Pergi ke kandungan

Kebebasan media di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kebebasan media di Malaysia tidaklah sebebas negara Barat yang lain. Tetapi lebih baik berbanding dengan negara China, Timur Tengah, negara komunis dan negara bekas komunis. Kebebasan media massa di Malaysia dikawal oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sekatan terhadap media di Malaysia telah dilaksanakan oleh penjajah British di Malaysia lagi. Banyak surat khabar yang diterbitkan di Malaysia dan Singapura telah diharamkan penerbitannya. Rencan-rencana yang ditulis oleh Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Abdul Rahim Kajai dan lain-lain yang dianggap anti penjajah telah diambil tindakan sehingga ada akhbar yang diharamkan. Pemimpin ini dicop sebagai pemimpin kiri atau pro sosialis.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) telah digunakan oleh British sebelum Perang Dunia II lagi. Demonstrasi telah meletus sehingga mencetuskan rusuhan kaum di beberapa tempat. Perasaan marah dibangkitkan oleh media massa seperti ketidakpuastian masyarakat Melayu terhadap isu Natrah di Singapura tahun 1950.

Selepas merdeka

[sunting | sunting sumber]

Malaysia yang merdeka pada tahun 1957 telah meneruskan semua akta yang dibentuk semasa era penjajahan British dahulu. Malahan lebih banyak sekatan diperkenalkan melalui Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang dikemukakan oleh Lord Reid.

Buku The Malay Dilemma yang ditulis oleh Mahathir Mohamad pada 1969 telah diharamkan sehingga tahun 1981.

Sistem langit terbuka

[sunting | sunting sumber]

Siaran radio dan televisyen tempatan Malaysia dikawal oleh Kementerian Penerangan Malaysia. Bagaimanapun, siaran radio dan televisyen dari Singapura, Indonesia dan Thailand boleh dinikmati oleh penduduk di Johor dan utara Semenanjung Malaysia sejak tahun 1980-an. Penduduk negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki satelit parabola bersaiz kecil pula boleh mendapatkan siaran dari Indonesia dan Filipina. Harga parabola yang semakin murah dan mudah didapati menjadi satu ancaman kepada kawalan media di Malaysia. Sistem langit terbuka ini mengejutkan ramai pihak kerana ada pro dan kontra.

Era Mahathir Mohamad menyaksikan syarikat Binariang yang dipengerusikan oleh Mohammed Hanif Omar telah melancarkan satelit ke angkasa lepas bagi melancarkan siaran Astro. Dengan ini sistem langit terbuka yang diwarwarkan tidak sepenuhnya terbuka, tetapi dikawal melalui siaran satelit Astro. Semua negara di dunia juga setuju sistem langit terbuka perlu dikawal dan dipantau.

Dunia tanpa sempadan

[sunting | sunting sumber]

Era 1990-an menyaksikan Malaysia berhadapan dengan isu globalisasi atau dunia tanpa sempadan apabila munculnya internet dengan kemudahan laman web, e-mel, telefon internet, chit chat dan sekarang blog. Pada peringkat awal kerajaan Malaysia menggalakkan rakyat menggunakan internet dan membekalkan komputer di sekolah-sekolah. Guru-guru Sains dan Matematik dilengkapkan dengan sebuah komputer agar mereka mudah mencapai internet dan melaksanakan P&P menggunakan komputer.

Kafe siber tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan tahap kelajuan internet semakin baik melalui Streamyx dan lain-lain. Para pelajar sekolah dan mahasiswa universiti menghabiskan banyak masa di kafe siber sehingga membimbangkan ibu bapa. Selain bermain permainan, mereka juga melayari laman web lucah dan ganas. Mahasiswa yang tersekat oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) telah menggunakan blog bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Gelombang politik 2008

[sunting | sunting sumber]

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek mendapat lampu hijau untuk memugar dasar-dasar lapuk Kementerian Penerangan dan dasar-dasar yang menyekat kebebasan media di Malaysia. Arah pemberitaan perlu berubah berorientasikan rakyat. Jika kerajaan tidak mendengar kritikan mahasiswa dan penulis blog, akhirnya kerajaan akan dijatuhkan seperti mana 8 Mac 2008.[1]

Indeks Kebebasan Media Dunia 2008

[sunting | sunting sumber]

Dari segi Indeks Kebebasan Akhbar 2008 , Malaysia jatuh teruk ke kedudukan 132 daripada 173 negara. Tahun 2007 Malaysia berada pada kedudukan 124 dan 2006 pada kedudukan 96. Rating ini diberikan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris, Perancis. RSF telah memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985.

