Pergi ke kandungan

Laluan Persekutuan Malaysia 5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan Persekutuan 5 shield
Laluan Persekutuan 5
Maklumat laluan
Panjang655.8 km (407.5 bt)
Wujud1887[1]–kini
SejarahSiap pada 1988[2]
Simpang utama
Hujung utaraJelapang, Perak
Persimpangan utama
Hujung selatanSkudai, Johor
Lokasi
NegaraMalaysia
Destinasi
utama




Sistem lebuh raya

Laluan Persekutuan 5 atau Jalan Persekutuan 5 merupakan salah satu daripada tiga laluan persekutuan tulang belakang utara-selatan yang menyelusuri sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia.[3] Jalan persekutuan sepanjang 655.85 kilometer (408 bt) bermula dari Jelapang, Perak di sebelah utara sehingga ke Skudai, Johor di selatan.[4]

Latar belakang laluan

[sunting | sunting sumber]
Jambatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Kuala Selangor) (kiri) dan Jambatan Sultan Ismail (Muar)(kanan), dua jambatan utama di sepanjang Jalan Persekutuan 5

Jalan Persekutuan 5 merupakan salah satu daripada tiga laluan persekutuan tulang belakang utara-selatan di Semenanjung Malaysia; dua lagi laluan lain ialah Jalan Persekutuan 1 dan 3.[3] Lebuh raya FT5 juga adalah yang terpendek di antara ketiga-tiga lebuh raya tulang belakang tersebut. Secara amnya, seebahagian besar jajaran Jalan Persekutuan 5 melalui sepanjang kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.[5]

Kilometer Sifar bagi Jalan Persekutuan 5 terletak di Skudai, Johor, di persimpangannya dengan Jalan Persekutuan 1, jalan raya utama di kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Ia bermula sebagai sebuah lebuh raya timur-barat dari Skudai ke Pontian Kechil. Bermula dari Pontian Kechil, ia menjadi jalan raya pantai barat utama di Semenanjung Malaysia.[5] Di Batu Pahat, jalan FT5 membentuk sebahagian Jalan Batu Pahat-Kluang dari Bulatan Banang sehingga ke Persimpangan Gunung Soga, tetapi ditanda sebagai FT5; Jalan Batu Pahat-Kluang hanya menggunakan kod laluan FT50 bermula daripada Persimpangan Gunung Soga sehingga ke Kluang dan Mersing. Di Persimpangan Gunung Soga, jalan FT5 dilencongkan ke Jalan Peserai FT5 yang membentuk Jalan Muar-Batu Pahat FT5 ke Parit Jawa.[6] Di Parit Jawa, laluan FT5 dilencongkan ke Jalan Abdul Rahman FT5 ke Muar, di mana ia melalui tiga bulatan (Bulatan Khalidi, Bulatan Sulaiman dan Bulatan Bentayan) sebelum laluan FT5 dilencongkan sekali lagi ke Jalan Bakri FT5 di Bulatan Bentayan, yang berterusan sebagai Jambatan Sultan Ismail FT5 dan Jalan Kesang FT5.[7]

Di Persimpangan Parit Bunga, laluan FT5 sekali lagi dilencongkan ke kiri sebagai Lebuh AMJ FT5. Di Persimpangan Kesang, laluan FT5 dilencongken ke Jalan Melaka-Muar FT5 dua lorong, sementara kod laluan Lebuh AMJ bertukar kepada FT19. Jalan Muar-Melaka FT5 berakhir di Persimpangan Duyong di mana ia bertindan dengan Lebuh AMJ FT19 hingga ke Persimpangan Semabok, di mana laluan FT5 dilencongkan ke Jalan Semabok FT5.[8] Di Bandaraya Melaka, Jalan Persekutuan 5 melalui kota sesat yang terdiri daripada jalan-jalan lama sebelum ia berterusan sebagai Jalan Tengkera FT5 yang merupakan sebahagian Jalan Melaka-Port Dickson FT5.[9] Jalan Melaka-Port Dickson FT5 berakhir di Lukut, di mana jalan FT5 dihalakan ke Jalan Sepang FT5, sementara jalan itu sendiri berterusan sebagai Jalan Seremban-Port Dickson FT53.[5]

Di Sepang, Jalan Persekutuan 5 dihalakan ke Jalan Morib FT5. Di Morib, laluan tersebut dilencongkan sebanyak dua kali ke Jalan Kelanang FT5 dan seterusnya Jalan Sultan Alam Shah FT5 ke Banting. Di Banting, jalan FT5 dihalakan ke Jalan Langat FT5 ke Klang.[5] Di Klang, ia bertindan dengan Jalan Persekutuan 2 di Jalan Jambatan Kota FT2/FT5 dari Persimpangan Bulatan Simpang Lima sehingga ke Persimpangan Bulatan Simpang Tujuh, di mana Jalan Persekutuan 5 dilencongkan ke Jalan Kapar FT5 yang membentuk sebahagian Jalan Klang-Teluk Intan FT5, sementara Jalan Jambatan Kota berterusan sebagai Lebuhraya Persekutuan Laluan 2.[10]

Di Batu 5, Jalan Klang-Teluk Intan FT5 dekat Batak Rabit, Jalan Persekutuan 5 dihalakan ke Jambatan Sultan Yusuf FT5 ke Sitiawan, sementara Jalan Klang-Teluk Intan bertukar kod laluannya kepada FT58. Bermula dari Sitiawan, Perak sehingga ke penamat sebelah utara di Ipoh, Jalan Persekutuan 5 tidak lagi menjadi jalan raya pantai barat; peranannya diambil alih oleh Jalan Persekutuan 60 dan Jalan Persekutuan 1. Dari Sitiawan, Jalan Persekutuan 5 dilencongkan buat kali terakhir ke Lebuhraya Ipoh–Lumut FT5 ke penamat sebelah utara di Jelapang dekat Ipoh, di mana jalan tersebut dihubungkan ke Lebuhraya Utara-Selatan E1 dan Jalan Kuala Kangsar FT1 melalui Jalan Jelapang A1.[5]

