Laluan Persekutuan Malaysia 102

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Ringlet-Sungai Koyan
Maklumat laluan
Panjang79.1 km (49.2 mi)
Wujud1999[1]–kini
SejarahSiap pada tahun 2010[1]
Simpang utama
Hujung westRinglet, Pahang
Persimpangan utama Laluan Persekutuan 59
1503 Jalan FELDA Sungai Koyan
Hujung timurFELDA Sungai Koyan, Pahang
Lokasi
Destinasi
utama
Tanah Rata
Brinchang
Raub
Kuala Lipis
Kuantan
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri
Laluan Persekutuan Malaysia 102

Laluan Persekutuan Malaysia , juga dikenali sebagai Jalan Ringlet-Sungai Koyan atau Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands, merupakan sebuah laluan persekutuan sepanjang 79.1-kilometer (49.2 bt) di Pahang, Malaysia. Ia dibina sebagai jalan pintu masuk ketiga daerah Cameron Highlands, Pahang selepas Laluan Persekutuan 59 dan 185. Dengan siapnya lebuh raya ini, pengunjung dari negeri Pahang kini boleh untuk melawat Cameron Highlands tanpa perlu keluar dari negeri Pahang.[2]

Latar belakang Laluan[sunting | sunting sumber]

Kilometer Sifar dari Laluan Persekutuan 102 terletak di Ringlet, Cameron Highlands.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini, Cameron Highlands hanya boleh dimasuki melalui jalan lama Laluan 59 dari Tapah, Perak. Hanya setelah siapnya Lebuhraya Timur-Barat Kedua FT185 barulah ia menjadi laluan alternatif bagi jalan lama FT59 yang sempit dan berbengkang-bengkok.[2] Sungguhpun lebuh raya baharu FT185 siap, pemandu dari Pahang yang ingin ke Cameron Highlands masih terpaksa keluar dari negeri Pahang untuk melawat kawasan peranginan tersebut.

Kajian keperluan bagi lebuh raya baru secara terus ke Cameron Highlands dari dalam negeri Pahang telah dilakukan pada tahun 1996. Pembinaan bermula pada tahun 1999 dan lebuh raya telah dibina secara berperingkat-peringkat sehingga ia telah siap sepenuhnya Mac 2010. Laluan Persekutuan 102 telah dibina dengan kos sejumlah RM 806 juta.[1]

Apabila siap, jarak perjalanan dari Kuantan ke Cameron Highlands telah dipendekkan sebanyak 80 km berbanding dengan perjalanan yang sama melalui Lebuhraya Timur-Barat Kedua dari Gua Musang, Kelantan.[1][2]

Senarai Persimpangan[sunting | sunting sumber]

Km Susur
keluar
Persimpangan Ke Catatan

0
CAMERON HIGHLANDS
RINGLET
1200 m dari aras laut
JALAN BESAR
UTARA
Tanah Rata
Brinchang
Tringkap
Kg. Raja
Gua Musang
Ipoh

SELATAN
Tapah
Bidor
Kuala Lumpur
Simpang tiga
Lembah Bertam
1190 m dari aras laut
Jambatan Sungai Bertam
1180 m di atas paras laut
Jambatan Sungai Bertam
1180 m di atas paras laut
CAMERON HIGHLANDS

Jambatan Sungai Lemoi
Sempadan daerah Cameron Highlands-Lipis
1160 m dari aras laut

1150 m di atas paras laut Arah Sg. Koyan,
Sila gunakan gear rendah
Jambatan Sungai Jelai Kecil
1130 m dari aras laut
Pos Menson
Kampung Susu
Pos Betau

79
FELDA SUNGAI KOYAN 1503 JALAN FELDA SUNGAI KOYAN
SOUTH
Raub
Kuala Lipis
Bentong
Kuantan
Simpang tiga

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Ali Mahmood (24 August 2009). "Jalan Sg. Koyan-Cameron Highlands (Melayu)". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 January 2013.
  2. ^ a b c "Ringlet-Sg. Koyan Road FT102: Overview". Blog Jalan Raya Malaysia. 4 January 2013. Dicapai pada 4 January 2013.