Seremban 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Seremban 2.jpg

Seremban 2 ialah sebuah bandar satelit terletak hampir 4 kilometer di tenggara pusat bandar Seremban, Negeri Sembilan. Terletak di sebelah barat Lebuhraya Utara-Selatan, Seremban 2 merupakan bandar terancang yang dibina di atas tanah yang dahulunya ladang kelapa sawit dengan matlamat menempatkan semula bahagian pentadbiran,perniagaan dan pendidikan dari kesesakan pusat bandar ke tempat yang lebih teratur.Seremban 2 menjadi bandar membeli-belah popular selepas pembukaan beberapa kompleks membeli-belah seperti: ÆON, Tesco, Mydin dan S2 Mall (belum dibuka).

Merangkumi lebih 2,300 ek (9 km2) keluasan tanah, Seremban 2 merupakan kawasan baru untuk:

  • Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban
  • Kompleks Mahkamah Seremban
  • Ibu pejabat Polis Daerah Seremban
  • Ibu pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan
  • Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan

Bandar ini diharap dapat menampung sebahagian penduduk Seremban melalui pelbagai projek taman perumahan berhampiran seperti:

  • Green Street Homes
  • Sri Carcosa
  • Central Park
  • Emerald Park
  • Garden Homes
  • Garden Avenue
  • Garden City Homes
  • Vision Homes
  • S2 Heights
  • Park Avenue
  • Pearl 132
  • Rasah Kemayan

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • SK Seremban 2A
  • SK Seremban 2B
  • SK Wawasan
  • SMK Seremban 2
  • SMK Bukit Kepayang