New and Expanded Edition). 328 pages. index. list of illustrations. bibliography. 'textual evidence' section cites Alhazen 240, 242, 277, 279, 284. Entire book records Hockney's investigation of the camera obscura and his rediscovery of its use in portraiture.
- Hodgson, Peter Edward (2006), Theology And Modern Physics, Burlington, VT: Ashgate Publishing (diterbitkan 2006-01-15), ISBN 978-0-7546-3622-9, OCLC 56876894, DDC: 201.653, LCC: BL265.P4 H63 2005
- Howard, Ian P. (1996), "Alhazen's neglected discoveries of visual phenomena", Perception, 25 (10): 1203–1217, doi:10.1068/p251203, PMID 9027923
- Howard, Ian P.; Wade, Nicholas J. (1996), "Ptolemy's contributions to the geometry of binocular vision", Perception, 25 (10): 1189–201, doi:10.1068/p251189, PMID 9027922
- Katz, Victor J. (1995), "Ideas of Calculus in Islam and India", Mathematics Magazine, 68 (3): 163–174, doi:10.2307/2691411
- Katz, Victor J. (1998), History of Mathematics: An Introduction, Addison-Wesley, ISBN 0-321-01618-1, OCLC 38199387 60154481 Check
|oclc=
value (bantuan) - Kelley, David H.; Milone, E. F.; Aveni, A. F. (2005), Exploring Ancient Skies: An Encyclopedic Survey of Archaeoastronomy, Birkhäuser, ISBN 0-387-95310-8, OCLC 213887290
- Khaleefa, Omar (1999), "Who Is the Founder of Psychophysics and Experimental Psychology?", American Journal of Islamic Social Sciences, 16 (2)
- Langerman, Y. Tzvi (1990), Ibn al Haytham's On the Configuration of the World
- Lindberg, David C. (1967), "Alhazen's Theory of Vision and Its Reception in the West", Isis, 58 (3): 321–341, doi:10.1086/350266, PMID 4867472
- Lindberg, David C. (1976), Theories of Vision from al-Kindi to Kepler, University of Chicago Press, Chicago, ISBN 0-226-48234-0, OCLC 1676198 185636643 Check
|oclc=
value (bantuan) - Lindberg, David C. (1996), Roger Bacon and the Origins of Perspectiva in the Middle Ages, Clarendon Press
- Lorch, Richard (2008), "Ibn al-Haytham", [[Encyclopædia Britannica]], dicapai pada 2008-08-06 URL–wikilink conflict (bantuan)
- MacKay, R. J.; Oldford, R. W. (August 2000), "Scientific Method, Statistical Method and the Speed of Light", Statistical Science, 15 (3): 254–78, doi:10.1214/ss/1009212817
- Marshall, O. S. (1950), "Alhazen and the Telescope", Astronomical Society of the Pacific Leaflets, 6: 4
- Mihas, Pavlos (July 15–18, 2005), "Use of History in Developing ideas of refraction, lenses and rainbow", Eighth International History, Philosophy, Sociology & Science Teaching Conference (PDF), University of Leeds, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-27, dicapai pada 2008-01-23
- Mohamed, Mohaini (2000), Great Muslim Mathematicians, Penerbit UTM, ISBN 983-52-0157-9, OCLC 48759017
- Montada, Josep Puig (September 28, 2007), "Ibn Bajja", [[Stanford Encyclopedia of Philosophy]], dicapai pada 2008-07-11 URL–wikilink conflict (bantuan)
- Morelon, Régis; Rashed, Roshdi (1996), Encyclopedia of the History of Arabic Science, 2, Routledge, ISBN 0-415-12410-7, OCLC 34731151
- Murphy, Dan (2003-10-17), "No more 'Saddams': Iraqis get new currency", The Christian Science Monitor, dicapai pada 2008-09-21
- Nasr, Seyyed Hossein (2003), "The achievements of Ibn Sina in the field of science and his contributions to its philosophy", Islam & Science (December 2003)
- O'Connor, J. J.; Robertson, E. F. (November 1999), Abu Ali al-Hasan ibn al-Haytham, dicapai pada 2008-09-20
