Afiq Muiz: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 272: Baris 272:
| Rizal
| Rizal
| TV3
| TV3
|-
| '
|-
|-
|}
|}

Semakan pada 04:16, 7 Oktober 2019

Afiq Muiz
Kelahiran
Muhammad Afiq Muiz bin Azman Shah

(1992-05-01) 1 Mei 1992 (umur 31)
Nama lainMuhammad Afiq
PendidikanJurusan Lakonan Dan Seni Persembahan
Pusat pendidikanAkademi Seni Warisan Negara (ASWARA)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian6 ft 1 in (1.85 m)
PasanganPachara Apin (k.2019)
Ibu bapaHasliza Mohd (ibu)
SaudaraAishah Azman (adik)

Muhammad Afiq Muiz bin Azman Shah (lahir 1 Mei 1992) atau lebih popular sebagai Afiq Muiz (Jawi: أفيق معيذ) merupakan pelakon dan model Malaysia. Beliau merupakan abang sulung kepada Aishah Azman yang juga bergiat aktif dalam bidang lakonan [1] [2].

Kerjaya

Sebelum terlibat dalam bidang lakonan, Afiq terlebih dahulu menceburi bidang peragaan.

Pada 2014, Afiq ditawarkan oleh Yusof Haslam menyertai Skop Productions seterusnya muncul dalam drama kepolisan Gerak Khas, memegang watak sebagai ASP Roslan sebanyak dua musim.

Pada 2017, Afiq akan muncul dalam sebuah filem lakonan pertamanya bertajuk Aku Bukan Pengganas dan memegang watak utama dalam filem tersebut. Penggambaran filem yang dilakukan di Kashmir, India dan mengambil masa 44 hari dan ditayangkan pada 5 Oktober 2017.[3]

Selain itu, Afiq juga mengambil keputusan menukar nama pentas beliau kepada Muhammad Afiq bagi melupakan kontroversi yang pernah melanda beliau sebelum ini dan memulakan aktiviti seni dengan nafas baru.[4]

Disamping itu, beliau juga mengeluarkan sabun kecantikan yang diberi nama M.A Skin Care.[5]

Afiq membintangi telefilem khas bagi meraikan sambutan Hari Bapa berjudul Kasut Untuk Ayah. Drama arahan Amzari ini juga dibintangi oleh Namron, Man Raja Lawak, Fikhree Bakar, Tasha Shilla dan disiarkan pada Sabtu, 10 Jun 2017, pukul 10.05 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1.

Kehidupan peribadi

Pada pagi Selasa 26 Mac 2019, Afiq sah bergelar suami kepada aktres baharu iaitu Pachara Apin [6] atau nama lainnya Nur Aaira Mahdeya. Mereka dinikahkan di sebuah majlis pernikahan yang sederhana di sebuah masjid di Bangi, Selangor. Pasangan ini telah berkenalan pada tahun lalu dan telah bertunang 6 bulan kemudian [7].

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2017 Aku Bukan Pengganas Abdul Ummar Arjin Uppal Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Duyong Aridinata Pengawal 2 TV3
Mistik Alam Hitam: Darah Pontianak Astro Ria
2011 Tanah Kubur (Musim 1) Roslan Astro Oasis Episod: "Api Membakar Diri"
Aishiteru Izrael TV9
2012 Duri Muzaffar Astro Prima
Syukur Allah Amir Hamzah TV AlHijrah
Mimpi Cinderella Emir TV3
2013 Bangkitnya Seorang Perempuan Azlan
Hanya Dengan Bismillah Munir TV1
2014 Cinta Itu Kerja Allah[8] Johar TV2
Gerak Khas[9][10] ASP Rosli
Sambal Kerang Najwa Firdaus
Hanna Raudhah
Ratu Shuhada Ammar TV1
2015 Jangan Lafazkan Janji Azlan
Kayuhan Cinta Rahimi TVi
Orang Gaji IQ Haikal TV2
Ayuni Safira Fakhri TV9
Memori Cinta Suraya Megat Haikal Astro Prima
Tanah Kubur (Musim 14) Khalid Astro Oasis Episod: "Bapak Borek Anak Rintik"
Kifarah Mistik: Gantung TV3
2016 Cinta Hati Abah Marzuki
Diaspora Cinta Qalif TV1
Awak Sangat Nakal Ustaz Hafsham Astro Ria
2017 Menanti Februari Eddie TV3
Cerita Dari Mastika Badrul Astro Prima Episod: "Maisarah"
Sedingin Cinta Antasya Nazareth Hypp Sensasi
2018 Air Mata Syurga Raja Farid
Cinta Maya Shamsul TV1
2019 Jodoh-Jodoh Annisa Ishak Astro Prima
Dia.. Random Guy Zariel Amzar RTM
Lelakimu Yang Dulu TV3
Puteri Yang Ditukar Tuan Malik Muda Astro Prima

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Mak Pengantin Tak Popular Astro Warna
Si Tudung Tweet Aiman TV9
2013 Destinasi Cinta Sara Mikhail Astro Ria
2014 Hantu Langsir Amir TV3
2015 Diam-Diam Rindu Faris TV3
2016 Hati-Hati Yang Bercinta Amzar TV2
Tika Suria Mendongak
2017 Kasut Untuk Ayah Shafik TV1
Petunjuk Yasin
Bunga Lalang Adi
Opah Dot Com Luqman TV9
Jasmine Awal
Manja Manja TV1
2018 Nadi Luna Rizal TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Peranan
2013 MasterChef Selebriti Malaysia Musim 2 Astro Ria Peserta

Muzik video

Tahun Tajuk Artis Catatan
2012 "Sesaat Kau Datang" Ramlah Ram (menampilkan SleeQ)

Teater

Tahun Tajuk
2011 Gelanggang Tok Wali

Rujukan

  1. ^ Aishah Azman Tak Guna Pengaruh Afiq Muiz. mstar. Dicapai pada 13 Oktober 2018.
  2. ^ AISHAH bersama ibu, Hasliza Mohd. dan abangnya, Afiq Muiz. utusan. Dicapai pada 11 Disember 2018.
  3. ^ Nor Eryani Yusup. (5 Jun 2017). Afiq Muiz jadi hero Hindustan. Kosmo
  4. ^ Pada 21 Ogos 2016. Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT. Nafas baharu Muhamad Afiq. Utusan
  5. ^ FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA pada 21 April 2017. Afiq kini lebih matang - Hiburan. Kosmo Online.
  6. ^ “Benar saya sudah nikah” - Afiq Muiz mohon diberi masa untuk kongsi hal perkahwinannya dengan Pachara Apin. mstar. Dicapai pada 27 Mac 2019.
  7. ^ Afiq Muiz selamat bernikah. berita harian. Dicapai pada 27 Mac 2019.
  8. ^ Drama Cinta Itu Kerja Allah Di TV2 hyebro
  9. ^ Sinar Harian (21 Januari 2014) Gerak Khas Musim baru cipta kelainan Dicapai 8 Mac 2016
  10. ^ Kosmo (6 Februari 2014) Wajah baru Gerak Khas Dicapai 8 Mac 2017.

Pautan luar