Jalan Persekutuan 5 bermula sebagai sebatang jalan raya pendek dari Bandaraya Melaka ke Merlimau, dibina pada tahun 1887.[1] Lebih kurang sedekad kemudian, sebatang lagi jalan dari Ipoh ke Lumut dibina, menampilkan Jambatan Bota yang menyeberangi Sungai Perak.[6][11] Pada tahun 1911, kerajaan negeri Johor bekerjasama dengan kerajaan penjajah British untuk membangunkan satu rangkaian jalan raya dari Johor Bahru ke Batu Pahat dan Muar.[12] Hasilnya, Jalan Batu Pahat-Kluang-Mersing siap pada tahun 1919,[13] di mana jajaran dari Bulatan Banang ke Persimpangan Gunung Soga membentuk sebahagian jajaran Jalan Persekutuan 5.[6]

Jajaran seterusnya yang disiapkan ialah Jalan Muar-Batu Pahat FT5, siap pada tahun 1929. Pada masa yang sama, Jalan Melaka-Merlimau turut disambung sehingga ke Muar. Juga siap pada masa yang sama ialah Jalan Melaka-Port Dickson FT5, yang merupakan sambungan kepada Jalan Seremban-Port Dickson yang siap lebih awal pada tahun 1910.[14] Pada tahun 1939, jajaran jalan raya pantai di Selangor dari Klang ke Sepang dan dari Klang ke Teluk Anson juga dibuka kepada pengguna jalan raya. Jalan Skudai-Pontian FT5 dan Jalan Batu Pahat-Pontian FT5 juga siap pada tahun yang sama.[6][15]

Pada tahun 1967, jambatan lama Bota FT5 roboh akibat banjir besar, mengakibatkan laluan perhubungan antara Ipoh dengan Lumut terputus sepenuhnya. Hasilnya, sebuah jambatan pengganti yang dikenali sebagai Jambatan Sultan Idris Shah II FT5 dibina dengan jumlah kos RM3.1 juta.[16] Jambatan Sultan Idris Shah II FT5 baharu siap pada tahun 1973 dan dibuka kepada lalu lintas pada Februari 1973.[17]

Juga pada tahun 1967, dua buah jambatan di Muar dan Batu Pahat dibuka kepada lalu lintas sebagai jambatan tol. Dibiayai oleh pinjaman sejumlah RM9 juta daripada Chase Manhattan Bank, kerajaan persekutuan memulakan pembinaan kedua-dua jambatan pada tahun 1965 dan siap pada awal 1967. Jambatan di Muar dinamakan sebagai Jambatan Sultan Ismail.[18] Dua plaza tol didirikan di Tanjung Agas dan Peserai.[6] Namun, berikutan beberapa siri tunjuk perasaan oleh pengguna jalan raya, kadar tol diturunkan pada tahun 1971, sebelum kutipan tol dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 1975.[18]

Pada tahun 1970, Jambatan Kuala Selangor FT5 dicadangkan pembinaannya.[19] Namun, projek tersebut mencetuskan kontroversi berikutan kegagalan kontraktor asal untuk menyiapkannya.[20] Akibatnya, satu tender baharu dibuka pada tahun 1976 untuk mendapatkan kontraktor baharu untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan Jambatan Kuala Selangor yang terbengkalai. Sementara itu, kerja-kerja pembinaan Jambatan Sabak Bernam dimulakan pada tahun 1977.[21] Jambatan Kuala Selangor Bridge FT5, bersama-sama Jambatan Sabak Bernam FT5, siap pada tahun 1980. Jambatan di Kuala Selangor dinamakan sebagai Jambatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.[20]

Jajaran terakhir yang disiapkan ialah jajaran Teluk Intan-Sitiawan. Dinamakan sebagai Projek Jalan Raya Pantai Barat Sungai Perak-Lumut, jajaran terakhir Jalan Persekutuan 5 ini dibina sebagai salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia Kelima.[22] Projek tersebut termasuklah Jambatan Sultan Yusuf FT5 sepanjang 1.3 km, yang merupakan jambatan terpanjang di sepanjang Jalan Persekutuan 5. Sebelum jambatan tersebut dibina, penduduk kampung di seberang Sungai Perak seperti Telok Selandang dan Kampung Lekir terpaksa menggunakan khidmat feri sungai yang dikendalikan oleh ladang kelapa sawit berhampiran.[23] Pembinaan Jambatan Sultan Yusuf bermula pada April 1986 dengan kos sejumlah RM27 bagi keseluruhan projek jalan raya tersebut.[22] Jambatan tersebut siap pada tahun 1988 dan dibuka kepada lalu lintas pada 17 November 1988, sekaligus melengkapkan keseluruhan jajaran lebuh raya FT5.[2]

Jalan Persekutuan 5 kekal digunakan sebagai laluan utama pengembara serta sebagai laluan ke tempat kerja di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan tidak terjejas langsung oleh kewujudan Lebuhraya Utara-Selatan E1 dan E2, memandangkan jalan FT5 terletak jauh daripada lebuh raya ekspres E1 dan E2, di samping kenyataan bahawa jalan FT5 melalui kawasan berpenduduk ramai di Semenanjung Malaysia. Hasilnya, banyak jajaran jalan FT5 dinaik taraf sama ada sebagai lebuh raya kembar atau lebuh raya super four.[6] Misalnya, Jalan Klang-Teluk Intan dinaik taraf sebagai lebuh raya super four, manakala Lebuhraya Ipoh–Lumut FT5, Jalan Langat FT5 dan Lebuhraya Pontian FT5 kesemuanya dinaiktaraf kepada lebuh raya kembar, untuk membolehkannya mengendalikan kadar aliran trafik yang semakin meningkat.

Pada 25 Mei 2015, Lebuhraya Pantai Barat E32 yang sudah lama dinanti-nantikan dimulakan pembinaannya setelah tertangguh banyak kali.[24] Lebuh raya capaian terkawal sepanjang 233 km dari Changkat Jering ke Banting ini dibina sebagai laluan pantai alternatif bagi Lebuhraya Utara-Selatan E1 dan E2 yang menjadi sesak semasa musim cuti dan perayaan. Namun, pembinaan lebuh raya tersebut mencetuskan satu lagi kontroversi, kerana jajaran Tanjung Karang-Hutan Melintang dan Teluk Intan-Lekir akan menggunakan jajaran Jalan Persekutuan 5 sedia ada, sekaligus mencabuli piawaian lebuh raya ekspres capaian terkawal yang ditetapkan dalam Arahan Teknik 8/86: A Guide on Geometric Design of Roads oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), maka lebuh raya yang siap nanti akan membahayakan nyawa penduduk kampung tempatan serta pengguna lebuh raya.[25] Hasilnya, Kementerian Kerja Raya Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menilai semula jajaran lebuh raya tersebut, terutamanya di sepanjang jajaran Tanjung Karang-Hutan Melintang.[26]