- O'Connor, J. J.; Robertson, E. F. (August 2002), Light through the ages: Ancient Greece to Maxwell, dicapai pada 2008-09-20
- Omar, Saleh Beshara (1977), Ibn al-Haytham's Optics: A Study of the Origins of Experimental Science, Minneapolis: Bibliotheca Islamica, ISBN 0-88297-015-1, OCLC 3328963
- Pines, Shlomo (1986), Studies in Arabic Versions of Greek Texts and in Mediaeval Science, Brill Publishers, ISBN 965-223-626-8, OCLC 14217211 165468475 46823952 60041227 Check
|oclc=
value (bantuan) - Plott, C. (2000), Global History of Philosophy: The Period of Scholasticism, Motilal Banarsidass, ISBN 81-208-0551-8 Unknown parameter
|ISBN status=
ignored (bantuan) - Powers, Richard (April 18, 1999), "Best Idea; Eyes Wide Open", [[The New York Times]] (PDF), diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-09-10, dicapai pada 2008-01-23 URL–wikilink conflict (bantuan)
- Qadir, Asghar (1989), Relativity: An Introduction to the Special Theory, World Scientific Publishing Co., Singapore
- Qadir, C. A. (1990), Philosophy and Science in the lslamic World, London: Routledge
- Rashed, Roshdi (2002a), "A Polymath in the 10th century", Science, 297 (5582): 773, doi:10.1126/science.1074591, ISSN 0036-8075, PMID 12161634 Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - Rashed, Roshdi (2002-08-02), "PORTRAITS OF SCIENCE: A Polymath in the 10th Century", Science, Science magazine, 297 (5582): 773, doi:10.1126/science.1074591, ISSN 0036-8075, PMID 12161634, dicapai pada 2008-09-16 Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - Rashed, Roshdi (2007), "The Celestial Kinematics of Ibn al-Haytham", Arabic Sciences and Philosophy, Cambridge University Press, 17: 7–55, doi:10.1017/S0957423907000355
- Rosen, Edward (1 January 1985), "The Dissolution of the Solid Celestial Spheres", Journal of the History of Ideas, 46 (1): 13–31, doi:10.2307/2709773, ISSN 0022-5037
- Rottman, J. (February 28, 2000), A first course in Abstract Algebra, Prentice Hall, ISBN 0-13-011584-3, OCLC 42960682 59576116 Check
|oclc=
value (bantuan) - Rozenfeld, Boris A. (1988), A History of Non-Euclidean Geometry: Evolution of the Concept of a Geometric Space, Springer Science+Business Media, ISBN 0-387-96458-4, OCLC 15550634 230166667 230980046 77693662 Check
|oclc=
value (bantuan) - Rozenfeld, Boris Abramovich; Youschkevitch, Adolf P. (1996), "Geometry", dalam Rashed, Roshdi (penyunting), Encyclopedia of the History of Arabic Science, 2, London & New York: Routledge, m/s. 447–494
- Saad, Bashar; Azaizeh, Hassan; Said, Omar (October 2005), "Tradition and Perspectives of Arab Herbal Medicine: A Review", Evidence-based Complementary and Alternative Medicine, Oxford University Press, 2 (4): 475–479, doi:10.1093/ecam/neh133, PMC 1297506, PMID 16322804
- Sabra, A. I. (1971), "The astronomical origin of Ibn al-Haytham's concept of experiment", Actes du XIIe congrès international d’histoire des sciences, Albert Blanchard, Paris, 3: 133–136. Reprinted in Sabra, A. I. (1994), Optics, Astronomy and Logic: Studies in Arabic Science and Philosophy, Collected Studies Series, 444, Variorum, Aldershot, ISBN 0-86078-435-5, OCLC 29847104 30739740 Check
|oclc=
value (bantuan). - Sabra, A. I. (1978a), "Ibn al-Haytham and the Visual Ray Hypothesis", dalam Nasr, Seyyed Hossein (penyunting), Ismaili Contributions to Islamic Culture, Boston: Shambhala Publications, m/s. 178–216, ISBN 0-87773-731-2 Unknown parameter
