Janet Yellen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Janet Yellen
Secretary Janet Yellen portrait (cropped) 2.jpg
Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat ke-78
Memegang jawatan
26 Januari 2021
PresidenJoe Biden
TimbalanWally Adeyemo
Didahului olehSteven Mnuchin
Pengerusi Rizab Persekutuan ke-15
Dalam jawatan
3 Februari 2014 – 3 Februari 2018
PresidenBarack Obama
Donald Trump
TimbalanStanley Fischer
Didahului olehBen Bernanke
Digantikan olehJerome Powell
Naib Pengerusi Rizab Persekutuan
Dalam jawatan
4 Oktober 2010 – 3 Februari 2014
PresidenBarack Obama
Didahului olehDonald Kohn
Digantikan olehStanley Fischer
Ahli Rizab Persekutuan
Lembaga Gabenor
Dalam jawatan
4 Oktober 2010 – 3 Februari 2018
PresidenBarack Obama
Donald Trump
Didahului olehMark W. Olson
Digantikan olehKosong
Dalam jawatan
12 Ogos 1994 – 17 Februari 1997
PresidenBill Clinton
Didahului olehWayne Angell
Digantikan olehEdward Gramlich
Presiden Rizab Persekutuan
Bank San Francisco
Dalam jawatan
14 Jun 2004 – 4 Oktober 2010
Didahului olehRobert Parry
Digantikan olehJohn Williams
Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi
Dalam jawatan
18 Februari 1997 – 3 Ogos 1999
PresidenBill Clinton
Didahului olehJoseph Stiglitz
Digantikan olehMartin Baily
Butiran peribadi
LahirJanet Louise Yellen
(1946-08-13) 13 Ogos 1946 (umur 74)
Brooklyn, Bandar Raya New York, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganGeorge Akerlof
Anak-anak1
PendidikanUniversiti Brown
Universiti Yale

Janet Louise Yellen (lahir 13 Ogos 1946) ialah seorang ahli ekonomi dan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat terkini di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden.[1] Beliau juga merupakan anggota terkemuka di Brookings Institution dan profesor emeritus di Sekolah Perniagaan Haas di Universiti California, Berkeley. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai pengerusi Rizab Persekutuan ke-15 dari tahun 2014 hingga tahun 2018 yang merupakan wanita pertama memegang peranan itu. Beliau merupakan Naib Pengerusi dari tahun 2010 hingga tahun 2014.[2]

Yellen ialah ahli Lembaga Gabenor Rizab Persekutuan dari tahun 1994 hingga tahun 1997 dan sekali lagi pada tahun 2010 hingga tahun 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Rumah Putih di bawah pentadbiran Presiden Bill Clinton dari tahun 1997 hingga tahun 1999. Beliau juga merupakan Presiden Rizab Persekutuan Bank San Francisco dari tahun 2004 hingga tahun 2010. Pada tahun 2014, presiden Barack Obama telah mencalonkan Yellen untuk menggantikan Ben Bernanke sebagai pengerusi Rizab Persekutuan.[3] Beliau hanya berkhidmat satu penggal dari tahun 2014 hingga tahun 2018 kerana tidak dilantik semula oleh Presiden Donald Trump.[4]

Selain sumbangan berterusan beliau terhadap bidang ekonomi, Yellen juga terkenal kerana memecahkan banyak penghalang jantina sebagai seorang wanita di dalam bidang.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Yellen dilahirkan dalam sebuah keluarga berketurunan Yahudi Poland[5] di kejiranan Bay Ridge di kawasan Brooklyn, Bandar Raya New York.[6] Beliau juga dibesarkan di bandar itu. Ibunya Anna Ruth (née Blumenthal; 1907–1986) merupakan seorang guru sekolah rendah dan ayahnya Julius Yellen (1906–1975) merupakan seorang doktor keluarga yang bekerja di tingkat bawah rumah mereka.[7][5][8] Ibunya berhenti bekerja untuk menjaga Janet dan abang sulungnya, John.[7][9]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Yellen memperoleh ijazah dalam bidang ekonomi dari Kolej Pembroke di Universiti Brown pada tahun 1967. Di Universiti Brown, beliau menukar jurusannya dari falsafah ke ekonomi dan beliau sangat dipengaruhi oleh profesor George Borts dan Herschel Grossman.[10] Beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang ekonomi di Universiti Yale pada tahun 1971. Disertasi beliau yang bertajuk "Pekerjaan, Hasil dan Pengumpulan Modal dalam Ekonomi Terbuka: Ketidaksamaan Pendekatan" di bawah pemerhatian pemenang Hadiah Nobel iaitu James Tobin dan Joseph Stiglitz. Mereka berdua telah menganggap Yellen sebagai seorang pelajar yang paling cerdas dan diingati.[3] Dua dozen ahli ekonomi memperoleh ijazah Doktor Falsafah di Universiti Yale pada tahun 1971 termasuk Uri Possen dan Gary Smith. Yellen ialah satu-satunya pelajar wanita di kelas doktoral itu.[3]

Pencalonan sebagai Setiausaha Perbendaharaan[sunting | sunting sumber]