Senarai persimpangan

[sunting | sunting sumber]

Petunjuk:

Negeri Daerah Km Exit Nama Destinasi Nota
Perak Manjung IpohLumut lihat juga Lebuh Ipoh–Lumut
Sitiawan Timur LP 100 Pintasan Lumut – Lumut, Pantai Remis, Pulau Pangkor, Teluk Batik, Pangkalan Tentera Laut TLDM Lumut Persimpangan-T
Kampung Deralik
Kampung Serdang
Sitiawan LP 312 Jalan Lapangan Terbang Sitiawan – Lapangan Terbang Sitiawan
Sitiawan LP 3145 Jalan Kampung Acheh – Kampung Acheh
LP 60 Pintasan Dinding – Damar Laut, Pantai Remis, Kuala Kangsar, Taiping
LP 18 Jalan Iskander Shah – Seri Manjung, Lumut, Pulau Pangkor, Teluk Batik, Pangkalan Tentera Laut TLDM Lumut
Simpang empat
Sitiawan
Kampung Koh A176 Jalan Pasir Panjang – Seri Manjung, Hospital Seri Manjung , Loji Janakuasa Manjung, Teluk Rubiah
A125 Jalan Pekan Gurney – Pekan Gurney
Simpang empat
Pintasan Sitiawan LP 60 Pintasan Sitiawan – Changkat Jering, Taiping, Pantai Remis, Damar Laut, Seri Manjung, Lumut, Pulau Pangkor, Teluk Batik, Teluk Rubiah, Pangkalan Tentera Laut TLDM Lumut, Hospital Seri Manjung , Loji Janakuasa Manjung
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat – Alor Setar, George Town, Taiping, Beruas, Teluk Intan, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Lumpur, Banting
Persimpangan-T
Parit Besar Sitiawan
Kilang Kelapa Sawit Lekir Jalan Kilang Kelapa Sawit Lekir
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat  – Alor Setar, George Town, Taiping, Beruas, Teluk Intan, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Lumpur, Banting
Persimpangan-T
LekirTeluk Intan lihat juga Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat
Perak Tengah
Hilir Perak
Teluk Intan-WCE I/C LP 58 Laluan Persekutuan Malaysia 58 – Teluk Intan, Bidor
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara / AH2 – Bukit Kayu Hitam, Ipoh, Kuala Lumpur
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat – Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang
Persimpangan berlian
Jendarata
Simpang Empat Hutan Melintang LP 69 Jalan Bagan Datuk – Bagan Datuk
A123 Jalan Hutan Melintang – Hutan Melintang
Simpang empat
Hutan Melintang Estate
Kampung Tanjung Buloh
Hutan Melintang (WCE) I/C Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat – Teluk Intan, Sitiawan, Taiping, George Town, Alor Setar
Jalan Sungai Samak – Kampung Sungai Samak
Persimpangan berlian
Kampung Teluk Kerdu
Sempadan Perak–Selangor BR Jambatan Sungai Bernam
Selangor Sabak Bernam Pusingan-U Pusingan-U – Sabak, Tanjung Karang, Kuala Selangor Pusingan-U
Sabak B53 Jalan Raja Chulan – Pusat bandar Sabak, Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Waterfront Sabak Bernam, Muzium Sabak Bernam Simpang empat
Sabak Jalan Hospital – Hospital Tengku Ampuan Jemaah Persimpangan-T
Sabak Jalan Menteri – Pusat bandar Sabak, Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Waterfront Sabak Bernam, Muzium Sabak Bernam Simpang empat
Kampung Batu Tiga Puluh Sembilan
Kampung Tebok Pulai B55 Jalan Sungai Ayer Tawar – Bagan Nakhoda Omar, Sungai Ayer Tawar, Taman Rekreasi Bagan Nakhoda Omar (Pantai Bagan Nakhoda Omar)
Jalan Angkasa – Kampung Parit Enam
Simpang empat
Sungai Besar Jalan Sungai Limau Dua
B51 Jalan Lembaga Padi Negara
Simpang empat
Jalan Sabak Bernam–Hulu Selangor B44 Jalan Sabak Bernam–Hulu Selangor – Sungai Panjang, Tanjung Malim
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara / AH2 – Bukit Kayu Hitam, Ipoh, Kuala Lumpur
Persimpangan-T
Kampung Sungai Limau B53 Jalan Lama Kuala Selangor Persimpangan-T
Kampung Simpang Lima B--- Jalan Sungai Haji Dorani – Kampung Sungai Haji Dorani Simpang empat
Jalan Pasir Panjang B110 Jalan Pasir Panjang Persimpangan-T
Sungai Burong
Sekinchan
Kampung Pasir Panjang B110 Jalan Pasir Panjang Persimpangan-T
Kuala Selangor Kampung Parit Empat
Tanjung Karang Stesen Bas Tanjung Karang Persimpangan-T
BR Jambatan Sungai Tengi
Tanjung Karang Hospital Tanjung Karang
Jalan Tanjung Karang–Bestari Jaya B42 Jalan Tanjung Karang–Bestari Jaya – Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Universiti Selangor (UNISEL) Persimpangan-T
Medan Ikan Masin Kuala Selangor Medan Ikan Masin Kuala Selangor Persimpangan-T
Kampung Belimbing
Jalan Bukit Belimbing B37 Jalan Bukit Belimbing – Bukit Belimbing Persimpangan-T
Pasir Penambang
BR Jambatan Sungai Selangor
Jambatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Kuala Selangor Pusat bandar lama, Bukit Melawati Persimpangan-T
Kuala Selangor Bandar baru Kuala Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, Masjid Sultan Ibrahim, Hutan Simpan Bakau Kuala Selangor
B33 Jalan Kuala Selangor–Bestari Jaya – Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Rawang, Universiti Selangor (UNISEL) , Kelip-kelip Kampung Kuantan
Simpang empat
Pasar Raya Besar Lotus's Kuala Selangor
Kampung Baharu
Taman Rhu
Kampung Tengah
Taman Raja Udang
