Norashikin Mohd Seth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Toh Puan Norashikin Mohd Seth merupakan isteri bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Antara anak mereka ialah bekas Anggota Parlimen Sungai Benut Mohamed Tawfik Ismail dan anak keduanya Zailah. Tun Dr Ismail dilantik Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika Peristiwa 13 Mei. Sebelum itu Tun Dr Ismail merupakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Norashikin adalah anak kedua daripada lima orang adik beradik. Abangnya ialah Tentera Tan Sri Ghazali Mohd Seth yang merupakan bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ayahnya bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Mohd Seth Mohd Said.

[1]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Julai 2010, Toh Puan Norashikin (78) meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara , Damansara Kuala Lumpur kerana sakit tua. Kemudian dibawa ke rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Jenazah dikebumikan di Makam Pahlawan bersebelahan Masjid Negara, Kuala Lumpur.[2] Allahyarham merupakan wanita kedua negara yang disemadikan di Makam Pahlawan selepas menteri wanita pertama Malaysia, bekas Menteri Kebajikan Am Tun Fatimah Hashim.

Turut hadir semasa pengkebumian ialah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]