|ISBN status=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|unused_data=
(bantuan) - Sabra, A. I. (1978b), "An Eleventh-Century Refutation of Ptolemy's Planetary Theory", dalam Hilfstein, Erna; Czartoryski, Paweł; Grande, Frank D. (penyunting), Science and History: Studies in Honor of Edward Rosen, Studia Copernicana, XVI, Ossolineum, Wrocław, m/s. 117–131
- Sabra, A. I. (1981), Theories of Light from Descartes to Newton, Cambridge University Press
- Sabra, A. I. (1998), "Configuring the Universe: Aporetic, Problem Solving, and Kinematic Modeling as Themes of Arabic Astronomy", Perspectives on Science, 6 (3): 288–330
- Sabra, A. I. (October–December 2003), "Ibn al-Haytham: Brief life of an Arab mathematician", [[Harvard Magazine]], diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27, dicapai pada 2008-01-23 URL–wikilink conflict (bantuan)
- Sabra, A. I.; Hogendijk, J. P. (2003), The Enterprise of Science in Islam: New Perspectives, MIT Press, ISBN 0-262-19482-1, OCLC 237875424 50252039 Check
|oclc=
value (bantuan) - Saliba, George (1994), A History of Arabic Astronomy: Planetary Theories During the Golden Age of Islam, New York University Press, ISBN 0-8147-8023-7, OCLC 35666761
- Salih, H.; Al-Amri, M.; El Gomati, M. (2005), "The Miracle of Light", A World of Science, UNESCO, 3 (3)
- Samuelson, James; Crookes, William, The Journal of Science, and Annals of Astronomy, Biology, Geology
- Sardar, Ziauddin (1998), "Science in Islamic philosophy", Islamic Philosophy, Routledge Encyclopedia of Philosophy, dicapai pada 2008-02-03
- Sarton, George (1927), Introduction To The History of Science, Volume I: From Homer To Omar Khayyam, Baltimore, Maryland: Carnegie Institution for Science
- Van Sertima, Ivan (2004), Golden Age Of The Moor, Transaction Publishers, ISBN 1-56000-581-5, OCLC 123168739 25416243 29837541 44748929 50901951 56571741 57559516 Check
|oclc=
value (bantuan) Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan) - Smith, A. Mark (2001), Alhacen's theory of visual perception: a critical edition, with English translation and commentary, of the first three books of Alhacen's De aspectibus, the medieval Latin version of Ibn al-Haytham's Kitab al-Manazir, Transactions of the American Philosophical Society, 91, Philadelphia: American Philosophical Society & DIANE Publishing, ISBN 978-0-87169-914-5, OCLC 163278528 163278565 185537919 47168716 Check
|oclc=
value (bantuan) - Smith, A. Mark (2005), "The Alhacenian Account Of Spatial Perception And Its Epistemological Implications", Arabic Sciences and Philosophy, Cambridge University Press, 15, doi:10.1017/S0957423905000184
- Smith, John D. (1 March 1992), "The Remarkable Ibn al-Haytham", The Mathematical Gazette, Mathematical Association, 76 (475): 189–198, doi:10.2307/3620392, ISSN 0025-5572
- Thiele, Rüdiger (2005), "In Memoriam: Matthias Schramm", Arabic Sciences and Philosophy, Cambridge University Press, 15: 329–331, doi:10.1017/S0957423905000214
- Toomer, G. J. (December 1964), "Review: Ibn al-Haythams Weg zur Physik by Matthias Schramm", Isis, 55 (4): 463–465, doi:10.1086/349914
- Topdemir, Hüseyin Gazi (1999), Takîyüddîn'in Optik Kitabi, Ankara: Ministry of Culture Press
- Topdemir, Hüseyin Gazi (2007a), "Kamal Al-Din Al-Farisi's Explanation of the Rainbow" (PDF), Humanity & Social Sciences Journal, 2 (1): 75–85, dicapai pada 2008-09-16