Assam Jawa LP 54 Laluan Persekutuan Malaysia 54 – Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Ijok
Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor – Kuantan, Rawang, Shah Alam, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Kundang, Bandar Tasik Puteri, Puncak Alam
Persimpangan-T
Taman Selesa
Api-Api
Kuala Sungai Buloh Pasar Ikan Sungai Buloh Persimpangan-T
BR Jambatan Sungai Buloh
Kuala Sungai Buloh B104 Jalan Sasaran Persimpangan-T
Rantau Panjang Beach V Persimpangan-T
Jeram B107 Jalan Pantai Jeram
B104 Jalan Simpang 3 Jeram
Simpang empat
Sungai Sembilang
Sungai Janggut
Klang Jalan Tok Muda B--- Jalan Tok Muda – Kampung Tok Muda, Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kuarters Kakitangan TNB Persimpangan-T
Jalan Sementa B--- Jalan Sementa – Kampung Sementa Persimpangan-T
Kapar
BR Jambatan Sungai Kapar
Kapar LP 3217 Jalan Perindustrian Kapar–Meru – Meru, Setia Alam
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat – Alor Setar, George Town, Taiping, Beruas, Teluk Intan, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Lumpur, Banting
Persimpangan-T
Kuarters Kakitangan TNB
Kampung Perepat
Sementa B-- Jalan Sementa – Kampung Sementa Persimpangan-T
Taman Kapar Indah
Jalan Haji Sirat B4 Jalan Haji Sirat – Meru Persimpangan-T
Kapar-NNKSB Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru / AH141 – Shah Alam, Kuala Lumpur Persimpangan-T
Kapar-NNKSB Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru / AH141 – Pelabuhan Klang, Bandar Sultan Sulaiman, Tanjung Harapan Persimpangan-T
Kapar-NKSB LP 20 (Jalan Pintasan Selat Klang Utara) – Pelabuhan Klang, Bandar Sultan Sulaiman, Tanjung Harapan, Shah Alam, Kuala Lumpur, Johor Bahru Simpang empat
Klang lihat juga LP 2 Jalan Jambatan Kota
Sempadan daerah Klang–Kuala Langat KlangBanting lihat juga Lebuh Klang–Banting
Kuala Langat Banting B58 Jalan Sultan Abdul Samad – Jugra, Permatang Pasir, Istana Bandar, Masjid Alaeddin, Makam Sultan Abdul Samad Persimpangan-T
Kampung Kanchong Darat B123 Jalan Sungai Lang – Kampung Sungai Kelambu, Pusat Angkasa Negara (Angkasa) Simpang empat
Kampung Kanchong Darat Tugu Badminton Keluarga Sidek
Kampung Kanchong Darat
Jalan Kanchong B121 Jalan Kanchong – Kanchong Laut, Tanjung Sepat
B--- Jalan Kampung Tali Air – Kampung Tali Air
Simpang empat
Simpang Jugra B59 Jalan Kelanang – Bandar Jugra, Istana Bandar, Masjid Alaeddin, Makam Sultan Abdul Samad Persimpangan-T
Tongkah
Morib Pantai Morib V, Tugu Peringatan Pendaratan Morib Persimpangan-T
Morib Golf and Country Club
Jalan Kampung Tali Air B--- Jalan Kampung Tali Air – Kampung Tali Air Persimpangan-T
Kampung Kanchong Laut
Jalan Ibrahim Merican B121 Jalan Ibrahim Merican – Kanchong Darat, Banting Persimpangan-T
Jalan Kampung Batu Lapan B323 Jalan Kampung Batu Lapan – Kampung Batu Lapan Persimpangan-T
Kampung Darat Bali B120 Jalan Kampung Darat Bali – Kampung Darat Bali Persimpangan-T
Tanjung Sepat B120 Jalan Kampung Darat Bali – Kampung Darat Bali Persimpangan-T
Sepang Estet Tanjung Tumbok
Jalan Hulu Chuchoh B119 Jalan Hulu Chuchoh – Kampung Hulu Chuchoh Persimpangan-T
Jalan Bagan Lalang B--- Jalan Bagan Lalang – Pantai Bagan Lalang Persimpangan-T
Sungai Pelek
Jalan Hulu Chuchoh B119 Jalan Hulu Chuchoh – Kampung Hulu Chuchoh Persimpangan-T
Sepang B48 Jalan Besar Salak – Dengkil, Salak Tinggi, Nilai, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , Litar Sepang F1
Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Jalan lama – Pusat bandar
Simpang empat
Sempadan Selangor–Negeri Sembilan BR Jambatan Sungai Sepang
Negeri Sembilan Port Dickson Estet Tanah Merah
Tanah Merah
Jalan Kampung Chuah N4 Jalan Kampung Chuah – Kampung Chuah, Kuala Lukut Persimpangan-T
Estet Tanah Merah
Kampung Baharu Tanah Merah N4 Jalan Kampung Chuah – Kampung Chuah, Kuala Lukut Persimpangan-T
BR Jambatan Sungai Lukut Besar
Tanah Perkuburan Cina Lukut
Jalan Seremban–Port Dickson LP 53 Laluan Persekutuan Malaysia 53 – Seremban, Mambau
Lebuhraya Seremban–Port Dickson – Seremban, Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan-T
Klinik Kesihatan Lukut
Lukut
Lukut Makam Diraja Selangor (Makam Raja Jumaat)
Lukut Kota Lukut, Muzium Lukut, Persimpangan-T
Jalan Kampung Kuala Lukut N159 Jalan Kampung Kuala Lukut – Kampung Kuala Lukut Simpang empat
BR Jambatan Sungai Lukut Kechil
Loji Janakuasa Port Dickson Sime Darby
Port Dickson (Utara) LP 53 Jalan Seremban – Pusat Bandar, Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Simpang empat
Port Dickson Utara–Port Dickson Selatan lihat juga Jalan Pintasan Port Dickson
Port Dickson (Selatan) Jalan Dato' Haji Abdul Samad (Jalan Pantai) – Pusat Bandar, PD Waterfront City
Jalan Shell  – Penapisan Minyak Shell
Simpang empat
Jalan Esso Jalan Esso – Penapisan Minyak Esso Persimpangan-T
Corus Beach Resort Corus Beach Resort, Paradise Lagoon Apartment
Bagan Pinang Pantai
Hotel Seri Malaysia
Si Rusa Pantai
BR Jambatan Sungai Si Rusa