Secara perbandingan ,Timor Leste di tangga (65), Mongolia (93),Gabon (110),Indonesia (111),Maghribi (122),Thailand (124),Cameroon (129),Nigeria (131) ,Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136), Oman (123), Kemboja (126), Jordan (128) , Malaysia(132) dan Singapura (144).

Media Malaysia dilarang melaporkan sebarang berita buruk tentang pemerintah , kerabat diraja atau konco-konco mereka. Kerajaan telah mengharamkan akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times. Penulis blog berhadapan dengan ancaman saman dan tangkapan polis. Petugas Malaysia Nanban dan Guangming Daily diserang oleh penyokong parti kerajaan.[2]

Tahap kebebasan media 2010

[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Jun 2010,dalam Dewan Rakyat, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. menyatakan terdapat 2 juta blogger dari Malaysia dan mereka bebas mengeluarkan pandangan.Malaysia mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio.Selain itu terdapar IPTV (Internet Protocol Television) yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar. Sebaliknya Freedom House dari Amerika Syarikat mendakwa media di Malaysia belum bebas. [3]

Melanggar peraturan

[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Jun 2010, beberapa akhbar dan tabloid didapati melanggar garis panduan penerbitan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab. Samad menyatakan 43 surat teguran dihantar kepada akhbar harian (2009) manakala 10 surat teguran (2010). Surat teguran kepada tablod ialah 19 teguran (2009) hingga bulan Mei 2010. 6 surat teguran dan 1 surat tunjuk sebab kepada berita parti politik.

Seksyen 7 (1), AMCP 1984, menetapkan kandungan berita tidak boleh memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara.

Pada 28 Jun 2010, surat tunjuk sebab diberikan kepada tabloid Suara Keadilan . Ia dipercayai berhubung berita sensasi kulit depan bertajuk 'Felda Bangkrap'. [4]

Pada 27 Februari 2012, akhbar The Star telah menyiarkan gambar artis Amerika, Erykah Badu yang bertatu nama Allah.Erykah Badu, seorang artis African American melukis tatoo kalimah Allah di dada kiri dan kanannya selain tatoo segitiga piramid bahagian tengah dadanya pula. .Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong menyatakan bahawa Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil untuk memberi penjelasan. Gambar itu disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah seolah-olah dipermain-mainkan. Semasa bulan Ramadhan 2011, The Star menyiarkan resipi masakan daging babi kononnya sebagai juadah berbuka puasa. Ekoran itu, Pemuda PAS dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mendesak permit The Star digantung.[5][6].[7]Konsert Erykah Badu di Kuala Lumpur pada 29 Februari 2012 dibatalkan kerana melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ditetapkan.[8][9]

  1. ^ Kementerian Penerangan Perlu Direkayasa, Kata Shabery, Bernama (29 Mac 2008). Dicapai 20 Mac 2008.
  2. ^ Kebebasan media M'sia merudum lagi
  3. ^ "Rais: Dua juta blogger bukti media massa bebas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2010-06-17.
  4. ^ Beberapa Akhbar Harian Dan Tabloid Tidak Patuhi Peraturan - KDN
  5. ^ "Haramkan The Star, mana pergi NGO beras kampit". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-01. Dicapai pada 2012-02-28.
  6. ^ "Editor kanan The Star dipanggil KDN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-01. Dicapai pada 2012-02-28.
  7. ^ "Pemuda PAS dan mufti mahu permit The Star digantung". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-01. Dicapai pada 2012-02-28.
  8. ^ "Langgar sensitiviti agama, konsert Erykah dibatalkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-01. Dicapai pada 2012-02-28.
  9. ^ Erykah Badu concert cancelled