Maha Vajiralongkorn: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Dekoelie (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 3: Baris 3:
{{Infobox royalty
{{Infobox royalty
|type = Monarch
|type = Monarch
|name = Vajiralongkorn
|name = Maha Vajiralongkorn
|title =
|title =
|image= HRH Vajiralongkorn (Cropped).jpg
|image= HRH Vajiralongkorn (Cropped).jpg
|caption = Vajiralongkorn sebagai Putera Mahkota
|caption = Raja Thailand
|succession = ''Bakal menjadi Raja Rama X''
|succession = ''Raja Rama X''
|reign = {{nowrap| 28 November 2016 – kini}}
|reign = {{nowrap| 28 November 2016 – kini}}
|predecessor = [[Bhumibol Adulyadej]]
|predecessor = [[Bhumibol Adulyadej]]

Semakan pada 13:29, 2 Disember 2016

Maha Vajiralongkorn
Raja Thailand
Raja Rama X
Pemerintahan 28 November 2016 – kini
Didahului olehBhumibol Adulyadej
PewarisDipangkorn Rasmijoti
Perdana MenteriPrayuth Chan-ocha
Keputeraan (1952-07-28) 28 Julai 1952 (umur 71)
Istana Dusit, Dusit, Bangkok, Thailand
PasanganSoamsawali Kitiyakara
(k. 1977; c. 1991)

Sujarinee Vivacharawongse
(k. 1994; c. 1996)

Srirasmi Suwadee
(k. 2001; c. 2014)
AnakandaPuteri Bajrakitiyabha
Putera Juthavachara Mahidol
Putera Vacharaesorn Mahidol
Putera Chakriwat Mahidol
Putera Vatchrawee Mahidol
Puteri Sirivannavari Nariratana
Putera Mahkota Dipangkorn Rasmijoti
KerabatDinasti Chakri
AyahandaRaja Bhumibol Adulyadej
BondaRatu Sirikit
AgamaBuddha Theravada
TandatanganTandatangan Maha Vajiralongkorn


Maha Vajiralongkorn, lahir pada 28 Julai 1952, ialah anak kepada Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej dan Ratu Sirikit. Maha Vajiralongkorn merupakan putera mahkota Thailand dan bakal mewarisi takhta negara itu.

Pada usia 20 tahun, Vajiralongkorn telah menandatangani surat penerimaan warisan takhta. Maha Vajiralongkorn telah menamatkan pengajian di Kolej Tentera Diraja Duntroon , Canberra, Australia . Beliau juga mendapat latihan ketenteraan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Beliau merupakan juruterbang jet tentera yang bertauliah dan juruterbang helikopter

Semasa tahun 1970-an, beliau turut aktif menentang kebangkitan pengganas komunis yang dicetuskan oleh Parti Komunis Thailand di sempadan Thailand-Kemboja yang ketika itu dikuasai oleh rejim Khmer Rouge.

Setelah kemangkatan ayahnya, Raja Bhumihol, pada 13 Oktober 2016, Vajiralongkorn akan ditabalkan sebagai Raja Thailand. Namun, Pejabat Perdana Menteri Thailand telah mengumumkan keinginan beliau untuk "diberikan masa untuk berkabung" sebelum menaiki takhta. [1] Vajiralongkorn akan ditabalkan setelah selesai tempoh berkabung untuk ayahnya.

Kehidupan awal

Vajiralongkorn dilahirkan pada 28 Julai 1952 pada pukul 5.45 petang [2] di Istana Dusit, Bangkok. Nama kelahiran beliau ialah "Vajiralongkorn Barommachakkrayadisonsantatiwongse Deveshrathamrongsubariban Abhikhunuprakarnmahittaladuladej Bhumibholnaresvarangkura Kittisirisomburana Savangavadhana Barommakhattiyarajakumara" (Bahasa Thai: วชิราลงกรณ บรมจักรยาดิศรสันตติวงศ เทเวศรธำรงสุบริบาล อภิคุณูประการมหิตลาดุลเดช ภูมิพลนเรศวรางกูร กิตติสิริสมบูรณ์สวางควัฒน์ บรมขัตติยราชกุมาร). Beliau seorang sahaja anak lelaki Raja Bhumibol Adulyadej dan Ratu Sirikit.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Rendah Chitlada School di Bangkok dan kemudian di beberapa kolej swasta di United Kingdom dan Australia.

Pada tahun 1972, beliau dikurniakan dengan gelaran Somdech Phra Boroma Orasadhiraj Chao Fah Maha Vajiralongkorn Sayam Makutrajakuman setelah dilantik sebagai putera mahkota negara itu.

Kehidupan dewasa

Vajiralongkorn menjalani latihan ketenteraan di Kolej Tentera Diraja Duntroon, Canberra, Australia dan juga telah meraih ijazah sarjana dalam sastera dari Universiti Sukhothai Thammatirat di Bangkok.

Sejak 1975 beliau berkhidmat sebagai pegawai tentera dalam Angkatan Tentera Diraja Thai. Beliau kemudian berkhidmat sebagai pegawai turus dalam Bahagian Perisikan Tentera Darat. Seterusnya pada 1978, beliau mengetuai Batalion Pengawal Diraja. Beliau kemudian berhenti dari perkhidmatan tentera untuk menjadi sami Buddha sebagaimana yang lazim dilakukan oleh raja-raja Thailand sebelum ini.

Vajiralongkorn mendapat latihan ketenteraan meluas di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia . Hal ini termasuk kursus latihan komando, taktik peperangan konvensional dan dalam air. Beliau juga ditauliah sebagai juruterbang kapal terbang dan helikopter tentera.

Keluarga

Pada 3 Januari 1977, Vajiralongkorn berumahtangga dengan Puteri Soamsavali Kitiyakara yang merupakan sepupu sebelah ibunya. Anak mereka, Puteri Bajrakitiyabha, dilahirkan pada 1978.

Vajiralongkorn berumahtangga sekali lagi pada 29 April 2005 dengan Mom Srirasmi Mahidol na Ayuthaya.

Rujukan