Jalan Sungai Menyala N8 Jalan Sungai Menyala – Rantau
Lebuhraya Seremban–Port Dickson – Seremban, Kuala Lumpur, Johor Bahru
Port Dickson, Bandar Tentera Darat – Padang Kawad Tentera Darat Malaysia, Kem Tentera Port Dickson, Muzium Tentera Darat Malaysia, Perkuburan Tentera Darat Malaysia
Persimpangan-T
Kem Tentera Port Dickson
Kelab Yacht Diraja Port Dickson
RSA Si Rusa RSA Si Rusa RSA – V
Selesa Beach Resort
Kem Tentera Port Dickson
Marina Bay Port Dickson
Perdana Condo Resort
Port Dickson Golf and Country Club
Hospital Port Dickson Hospital Port Dickson
Bandar Baru Sunggala Bandar Baru Sunggala Persimpangan-T
Kolej Kejururawatan Port Dickson Kolej Kejururawatan Port Dickson
Bulatan Sunggala LP 219 Lebuh Sua Betong–Sunggala – Sua Betong
Lebuhraya Seremban–Port Dickson – Seremban, Kuala Lumpur, Johor Bahru
Bulatan
Teluk Kemang
Bandar Baru Teluk Kemang
Bandar Baru Teluk Kemang Persimpangan-T
Teluk Kemang
Taman Politeknik Jalan Politeknik 10 – Taman Politeknik, Politeknik Port Dickson
Jalan Pintasan Teluk Kemang – Sua Betong
Lebuhraya Seremban–Port Dickson – Seremban, Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan-T
Kolej Tentera Darat Kolej Tentera Darat, Pusat Latihan Pengaman Malaysia (MPTC) Persimpangan-T
Jalan Tanjung Tuan N167 Jalan Tanjung Tuan – Pantai Cermin , Tanjung Biru , Pusat Latihan Rejimen Artileri Diraja
Tanjung Tuan (Melaka) (Cape Rachado) – Kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Rumah Api Tanjung Tuan
Persimpangan-T
Pusat Latihan Kor Armor Diraja Pusat Latihan Kor Armor Diraja, Pusat Methodist Port Dickson (PDMC) Persimpangan-T
Port Dickson MES Greysands PDRM, Kompleks Peranginan Bank Negara Malaysia (Bank Negara Resort), Brunwell / Anexxe, Bunga Raya dan Seri Mesra, Banglo EPF (KWSP) Persimpangan-T
Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan
Kampung Tanjung Pelanduk Rumah Rakyat Teluk Pelanduk
Kampung Baru Teluk Pelanduk
Jalan Baru Teluk Pelanduk LP 365 Jalan Baru Teluk Pelanduk – Taman Politeknik, Politeknik Port Dickson
Lebuhraya Seremban–Port Dickson – Seremban, Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan-T
BR Jambatan Sungai Menyala
Resort dan Pusat Konvensyen Primaland Port Dickson
Royal Palm Springs Resort Persiaran Palm Springs – Royal Palm Springs Resort Persimpangan-T
Jalan Pintasan Teluk Kemang LP 363 Jalan Pintasan Teluk Kemang – Sua Betong, Eagle Ranch Resort
Lebuhraya Seremban–Port Dickson – Seremban, Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan-T
Pasir Panjang
Kampung Sungai Raya N143 Jalan Kampung Sungai Raya – Kuala Sungai Baru, Malacca, Akademi Laut Malaysia (ALAM) Persimpangan-T
Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas (Fort Kempas) Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas (Fort Kempas), Batu Bersurat Pengkalan Kempas, Makam Ulama Sheikh Ahmad Makhtum (Tomb) Tapak bersejarah
Persimpangan-T
Pengkalan Kempas
BR Jambatan Sungai Linggi
Linggi N7 Jalan Rantau – Ayer Kuning, Rantau, Seremban Persimpangan-T
Jalan Pedas-Linggi N9 Jalan Pedas–Linggi – Rembau, Pedas
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan-T
Rembau Kampung Pengkalan Durian
Jalan Lubuk Kuali N116 Jalan Lubuk Kuali – Lubuk Kuali, Kampung Sungai Timun Persimpangan-T
Kampung Semin N12 Jalan Kota – Kota, Rembau Persimpangan-T
Jalan Titian Akar N103 Jalan Titian Akar – Kampung Titian Akar Persimpangan-T
Sempadan Negeri Sembilan–Melaka BR Jambatan Sungai Rembau
Melaka Alor Gajah Lubuk China M131 Jalan Lubuk China – Titian Bitangor, Brisu Bulatan
Lubuk China
Kampung Pengkalan Paoh M10 Jalan Simpang Ampat – Brisu, Simpang Ampat, Alor Gajah, Tampin, Segamat
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan-T
Kampung Teluk Berembang
Ramuan China Kechil M161 Jalan Ramuan China–Kuala Sungai Baru – Kuala Sungai Baru
M10 Jalan Simpang Ampat – Brisu, Simpang Ampat, Alor Gajah, Tampin, Segamat
Simpang empat
Ramuan China Besar
Kampung Jeram LP 138 Laluan Persekutuan Malaysia 138 – Kuala Sungai Baru, Port Dickson. Universiti Melaka (KUIM) , Akademi Laut Malaysia (ALAM) Persimpangan-T
Taman Tamby Chik Karim
Kampung Tengah
Masjid Tanah LP 139 Laluan Persekutuan Malaysia 139 – Lendu, Alor Gajah
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan-T
Masjid Tanah
Jalan Londang
M157 Jalan Londang – Pengkalan Balak, Tanjung Bidara, Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) Persimpangan-T
Masjid Tanah M155 Jalan Kampung Ayer Limau – Brisu, Lubuk China Persimpangan-T
Masjid Tanah
Kampung Solok Duku
BR Jambatan Sungai Solok Duku
Jalan Padang Kambing Jalan Padang Kambing – Padang Kambing, Pengkalan Balak, Tanjung Bidara Persimpangan-T
Kampung Solok Duku
Taman Masjid Tanah
Kem Tentera Sungai Udang
Hutan Latihan Tentera Sungai Udang
Pusat Latihan Peperangan Khas Sungai Udang
Kawasan Hutan Rekreasi Sungai Udang Kawasan Hutan Rekreasi Sungai Udang
Akademi Latihan RELA Corps
