Lasagna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lasagne)
Jump to navigation Jump to search
Lasagna
Lasagne - stonesoup.jpg
Sepinggan lasagna bakar
JenisPasta
Jenis sajianUtama
Tempat asalItali
KawasanCampania, Naples
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaGandum durum
VariasiLasagnette
di Wikibuku Buku Masakan: Lasagna  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Lasagna

Lasagna [laˈzaɲɲa, la-za-nya] ialah sejenis hidangan pasta leper bakar dengan inti daging dan sos tomato, suatu sos khas dan keju taburan yang berlapisan. Makanan ini berasal dari kota Napoli kawasan Campania di Itali di mana ia merupakan hidangan tradisional sangat dikenali dari kota tersebut.[1] Bahkan, ia dianggap sebagai salah satu jenis resipi pasta paling lama dicipta dari kawasan ini.[2]

Komponen utama[sunting | sunting sumber]

Makanan ini dihasilkan dengan melapisi suatu jenis inti sebelum ia ditutup dengan kepingan pasta yang lebar menadah inti seterusnya. Pelapisan ini berterusan mengikut turutan tetap sehingga ke atas dulang bakar di mana ia ditabur dengan keju sebelum dibakar dalam ketuhar sehingga masak sepenuhnya.

Pasta[sunting | sunting sumber]

Pasta ini sendirinya bernama "lasagna". Ia berbentuk segi empat yang tampak lebar dan sederhana tebal. Pasta ini dihasilkan dengan resipi doh berbeza mengikut kawasan: orang Itali Selatan menggunakan adunan semolina dan air sementar kawasan utara, di mana semolina tidak boleh didapati, tepung dan telur.

Hari ini di Itali, kerana satu-satunya jenis gandum yang dibenarkan untuk pasta dijual secara komersial adalah gandum durum, lasagne komersial diperbuat daripada semolina (dari durum gandum).[3]

Kuah (ragù)[sunting | sunting sumber]

Ragù ini merupakan sejenis kuah yang dimasakkan menggunakan daging. Resipi yang lazim di Napoli menggunakan sejenis kuah Neapolitan berasaskan bawang, daun selasih dan tomato kisar.[4]

Resipi tradisi lasagna di Napoli, lasagne di carnevale, sering berintikan sosej, bebola daging dan telur rebus.[5] Resipi lasagna dihasilkan di kawasan Emilia-Romagna dan ibu kotanya, Bologna pula lebih menggunakan kuah lebih pekat dan berdaging.

Sayuran tertentu seperti bayam adakalanya ditambah ke dalam inti ataupun doh pasta untuk menambahkan warna pada hidanga.

Sos béchamel[sunting | sunting sumber]

Sos Béchamel merupakan sejenis sos khusus dimasak mencampurkan mentega, tepung, susu dan rempah ratus tertentu.

Keju[sunting | sunting sumber]

Keju jenis ricotta and mozzarella lazim digunakan untuk resipi dari Napoli[5] sementara resipi dari Emilia-Romagna menggunakan keju jenis Parmigiano-Reggiano.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Liber de Coquina (1285), De lasanis. Gloning.
  2. ^ The Oxford Companion to Food 2nd Ed. Oxford University Press, USA. 2006. ISBN 0-19-280681-5.
  3. ^ "Presidential Decree 187" (PDF). translation from UA A.F.P.A. 9 February 2001. Dicapai pada 7 October 2012.
  4. ^ Hess, Reinhardt and Salzer, Sabine. Regional Italian Cuisine. Barron's. Print. Root, Waverley. The Cooking of Italy. New York: Time-Life, 1968. Print.
  5. ^ a b Del Conte, Anna (December 1, 2013). Gastronomy of Italy. Pavilion. ISBN 978-1862059580.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Masakan keju