Leftenan Jeneral (United Kingdom)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leftenan Jeneral
Lieutenant General

Tanda pangkat
Tentera Darat
Tanda pangkat
Marin Diraja
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Darat United Kingdom Tentera Darat Britain
Marin Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai Jeneral
Singkatan Lt Gen
Pangkat Tiga bintang
Kod
NATO
OF-8
Pangkat tinggi seterusnya

Jeneral

Pangkat rendah seterusnya

Mejar Jeneral

Persamaan pangkat tentera laut Laksamana Madya (RN)
Persamaan pangkat tentera udara Marsyal Udara (RAF)

Leftenan Jeneral ialah pangkat senior dalam Tentera Darat British dan Marin Diraja. Ia setara dengan pangkat tiga bintang multinasional; sesetengah lieutenant general British kadangkala memakai lencana tiga bintang, sebagai tambahan kepada lencana standard mereka, semasa menjalankan operasi multinasional.

Leftenan Jeneral ialah pangkat atasan kepada Mejar Jeneral, tetapi berada dibawah Jeneral penuh. Pangkat ini mempunyai kod NATO OF-8, setaraf dengan Laksamana Madya dalam Royal Navy dan Marsyal Udara dalam Royal Air Force (RAF) dan kebanyakan tentera udara negara-negara Komanwel.

Tanda pangkat bagi kedua-dua Tentera Darat dan Marin Diraja adalah mahkota di atas pedang dan baton bersilang. Semasa pemerintahan Ratu Elizabeth II, Mahkota St Edward, biasanya dikenali sebagai Mahkota Ratu, telah digambarkan. Sebelum tahun 1953, dan sekali lagi sejak Raja Charles III naik takhta pada tahun 2022, Mahkota Tudor, biasanya dikenali sebagai Mahkota Raja, telah digunakan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]