Afiq Muiz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Afiq Muiz
Kelahiran
Muhammad Afiq Muiz bin Azman Shah

(1992-05-01) 1 Mei 1992 (umur 31)
Nama lainMuhammad Afiq
PendidikanJurusan Lakonan Dan Seni Persembahan
Pusat pendidikanAkademi Seni Warisan Negara (ASWARA)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian6 ft 1 in (1.85 m)
PasanganPachara Apin (k. 2019; c. 2023)
SaudaraAishah Azman (adik)

Muhammad Afiq Muiz bin Azman Shah (Jawi: أفيق معيذ; lahir 1 Mei 1992) merupakan pelakon dan model Malaysia. Beliau ialah abang sulung kepada Aishah Azman yang juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum terlibat dalam bidang lakonan, Afiq terlebih dahulu menceburi bidang peragaan. Pada tahun 2014, Afiq ditawarkan oleh Yusof Haslam menyertai Skop Productions seterusnya muncul dalam drama kepolisan Gerak Khas, memegang watak sebagai ASP Rosli sebanyak dua musim.

Pada 2017, Afiq akan muncul dalam sebuah filem lakonan pertamanya bertajuk Aku Bukan Terrorist dan memegang watak utama dalam filem tersebut. Penggambaran filem yang dilakukan di Kashmir, India dan mengambil masa 44 hari dan ditayangkan pada 5 Oktober 2017.[2]

Selain itu, Afiq juga mengambil keputusan menukar nama pentas beliau kepada Muhammad Afiq bagi melupakan kontroversi yang pernah melanda beliau sebelum ini dan memulakan aktiviti seni dengan nafas baru.[3]

Disamping itu, beliau juga mengeluarkan sabun kecantikan yang diberi nama M.A Skin Care.[4]

Afiq membintangi telefilem khas bagi meraikan sambutan Hari Bapa berjudul Kasut Untuk Ayah. Drama arahan Amzari ini juga dibintangi oleh Namron, Man Raja Lawak, Fikhree Bakar, Tasha Shilla dan disiarkan pada Sabtu, 10 Jun 2017, di slot Panggung Seri TV1.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Afiq sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana bertelingkah dengan ibu sendiri menyebabkan beliau dilabel sebagai anak derhaka.[5]

Pada pagi Selasa 26 Mac 2019, Afiq sah bergelar suami kepada aktres baharu iaitu Pachara Apin yang berketurunan Kadazan-Dusun dari Ranau, Sabah[6] atau nama lainnya selepas memeluk agama Islam iaitu Nur Aaira Mahdeya. Mereka dinikahkan di sebuah majlis pernikahan yang sederhana di sebuah masjid di Bangi, Selangor. Pasangan ini telah berkenalan pada tahun lalu dan telah bertunang 6 bulan kemudian.[7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Aku Bukan Terrorist Abdul Ummar Filem pertama
2022 Gracias Barcelona

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Duyong Aridinata Pengawal 2 TV3 Drama pertama
Mistik Alam Hitam Astro Ria Episod: "Darah Pontianak"
2011 Tanah Kubur (Musim 1) Roslan Astro Oasis Episod: "Api Membakar Diri"
Terowong Mus TV3 Episod: "Diari"
Aishiteru Izrael TV9
2012 Duri Muzaffar Astro Prima
Syukur Allah Amir Hamzah TV AlHijrah
Mimpi Cinderella Emir TV3
Tiara Omar Astro Prima
2013 Bangkitnya Seorang Perempuan Azlan TV3
Hanya Dengan Bismillah Munir TV1
2014 Cinta Itu Kerja Allah Johar TV2
2014–2015 Gerak Khas ASP Rosli
2014 Sambal Kerang Najwa Firdaus
Hanna Raudhah
Ratu Shuhada Ammar TV1
2015 Jangan Lafazkan Janji Azlan
Gerimis Salju Naminara Faiz
Kayuhan Cinta Rahimi TVi
Orang Gaji IQ Haikal TV2
Ayuni Safira Fakhri TV9
Memori Cinta Suraya Megat Haikal Astro Prima
Tanah Kubur (Musim 14) Lokman Astro Oasis Episod: "Bapak Borek Anak Rintik"
Kifarah Mistik TV3 Episod: "Gantung"
2016 Cinta Hati Abah Marzuki
Diaspora Cinta Qalif TV1
Awak Sangat Nakal Ustaz Hafsham Astro Ria
2017 Menanti Februari Eddie TV3
Cerita Dari Mastika Badrul Astro Prima Episod: "Maisarah"
Sedingin Cinta Antasya Nazareth Hypp Sensasi
2018 Air Mata Syurga Raja Farid
Cinta Maya Shamsul TV1
2019 Jodoh-Jodoh Annisa Ishak Astro Prima
Puteri Yang Ditukar Tuan Malik Muda Astro Prima
2020 Bukan Kahwin Paksa Azz Rizqin TV3
Dia Random Guy Zariel Amzar TV Okey
2021 Hati Yang Dikhianati Dr. Fadlan Astro Prima
2022 La Luna Don TV2
Ulya & Dini Hamdan Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Mak Pengantin Tak Popular Astro Warna
Si Tudung Tweet Aiman TV9
2012 Maafkan Aku Uzair TV3
2013 Anak Sampah
Destinasi Cinta Sara Mikhail Astro Ria
2014 Hantu Langsir Amir TV3
2015 Diam-Diam Rindu Faris
2016 Hati-Hati Yang Bercinta Amzar TV2
Tika Suria Mendongak Andre
2017 Kasut Untuk Ayah Shafik TV1
Petunjuk Yasin
Bunga Lalang Adi
Opah Dot Com Luqman TV9
Jasmine Awal
Manja Manja TV1
2018 Nadi Luna Rizal TV3
2022 Aku Ingin Ke Syurga TV2
2023 Gergasi Ajak

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Peranan
2013 MasterChef Selebriti Malaysia (Musim 2) Astro Ria Peserta

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Artis
2012 "Sesaat Kau Datang" Ramlah Ram (menampilkan Sleeq)

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2011 Gelanggang Tok Wali

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hidayah Mohammad (13 Ogos 2016). "Afiq Muiz mahu kukuhkan ekonomi sebelum rancang kahwin". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2017.
  2. ^ Nor Eryani Yusup (5 Jun 2017). "Afiq Muiz jadi hero Hindustan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 26 Jun 2017.
  3. ^ Amirah Amaly Syafaat (21 Ogos 2016). "Nafas baharu Muhamad Afiq". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 22 Ogos 2016.
  4. ^ Faten Saphilla Mohamed Isa (21 April 2017). "Afiq kini lebih matang". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 22 April 2017.
  5. ^ Muhammad Fairoz Azizan (24 Oktober 2014). Doa hubungan dengan ibu lebih erat Berita Harian. Dicapai pada 27 Jun 2020.
  6. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (27 Mac 2019). “Benar saya sudah nikah” - Afiq Muiz mohon diberi masa untuk kongsi hal perkahwinannya dengan Pachara Apin mStar Online. Dicapai pada 27 Mac 2019.
  7. ^ Feride Hikmet Atak (27 Mac 2019). Afiq Muiz selamat bernikah Berita Harian. Dicapai pada 27 Mac 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]