Keith Foo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Foo.
Keith Foo
Kelahiran Foo Chuan Chin
(1983-01-06) 6 Januari 1983 (umur 34)
Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2009–kini
Terkenal kerana Ariana Rose
Ketinggian 5' 9" 174cm
Pasangan Kim Raymond (berkahwin 2015)

Keith Foo (lahir Foo Chuan Chin; 6 Januari 1983) ialah seorang pelakon filem Indonesia dan Malaysia yang juga seorang warganegara Malaysia.[1] Beberapa buah filem yang melibatkan dirinya di antaranya adalah Mati Suri (2009), Paku Kuntilanak, Bidadari Jakarta (2010), Pengantin Pantai Biru (2010) dan X - The Last Moment (2011). Kini pada tahun 2013 beliau akan mula berlakon di Malaysia dan Indonesia. Beliau juga merupakan Pengasas dan Pengarah Kreatif Aksi+Reaktivasi. Penggalak Hak Asasi Manusia dan pendidikan bagi Seni dan Kreativiti.[2]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Keith Foo dilahirkan pada 6 Januari 1983 di Gemas, Negeri Sembilan kepada sebuah keluarga campuran Cina dan India.[3] Beliau telah memantapkan kerjayanya terlebih dahulu dalam industri filem Indonesia selama lebih daripada sedekad dan kini mengembangkan platform lakonannya di Malaysia. Namanya menjadi popular secara besar-besaran dalam drama Malaysia terbarunya Ariana Rose yang memperlihatkannya berlakon sebagai orang Islam.[4] Dalam Ariana Rose, Foo memgang watak Tengku Adam Kamil. Menurutnya beliau bukan sekadar menghidupkan watak tersebut tetapi secara tidak langsung dia juga dapat belajar sikit sebanyak mengenai agama Islam.[4] Watak tersebut adalah seorang yang beragama Islam dan memerlukannya bersolat serta membaca Al-Quran dan perkara ini sekaligus menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak memandangkan Keith bukan seorang yang beragama Islam,[4] sewaktu kerjaya lakonannya tertumpu di Indonesia, dia pernah beberapa kali membawakan watak sebagai orang Islam.[4][5]

Selain daripada mengambil pelbagai jenis peranan, Keith juga menceburi bidang penerbitan. Minat Keith yang bagaimanapun tidak terhad kepada dunia kreatif. Beliau juga mempunyai coretan keusahawanan dan minat yang tinggi dalam industri makanan dan minuman (F&B), yang boleh dijana dari ketika beliau belajar dalam bidang Pengurusan Hotel. Keith sudah memiliki Mezza9 restoran dan merancang untuk berpindah ke kawasan-kawasan perniagaan makanan yang lain. Beliau juga fasih berbahasa Cina (Mandarin, Hailam & Kantonis) Tamil, Melayu, Inggeris dan Indonesia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Keith pernah menjalin hubungan asmara dengan artis cantik Tyas Mirasih, namun terkandas ditengah jalan, dan kini Keith menjalin hubungan dengan model Malaysia yang bernama Kim Raymond. Beliau berkahwin dengan Kim pada 30 November 2015, kedua-dua meraikan penyatuan dengan upacara minum teh Cina tradisional pada waktu pagi, diikuti dengan perkahwinan taman pada waktu petang di Marble 8, Kuala Lumpur.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Mati Suri (2009)
  • Paku Kuntilanak (2009)
  • Bidadari Jakarta (2010)
  • Pengantin Pantai Biru(2010)
  • Akibat Pergaulan Bebas 2 (2011)
  • X - The Last Moment (2011)
  • Hantu Budeg (2012)
  • Perempuan di Rumah Angker (2012)

Sinetron[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Filem/Telefilem[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2014 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Keith Foo Menang
Anugerah Melodi Galaksi Rap Artis Lelaki Pilihan Menunggu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Keith Foo Rasa Bersalah Tinggalkan Malaysia. mSTAR Online (14 Mac 2013). Diperoleh pada 5 Mac 2013.
  2. ^ Biodata rasmi Keith Foo Melvister. Januari 2014.
  3. ^ Keith Foo biography GetKrew. 26 October 2016.
  4. ^ a b c d Keith Foo Bersyukur Dapat Berlakon Sebagai Orang Islam Malaysian Digest (12 Februari 2014). Dicapai pada 4 Mac 2014.
  5. ^ Keith Foo Gembira Belajar Agama Islam Oh Bulan! (12 Februari 2014). Dicapai pada 4 Mac 2014.
  6. ^ verinia Khoo (1 December 2015). Keith Foo marries Kim Raymond Elle Malaysia. Dicapai pada 3 Mac 2017.
  7. ^ Ab Rahman, Farhana (24 September 2015). "Gandingan Keith Foo-Risteena Munim tarikan Girlfriend Kontrak". Berita Harian. Dicapai pada 27 Jun 2016. 
  8. ^ Hashim, Ajami (5 Januari 2016). "Langit Cinta: Apa erti 'penantian' untuk seseorang yang setia?". Astro Arena. Dicapai pada 16 Julai 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]