Pada bulan November 2020, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengumumkan bahawa beliau akan mencalonkan Yellen sebagai Setiausaha Perbendaharaan dalam kabinetnya. Beliau akan menjadi wanita pertama yang memegang jawatan ini jika pencalonnya disahkan Senat Amerika Syarikat.[11][12] Pencalonan beliau disahkan oleh Senat pada 22 Januari 2021.[13]

Perkhidmatan dan tugas luar[sunting | sunting sumber]

  • Presiden, Persatuan Ekonomi Amerika, 2020
  • Naib Presiden, Persatuan Ekonomi Amerika, 2004
  • Presiden, Persatuan Ekonomi Barat, 2004
  • Anggota, Akademi Seni dan Sains Amerika, 2001
  • Naib Presiden, Persatuan Ekonomi Barat, 2001
  • Pengerusi: Jawatankuasa Dasar Ekonomi Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi 1997–1999
  • Pemegang Amanah Ahli Ekonomi untuk Keamanan dan Keselamatan
  • Ahli Lembaga Pengarah bagi Belanjawan Persekutuan yang Bertanggungjawab

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Yellen berkahwin dengan George Akerlof, ahli ekonomi, pemenang Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi, profesor di Universiti Georgetown dan profesor emeritus di Universiti California, Berkeley.[14] Yellen dan Akerlof telah bertemu di Fed pada musim luruh tahun 1977. Mereka berkahwin pada bulan Jun 1978. Pada bulan Jun 1981, anak lelaki mereka Robert Akerlof dilahirkan. Robert kini mengajar bidang ekonomi di Universiti Warwick.[15]

Yellen dan Akerlof telah berkolaborasi dalam penyelidikan termasuk topik seperti kemiskinan, pengangguran dan mengenai kos melahirkan anak luar nikah.[16] Kedua-dua mereka sering menyatakan bahawa satu-satunya perselisihan mereka adalah bahawa Yellen lebih kepada menyokong perdagangan bebas berbanding suaminya.[17][16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biden to nominate Janet Yellen as US treasury secretary
  2. ^ "Yellen Takes Over Federal Reserve As Bernanke Departs". Diarkibkan daripada yang asal pada March 3, 2014.
  3. ^ a b c d Mui, Yian (February 2, 2014). "New Fed Chief Janet Yellen lets a long career of breaking barriers speak for itself". Washington Post. Diarkibkan from yang asal pada December 23, 2015. Dicapai pada December 16, 2015.
  4. ^ Talev, Margaret (2017-11-01). "Trump Calls Yellen 'Excellent' But Doesn't Commit to Reappointing Her". Bloomberg News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 1, 2017.
  5. ^ a b "Obama to nominate Jewish economist Janet Yellen as new Fed chief". World Jewish Congress. October 9, 2013. Diarkibkan from yang asal pada February 8, 2014. Dicapai pada January 8, 2014.
  6. ^ Smialek, Jenna (Nov 23, 2020). "Biden Expected to Pick Janet Yellen, Former Fed Chair, as Treasury Secretary". New York Times. Dicapai pada Nov 23, 2020.
  7. ^ a b "Janet Yellen: A brief profile of the Federal Reserve nominee". The Denver Post. 29 April 2016. Diarkibkan from yang asal pada September 17, 2018. Dicapai pada March 21, 2018.
  8. ^ "Janet Yellen's Faith Slips Under the Radar As Gender Takes Over". The Forward (dalam bahasa Inggeris). 2013-10-15. Dicapai pada 2020-11-30.
  9. ^ Udland, Myles (14 July 2014). "Janet Yellen Gives Her Clearest Comments Ever About How She Missed The Crisis And How She Sees The World". Business Insider. Diarkibkan from yang asal pada March 22, 2018. Dicapai pada March 21, 2018. The personal details about Yellen are also fascinating: Yellen's brother, John, is the director of the archeology program at the National Science Foundation
  10. ^ Grace, Stephanie (January–February 2014). "Banker to the Nation". Brown Alumni Magazine. Diarkibkan from yang asal pada May 24, 2015. Dicapai pada May 23, 2015.
  11. ^ "Who Are Contenders for Biden's Cabinet?". The New York Times. 11 November 2020. Diarkibkan from yang asal pada November 11, 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  12. ^ Zeleny, Jeff Zeleny; Merica, Dan; Krieg, Gregory (2020-11-23). "Biden to pick Janet Yellen for Treasury secretary". CNN. Dicapai pada 2020-11-24.
  13. ^ Guida, Victoria (January 22, 2021). "Yellen clears Senate committee, heads for final vote to be Treasury secretary". Politico. Diarkibkan from yang asal pada January 25, 2021. Dicapai pada January 22, 2021.
  14. ^ "U.C. Berkeley professor turns 'lemons' into Nobel Prize". J. the Jewish news weekly of Northern California. San Francisco Jewish Community Publications. October 12, 2001. Diarkibkan from yang asal pada February 2, 2017. Dicapai pada October 9, 2013.
  15. ^ "Faculty Directory – University of Warwick, Department of Economics". University of Warwick. Diarkibkan from yang asal pada March 26, 2014. Dicapai pada March 13, 2012.
  16. ^ a b Thompson, Marilyn W.; Spicer, Jonathan (2013-09-29). "A Fed love story: Janet Yellen meets her match". Reuters. Dicapai pada 24 November 2020.
  17. ^ "George A. Akerlof Facts". Nobel Prize. Dicapai pada 25 November 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]