Lebuh SPA LP 33 Lebuh SPA – Paya Rumput, Alor Gajah, Ayer Keroh
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan-T
Melaka Tengah Sungai Udang Jalan Kem Terendak  – Kem Tentera Terendak Persimpangan-T
Penapisan Minyak Petronas
Jalan Pantai Kundor LP 140 Jalan Pantai Kundor – Pantai Kundor, Pantai Dusun, Pantai Puteri Persimpangan-T
Tangga Batu LP 140 Jalan Tangga Batu – Bukit Rambai, Batu Berendam, Alor Gajah Persimpangan-T
Tanjung Kling LP 141 Jalan Pantai Dusun–Tanjung Kling – Pelabuhan Beruas, Stesen Janakuasa Tanjung Kling, Pantai Kundor, Pantai Dusun, Pantai Puteri, Makam Hang Tuah Persimpangan-T
Jalan Bukit Rambai M9 Jalan Bukit Rambai – Bukit Rambai Persimpangan-T
Kampung Balang Tiga M7 Jalan Pulau Gadong – Pulau Gadong, Alor Gajah, Batu Berendam Persimpangan-T
Jalan Pokok Mangga M5 Jalan Pokok Mangga – Pokok Mangga Persimpangan-T
Klebang Beach V
Klebang M8 Lebuh Klebang – Alor Gajah, Batu Berendam Persimpangan-T
Jalan Syed Abdul Aziz LP 192 Jalan Syed Abdul Aziz – Melaka Raya, Padang Temu, Muar, Tempat Bersejarah Melaka (Tapak Warisan Dunia UNESCO) Persimpangan-T
Kampung Tengkera Masjid Tengkera
Kota Laksamana
Bandaraya Melaka
Bandaraya Melaka
Bandaraya Melaka
Semabok
Jalan Ayer Leleh – Bukit Serindit
Lorong Bukit Senjuang – Banda Hilir, Kubu St John, Tempat Bersejarah Melaka (Tapak Warisan Dunia UNESCO)
Simpang empat
Bandaraya Melaka–Duyung lihat juga LP 19 Lebuh AMJ
Duyung LP 19 Lebuh AMJ – Jasin, Muar, Batu Pahat Persimpangan-T
BR Jambatan Sungai Duyung
Kandang LP 144 Laluan Persekutuan Malaysia 144 – Ayer Molek, Bemban, Jasin Persimpangan-T
Kampung Alai
Jalan Padang Temu M100 Jalan Padang Temu – Padang Temu, Bandar Hilir, Pusat Bandar Melaka, Dataran Portugis, Tempat Bersejarah Melaka (Tapak Warisan Dunia UNESCO) Persimpangan-T
BR Jambatan Sungai Punggur
Sempang Bugis M103 Jalan Sempang Bugis – Kampung Sempang Bugis, Kampung Bukit Batu, Kampung Balik Bukit Persimpangan-T
L/B Telok Mas L/B Telok Mas L/B – Gerai kraf
SMK(A) Sharifah Rodziah Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Sharifah Rodziah
Taman Emas Jalan Emas – Taman Emas Persimpangan-T
Kampung Teluk Mas M103 Jalan Sempang Bugis – Kampung Sempang Bugis, Kampung Bukit Batu, Kampung Balik Bukit Persimpangan-T
Kampung Teluk Mas
Teluk Mas Taman Teluk Mas
Sekolah Henry Gurney
Simpang empat
Pernu
Medan Ikan Bakar Umbai V Persimpangan-T
Sempadan daerah Melaka Tengah–Jasin BR Jambatan Sungai Umbai
Jasin Umbai M105 Jalan Paya Dalam – Paya Dalam, Tiang Dua Persimpangan-T
Terminal Feri Umbai
Medan Ikan Bakar Umbai
V Persimpangan-T
Masjid Umbai
Makam Sultan Ali Johor
Masjid Umbai, Makam Sultan Ali Johor Tapak bersejarah
Jalan Serkam Pantai M108 Jalan Serkam Pantai – Serkam Pantai, Terminal Feri Serkam (Feri ke Pulau Besar) Persimpangan-T
Jalan Pulai Pantai M169 Jalan Pulai Pantai – Pulai Pantai Persimpangan-T
Jalan Bemban M109 Jalan Tiang Dua – Tiang Dua, Bemban, Jasin Persimpangan-T
Serkam M109 Jalan Tiang Dua – Tiang Dua, Bemban, Jasin
M108 Jalan Serkam Pantai – Serkam Pantai, Medan Ikan Bakar Serkam
Simpang empat
Tedong
Sempang M111 Jalan Sempang Pantai – Sempang Pantai Persimpangan-T
Kawasan Perindustrian Merlimau Persimpangan-T
Merlimau M14 Jalan Merlimau Darat – Merlimau Darat Persimpangan-T
Rumah Rehat Merlimau
Taman Merlimau Jaya
BR Jambatan Sungai Merlimau
Merlimau M25 Jalan Merlimau–Jasin – Jasin
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan-T
Jalan Serkam Pantai M108 Jalan Serkam Pantai – Serkam Pantai, Solok Pantai, Penghulu Nattar's House Persimpangan-T
Jalan Pahlawan M113 Jalan Pahlawan – Merlimau Pasir Persimpangan-T
Kampung Ayer Tawar M115 Jalan Merlimau Pasir – Merlimau Pasir, Batu Gajah Persimpangan-T
Sebatu M117 Jalan Permatang Tulang – Pekan Pasir, Permatang Tulang Simpang empat
Jalan Permatang Tulang M117 Jalan Permatang Tulang – Permatang Tulang Persimpangan-T
Pelabuhan Perdagangan Barter Melaka Pelabuhan Perdagangan Barter Melaka Persimpangan-T
Parit Putat M19 Jalan Parit Putat – Parit Putat Persimpangan-T
Sungai Rambai M14 Jalan Merlimau Darat – Parit Perawas Persimpangan-T
Kawasan Rekreasi Kesang Kawasan Rekreasi Kesang – V Sebelah Melaka
Sempadan Melaka–Johor BR Jambatan Sungai Kesang
Johor Tangkak Kawasan Rekreasi Kesang Kawasan Rekreasi Kesang – V Sebelah Johor
Kesang LP 19 Lebuh AMJ – Jasin, Bandaraya Melaka, Alor Gajah Persimpangan-T
Kesang–Parit Bunga lihat juga LP 19 Lebuh AMJ
Parit Bunga
SMK Parit Bunga
Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga
Jalan Kesang Laut J134 Jalan Kesang Laut – Kesang Laut Persimpangan-T
RSA Tanjung Agas RSA Tanjung Agas RSA – Arah Muar
BR Jambatan Parit Haji Osman
SMS Muar Jalan Tiong Batu – Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, Sekolah Menengah Sains Muar (SMS Muar) Simpang empat
Tanah Perkuburan Islam Tanjung Agas
KIP Mart
Tanjung Agas Jalan Seri Tanjung Indah 1 – Kampung Kenangan Tanjung Agas
Jalan Perindustrian – Kawasan Perindustrian Tanjung Agas