- Topdemir, Huseyin Gazi (July 18, 2007), Ibn al-Haytham (965-1039) His Life and WorksCS1 maint: date and year (link)
- Topdemir, Hüseyin Gazi (30 June 2008), Taqi al-Din ibn Ma‘ruf and the Science of Optics: The Nature of Light and the Mechanism of Vision, FSTC Limited, diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-14, dicapai pada 2008-07-04
- Verma, R. L. (August 1969), "Al-Hazen: father of modern optics", Al-Arabi, 8: 12–3, PMID 11634474
- Vernet, J. (4 April 2008), "Ibn al- Hayt̲h̲am, Abū ʿalī al-Ḥasan b. al-Ḥasan (or Ḥusayn) b. al-Hayt̲h̲am al-Baṣrī al-Miṣrī", dalam Bearman, P.; Bianquis, Th.; Bosworth, C. E.; van Donzel, E.; Heinrichs, W. P. (penyunting), [[Encyclopaedia of Islam]], Brill Online: Brill Publishers, dicapai pada 2008-09-16 URL–wikilink conflict (bantuan)[pautan mati kekal]
- Wade, Nicholas J. (1998), A Natural History of Vision, Cambridge, MA: MIT Press
- Wade, Nicholas J.; Finger, Stanley (2001), "The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz's perspective", Perception, 30 (10): 1157–1177, doi:10.1068/p3210, PMID 11721819
- Weisstein, Eric, Alhazen's Billiard Problem, Mathworld, dicapai pada 2008-09-24
- Whitaker, Brian (2004-09-23), "Centuries in the House of Wisdom", The Guardian, dicapai pada 2008-09-16
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]Kepustakaan primer
[sunting | sunting sumber]- Sabra, A. I., ed. (1983), The Optics of Ibn al-Haytham, Books I-II-III: On Direct Vision. The Arabic text, edited and with Introduction, Arabic-Latin Glossaries and Concordance Tables, Kuwait: National Council for Culture, Arts and LettersCS1 maint: extra text: authors list (link)
- Sabra, A. I., ed. (2002), The Optics of Ibn al-Haytham. Edition of the Arabic Text of Books IV-V: On Reflection and Images Seen by Reflection. 2 vols, Kuwait: The National Council for Culture, Arts and LettersCS1 maint: extra text: authors list (link)
- Sabra, A. I., trans. (1989), The Optics of Ibn al-Haytham. Books I-II-III: On Direct Vision. English Translation and Commentary. 2 vols, Studies of the Warburg Institute, vol. 40, London: The Warburg Institute, University of London, ISBN 0-85481-072-2, OCLC 165564751 165564771 180528350 180528355 180528359 21530166 230045836 24910015 59836570 Check
|oclc=
value (bantuan) - Smith, A. Mark, ed. and trans. (2001), ditulis pada Philadelphia, "Alhacen's Theory of Visual Perception: A Critical Edition, with English Translation and Commentary, of the First Three Books of Alhacen's De aspectibus, the Medieval Latin Version of Ibn al-Haytham's Kitāb al-Manāzir, 2 vols.", Transactions of the American Philosophical Society, Philadelphia: American Philosophical Society, 91 (4–5), ISBN 0-87169-914-1, OCLC 47168716
- Smith, A. Mark, ed. and trans. (2006), "Alhacen on the Principles of Reflection: A Critical Edition, with English Translation and Commentary, of Books 4 and 5 of Alhacen's De Aspectibus, the Medieval Latin version of Ibn-al-Haytham's Kitāb al-Manāzir, 2 vols", Transactions of the American Philosophical Society, Philadelphia: American Philosophical Soc., 96 (2–3), ISBN 0-87169-962-1, OCLC 123464885 185359947 185359957 219328717 219328739 70078653 Check
|oclc=
value (bantuan)
Kepustakaan sekunder
[sunting | sunting sumber]- Graham, Mark. How Islam Created the Modern World. Amana Publications, 2006.
