Kampung Ulu Sungai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Ulu Sungai
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Ulu Sungai
Mohor rasmi Kampung Ulu Sungai
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriPahang
Daerah Raub
MukimBatu Talam
KampungKampung Ulu Sungai
Pentadbiran
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
27610
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Ulu Sungai di Peta Google

Kampung Ulu Sungai merupakan sebuah kampung yang terletak di dalam daerah Raub, yakni dalam negeri Pahang, iaitu sebuah negeri di Malaysia. Lokasinya yang berada di kaki Banjaran Titiwangsa menjadikan ia salah sebuah lokasi ekopelancongan terkemuka di negeri Pahang.

Kampung yang diberi nama Tanjong Krayong suatu ketika dahulu ini, diberi nafas baru pada namanya sinonim dengan jajaran sungai yang dingin juga sejuk mata memandang. Selain air sungainya yang jernih, mengalir segar dari banjaran dan bukit bukau, terdapat juga kawasan hutan yang menyimpan beribu spesis flora dan fauna. Spesis flora seperti Bunga Pakma yang langka juga terdapat disini.

Terletak di sempadan antara negeri Pahang dan Perak serta terpisah oleh jajaran megah Banjaran Titiwangsa membuatkan suasana di sini cukup tenang dan damai. Laluan ekstrem dan mencabar merentasi banjaran ini menjadi tarikan utama buat peminat aktiviti sukan lasak dari dalam dan luar negara. Laluan ini juga menjadi saksi sejarah perjuangan orang-orang Melayu terdahulu semasa pendudukan jepun dan komunis.

Berada dalam Kawasan Hulu Sungai Pahang ditambah pula tanah yang subur dari kaki banjaran menjadikan produk tanaman dan pertanian di sini sedikit berbeza kualitinya. Terutama bagi tanaman durian kampung. Variasi rasa yang eksotik dari pohon yang berusia puluhan malah mencecah ratusan tahun membuatkan ia mempunyai lingkaran peminatnya yang tersendiri.

Cuacanya yang dingin juga damai, serta tanahnya yang kaya dengan sumber alam meletakkan kampung ini sebagai salahsatu hub ekopelancongan yang wajib anda terokai di Negeri Pahang.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai[sunting | sunting sumber]

Masjid Kampung Ulu Sungai[sunting | sunting sumber]

Klinik Desa Ulu Sungai[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Ulu Sungai, Raub , Pahang ialah 27610.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]