Simpang empat
RSA Tanjung Agas RSA Tanjung Agas RSA – Arah Melaka
Kilang ST Microelectronics Kilang ST Microelectronics
(sebelum ini dikenali sebagai STS Thompson)
Persimpangan-T
Kawasan Perindustrian Tanjung Agas Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, Bandar Baru Tanjung Agas, NSK Hypermarket Muar Arah Muar
BR Jambatan Parit Keliling Sungai Muar
Masjid Sultan Ismail (Masjid Kedua Muar)
Sempadan daerah Tangkak–Muar BR Jambatan Sungai Muar
Jambatan Sultan Ismail Muar
Panjang: 385 m
Muar Pintu Gerbang Bandar Maharani
Muar
(Bandar Maharani, Bandar Diraja)
Jalan Maharani-Jalan Salleh
J24 Jalan Salleh – Labis, Pagoh, Bukit Pasir
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Simpang empat
Muar
(Bandar Maharani, Bandar Diraja)
Jalan Abdullah
Jalan Abdullah – Pusat Bandar, Tanjung Emas, Rumah Rehat, Bangunan Sultan Abu Bakar, Istana Tanjung, Masjid Jamek Sultan Ibrahim Simpang empat
Muar
(Bandar Maharani, Bandar Diraja)
Bulatan Bentayan
LP 24 Jalan Bakri – Bakri, Parit Sulong, Yong Peng Bulatan
Muar
(Bandar Maharani, Bandar Diraja)
Bulatan Jubli Intan
Jalan Ibrahim – Tanjung Emas, Rumah Rehat, Memorial Tun Dr Ismail
Jalan Sulaiman – Pusat Bandar, Bangunan Sultan Abu Bakar, Istana Tanjung, Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) daerah Muar
J31 Jalan Temenggong Ahmad – Parit Jawa, Parit Bakar
Bulatan
Muar
(Bandar Maharani, Bandar Diraja)
Bulatan Khalidi
Jalan Abdul Rahman – Tanjung Emas, Rumah Rehat, Memorial Tun Dr Ismail
Jalan Khalidi – Jalan Joned
Bulatan
Parit Haji Baki Jalan Sultan Ibrahim – Jalan Temenggong Ahmad, Stadium Sultan Ibrahim, Terminal Teksi dan Bas
Jalan Parit Haji Baki – Jalan Joned
Simpang empat
Pintu Gerbang Bandar Maharani
Parit Sakai LP 224 Jalan Pintasan Muar – Melaka, Tangkak, Segamat, Pagoh
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan-T
Parit Raja
Parit Bakar J132 Jalan Parit Bakar – Parit Bakar Darat Persimpangan-T
Parit Ahmad J59 Jalan Joned – Parit Ahmad Laut Persimpangan-T
Tokong Cina Parit Unas
Parit Unas
Parit Keliling Parit Jawa Kampung Parit Jawa Laut, Medan Asam Pedas Parit Jawa Persimpangan-T penjuru
Parit Jawa J131 Jalan Bukit Mor – Bukit Mor, Bakri, Parit Sulong, Yong Peng
J31 Jalan Parit Jawa – Parit Bakar
Simpang empat
Parit Jamil J27 Jalan Parit Jamil – Kampung Parit Jamil Persimpangan-T
Parit Pechah
Parit Bulat
Kampung Seri Menanti
Sungai Gerisek J142 Jalan Sungai Gerisek – Kampung Sungai Gerisek, Air Panas Gerisek
J-- Jalan Tanjung Tohor – Tanjung Tohor
Simpang empat
Sungai Sudah
Sungai Balang
Pekan Baru Parit Yusuf LP 85 Laluan Persekutuan Malaysia 85 – Parit Sulong, Pagoh, Yong Peng
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan-T
BR Jambatan Sungai Sarang Buaya
Kawasan Rekreasi Sungai Sarang Buaya Kawasan Rekreasi Sungai Sarang Buaya
Semerah
Batu Pahat Semerah
Jalan Sungai Nibong J203 Jalan Sungai Nibong – Kampung Sungai Nibong
Simpang Lima J19 Jalan Simpang Lima–Parit Sulong – Parit Sulong, Pagoh, Yong Peng
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan-T
Peserai
The Southern Hospital Sebelah selatan
BR Jambatan Parit Keliling Sungai Batu Pahat
R/R Batu Pahat R/R Batu Pahat R/R – , Nasi Briyani Mat Shah Batu Pahat Sebelah utara
BR Jambatan Sungai Batu Pahat
Batu Pahat
(Bandar Penggaram)
The Summit Batu Pahat
J13 Laluan Negeri Johor J13 – Tongkang Pechah, Parit Sulong, Yong Peng
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Batu Pahat
(Bandar Penggaram)
Gunung Soga
LP 50 Laluan Persekutuan Malaysia 50 – Parit Raja, Ayer Hitam, Kluang, Mersing
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Batu Pahat
(Bandar Penggaram)
Bulatan Banang
J17 Jalan Minyak Beku – Kampung Minyak Beku
Pejabat Daerah dan Tanah Batu Pahat
Banang Golf and Country Resort
Jalan Sungai Suloh J124 Jalan Sungai Suloh – Kampung Minyak Beku
Kampung Asrakal
Jalan Bukit Kelicap J207 Jalan Bukit Kelicap
Taman Kelicap
Jalan Bukit Kelicap J207 Jalan Bukit Kelicap
Koris
Senggarang J127 Jalan Bukit Batu
Taman Senggarang
Jalan Parit Kemang J122 Jalan Parit Kemang – Parit Botak
Parit Botak
Kampung Ceruk
J9 Jalan Parit Hamid–Parit Botak – Parit Botak, Parit Hamid, Parit Raja, Ayer Hitam, Kluang
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
BR Jambatan Sungai Rengit
Rengit J120 Jalan Jaya Diri – FELDA Ulu Rengit Persimpangan-T
Kampung Sungai Kluang
Kampung Sungai Bagan
Kampung Sungai Merlong Kampung Tengah
Kampung Parit Belahan Tampok
Tampok J117 Jalan Parit Betak – Parit Betak
Jalan Tampok Laut – Tampok Laut
Simpang empat
Pontian BR Jambatan Sungai Benut
Benut Jalan Jaafar – Bandar Benut, Jeti ke Pulau Pisang
LP 96 Laluan Persekutuan Malaysia 96 – Simpang Renggam
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Simpang empat
BR Jambatan Sungai Pinggan
Kampung Parit Marjunit
Sanglang
BR Jambatan Sungai Sanglang
Jelutong Kampung Parit Jelutong Laut
Kampung Parit Panjang