- Omar, Saleh Beshara (June 1975), Ibn al-Haytham and Greek optics: a comparative study in scientific methodology, PhD Dissertation, University of Chicago, Department of Near Eastern Languages and Civilizations
- Saliba, George (2007), Islamic Science and the Making of the European Reneissance, MIT Press, ISBN 0-262-19557-7
- Belting, Hans, Afterthoughts on Alhazen’s Visual Theory and Its Presence in the Pictorial Theory of Western Perspective, in: Variantology 4. On Deep Time Relations of Arts, Sciences and Technologies In the Arabic-Islamic World and Beyond, ed. by Siegfried Zielinski and Eckhard Fürlus in cooperation with Daniel Irrgang and Franziska Latell (Cologne: Verlag der Buchhandlung Walther König, 2010), pp. 19–42. [2]
- Siegfried Zielinski & Franziska Latell, How One Sees, in: Variantology 4. On Deep Time Relations of Arts, Sciences and Technologies In the Arabic-Islamic World and Beyond, ed. by Siegfried Zielinski and Eckhard Fürlus in cooperation with Daniel Irrgang and Franziska Latell (Cologne: Verlag der Buchhandlung Walther König, 2010), pp. 19–42. [3]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- http://www.tutor.com.my/tutor/estidotmy/index.asp?y=2003&dt=0625&pub=ESTIDOTMY&sec=Saintis_Islam&pg=si_01.htm
- Langermann, Y. Tzvi (2007). "Ibn al‐Haytham: Abū ʿAlī al‐Ḥasan ibn al‐Ḥasan". Dalam Thomas Hockey; dll. (penyunting). The Biographical Encyclopedia of Astronomers. New York: Springer. m/s. 556–7. ISBN 978-0-387-31022-0. Explicit use of et al. in:
|editor=
(bantuan) (PDF version) - Sabra, A. I. (2008) [1970–80]. "Ibn Al-Haytham, Abū ʿAlī Al-Ḥasan Ibn Al-Ḥasan". Complete Dictionary of Scientific Biography. Encyclopedia.com. External link in
|=
(bantuan) - Ibn al-Haytham on two Iraqi banknotes
- The Miracle of Light – a UNESCO article on Ibn al-Haytham
- Biography from Malaspina Global Portal
- Short biographies on several "Muslim Heroes and Personalities" including Ibn al-Haytham
- Multimedia artwork based on Alhazen's Problem Diarkibkan 2011-11-21 di Wayback Machine
- Report by the Telegraph of a modern day solution of Alhazen's problem Diarkibkan 2004-11-23 di Wayback Machine
- Biography from ioNET via the Wayback Machine
- Biography from the BBC via the Wayback Machine
- Biography from Trinity College (Connecticut)
- Biography from Molecular Expressions
- The First True Scientist from BBC News
- Over the Moon From The UNESCO Courier on the occasion of the International Year of Astronomy 2009
- Online Galleries, History of Science Collections, University of Oklahoma Libraries High resolution images of works by Alhazen in .jpg and .tiff format.
- Richard Covington, Rediscovering Arabic Science, 2007, Saudi Aramco World Diarkibkan 2007-05-15 di Wayback Machine
{{#switch:||Kategori=
- CS1 errors: URL–wikilink conflict
- Rencana yang memerlukan perapian dari November 2020
- Semua laman yang memerlukan perapian
- Rencana yang memerlukan perapian dengan sebab dari November 2020
- Laman Wikipedia yang memerlukan perapian dari November 2020
- CS1 errors: OCLC
- CS1 cubaan lokasi
- CS1 errors: external links
- Rencana dengan pengenalan BNC
- Rencana dengan pengenalan MATHSN
- AC dengan 28 elemen
- Ibnu Haitami
- Kelahiran 960-an
- Kematian 1040
- Orang Arab abad ke-10
- Ahli matematik abad ke-10
- Ahli astronomi abad ke-11
- Sarjana Buwaihi
- Sarjana Khilafah Fatimiyah
- Ahli Astronomi Islam zaman pertengahan
- Ahli matematik Islam zaman pertengahan
- Ahli fizik Islam zaman pertengahan
- Orang dari Basrah
- Ahli falsafah sains
- Ilmuwan yang bergiat dalam penentuan kiblat