Ayer Baloi J107 Jalan Parit Panjang – FELDA Bukit Batu, Ayer Bemban
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan / AH2 – Kuala Lumpur, Johor Bahru
Persimpangan-T
BR Jambatan Sungai Ayer Baloi
Kampung Jawa
Kampung Api-Api
Jalan Parit Sikom J115 Jalan Parit Sikom – Kampung Kayu Ara Pasong Persimpangan-T
BR Jambatan Sungai Pontian Besar
Majlis Perbandaran Pontian
Pontian Besar Jalan Ismail – Pejabat Daerah dan Tanah Pontian, kawasan pantai Pontian
J112 Jalan Wan Hussein
Simpang empat
BR Jambatan Sungai Pontian Kechil
Pontian Kechil LP 95 Laluan Persekutuan Malaysia 95 – Kukup, Kukup Golf Resort, Pulau Kukup, Tanjung Piai Simpang empat
PontianSkudai lihat juga Lebuh Skudai–Pontian
  1. ^ a b Abd. Hamid Abd. Majid (1980-05-01). "1.1 - Sejarah Perkembangan Jalanraya Sebelum Merdeka". Analisa Rangkaian Jalan Raya dan Kaitannya Dengan Pembangunan Ekonomi (PDF) (Diploma). Universiti Teknologi MARA. m/s. 4. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-11-18.
  2. ^ a b "New bridge to open tomorrow". New Straits Times. 1988-11-16. Dicapai pada 2015-11-16.
  3. ^ a b "Kenali rangkaian laluan tulang belakang negara kita". Blog Jalan Raya Malaysia. 2014-11-01. Dicapai pada 2015-11-18.
  4. ^ Statistik Jalan (Edisi 2013). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 2013. m/s. 16–64. ISSN 1985-9619. |access-date= requires |url= (bantuan)
  5. ^ a b c d e Inventori Rangkaian Jalan Utama Persekutuan Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2009. m/s. 78–82. ISBN 978-983-44278-2-5. |access-date= requires |url= (bantuan)
  6. ^ a b c d e f "Sejarah lengkap Jalan Persekutuan 5". Blog Jalan Raya Malaysia. 2015-11-16. Dicapai pada 2015-11-18.
  7. ^ "Jelajah Maharani Part 2: Menjejak Laluan Persekutuan 5 di Muar". Blog Jalan Raya Malaysia. 2012-03-22. Dicapai pada 2015-11-18.
  8. ^ "Jelajah Maharani Part 3: Lebuh AMJ FT19". Blog Jalan Raya Malaysia (dalam bahasa Malay). 2012-03-22. Dicapai pada 2015-11-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Melaka Bandaraya Bersejarah Bahagian 3: Menjejak Jalan Persekutuan 5 melalui kota sesat bandar lama Melaka". Blog Jalan Raya Malaysia. 2014-06-30. Dicapai pada 2015-11-18.
  10. ^ "Nilai-Klang Part 2: Jalan Langat FT5". Blog Jalan Raya Malaysia. 2014-03-21. Dicapai pada 2015-11-18.
  11. ^ Roads in Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2011. m/s. 16. ISBN 978-967-5399-17-6. |access-date= requires |url= (bantuan)
  12. ^ Johore Annual Report 1911
  13. ^ Abd. Hamid Abd. Majid (1980-05-01). "1.1 - Sejarah Perkembangan Jalanraya Sebelum Merdeka". Analisa Rangkaian Jalan Raya dan Kaitannya Dengan Pembangunan Ekonomi (PDF) (Diploma). Universiti Teknologi MARA. m/s. 8. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-11-18.
  14. ^ Abd. Hamid Abd. Majid (1980-05-01). "1.1 - Sejarah Perkembangan Jalanraya Sebelum Merdeka". Analisa Rangkaian Jalan Raya dan Kaitannya Dengan Pembangunan Ekonomi (PDF) (Diploma). Universiti Teknologi MARA. m/s. 10. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-11-18.
  15. ^ Abd. Hamid Abd. Majid (1980-05-01). "1.1 - Sejarah Perkembangan Jalanraya Sebelum Merdeka". Analisa Rangkaian Jalan Raya dan Kaitannya Dengan Pembangunan Ekonomi (PDF) (Diploma). Universiti Teknologi MARA. m/s. 11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-11-18.
  16. ^ "Penyata Rasmi Parlimen: Dewan Negara - Parlimen Keempat, Penggal Pertama" (PDF). Parlimen Malaysia. 1975-07-23. Dicapai pada 2015-11-16.
  17. ^ "Penyata Rasmi Parlimen: Dewan Rakyat - Parlimen Ketiga, Penggal Kedua" (PDF). Parlimen Malaysia. 1972-08-23. Dicapai pada 2015-11-16.
  18. ^ a b "Jambatan Sultan Ismail Muar". Muzium Muar (dalam bahasa Malay). 2013-04-16. Dicapai pada 2015-11-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "Dewan Rakyat - Aturan Urusan Mesyuarat" (PDF). Parlimen Malaysia. 1973-04-25. Dicapai pada 2015-11-16.
  20. ^ a b "Dewan Rakyat - Aturan Urusan Mesyuarat" (PDF). Parlimen Malaysia. 1980-12-02. Dicapai pada 2015-11-16.
  21. ^ "Dewan Rakyat - Parlimen Keempat, Penggal Pertama" (PDF). Parlimen Malaysia. 1986-03-25. Dicapai pada 2015-11-16.
  22. ^ a b "Dewan Rakyat - Parlimen Keenam, Penggal Keempat" (PDF). Parlimen Malaysia. 1986-03-25. Dicapai pada 2015-11-16.
  23. ^ Lee Ah Chai (1988-12-15). "Bridge of mixed blessings". New Straits Times. Dicapai pada 2015-11-16.
  24. ^ Sayed Hiesham Idris (2014-05-26). "Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2015-11-16.
  25. ^ "Majlis pecah tanah Lebuhraya Pantai Barat (WCE) E32". Blog Jalan Raya Malaysia (dalam bahasa Malay). 2014-05-26. Dicapai pada 2015-11-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ "Jajaran Lebuh Raya Persisir Pantai Barat dinilai semula". Utusan Malaysia. 2014-06-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-19. Dicapai pada 2015-11-16.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]