Noorainee Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Amat Berbahagia
Puan Sri Datin Paduka Hajah

Noorainee Haji Abdul Rahman

SPMJ (Johor); SSAP (Pahang); PIS (II) (Johor)
نورعيناي عبدالرحمن
Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.png
Puan Sri Noorainee pada 2014
Pasangan Perdana Menteri Malaysia
Memegang jawatan
1 Mac 2020
Didahului olehTun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali
Timbalan Pengerusi
Yayasan Nurul Yaqeen
Memegang jawatan
12 Mac 1991
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehMasih menyandang
Naib Yang di-Pertua
Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri
Dalam jawatan
10 April 2009 – 28 Julai 2015
Didahului olehRosmah Mansor
Digantikan olehHamidah Khamis
Butiran peribadi
LahirNoorainee binti Abdul Rahman
21 April 1949
(71 tahun, 40 hari)
Muar Muar
Johor Johor Darul Ta'zim
 Malaya
(kini  Malaysia)
PasanganMuar Tan Sri Muhyiddin Yassin (73 tahun) (k. 1972)
Berkahwin pada 22 September 1972 (1972-09-22) (47 tahun yang lalu)
Anak-anakDatuk Fakhri Yassin (44 tahun)
Datin Sri Nabilah (42 tahun)
Najwa (34 tahun)
Farhan Yassin (27 tahun)
KediamanSeri Perdana
PekerjaanSuri Rumah
Dikenali keranaPenaung Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, Mantan Naib Yang di-Pertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri, isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia
AnugerahLihat senarai

Yang Amat Berbahagia[1] Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman, SPMJ; SSAP; PIS (II), (71 tahun), adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau juga adalah Penaung PUSPANITA Kebangsaan dan merupakan mantan Naib Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). Semasa suami beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar Johor, beliau memegang jawatan sebagai Penasihat Pertubuhan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA JOHOR).

Beliau merupakan wanita ketiga yang pernah menjadi pasangan Perdana Menteri selepas Tun Hajah Rahah Mohamed Noah, isteri kepada Tun Abdul Razak Hussein dan kakak Tun Rahah, Tun Hajah Suhailah Mohamed Noah, isteri Tun Hussein Onn yang berasal dari daerah Muar dan negeri Johor Darul Ta'zim.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan bekas pelajar Sultan Abu Bakar Girl School atau kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sultan Abu Bakar, Muar.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tanggal 22 September 1972.

Anak-Anak dan Menantu[sunting | sunting sumber]

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak, Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin, (Berkahwin dengan Datin Fara Ikma Tan Sri Haji Abdul Rahim), seorang tokoh korporat dan berjawatan sebagai Pengerusi Eksekutif; Datin Sri Nabilah Mahiaddin, (Berkahwin dengan Dato' Sri Muhamad Adlan Berhan); Najwa Mahiaddin atau lebih dikenali sebagai NJWA, (Berkahwin dengan Encik Idris Koh Keng Hui), seorang penyanyi dan Farhan Yassin Mahiaddin.

Anak-anak beliau banyak terlibat dalam bidang perniagaan dan korporat, industri hiburan dan penulisan. Anak beliau Datuk Fakhri Yassin merupakan seorang tokoh korporat di Malaysia dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif. Anak kedua pula, Datin Sri Nabilah banyak terlibat dalam penulisan buku dan anak ketiga, iaitu Najwa dan Farhan Yassin berkongsi minat yang sama dalam industri hiburan.

Cucu[sunting | sunting sumber]

Salah seorang daripada cucu beliau, Iman Alisha Datuk Fakhri Yassin merupakan seorang atlit gimrama yang mewakili Wilayah Persekutuan dalam Sukan Malaysia 2018 di Perak Darul Ridzuan ketika berusia 13 tahun. Kakaknya, Iman Suraya juga aktif dalam sukan gimrama begitu juga adik-adiknya, Iman Arissa dan Iman Aleena.[2]

Besan[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Abdul Rahim Mohamad dan Puan Sri Hajjah Fadzilah Md Ariff[3] adalah merupakan ibu bapa kepada menantu beliau, Datin Fara Ikma. Tuan Berhan Manap dan Puan Jamaliah Baba adalah ibu bapa kepada menantu beliau, Dato' Sri Muhamad Adlan.[4] Encik Koh Lai Poo dan Puan Chiam Juat Wah[5] pula adalah ibu bapa kepada menantu beliau, Idris Koh Keng Hui.

Mertua[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah menantu kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Yasin bin Muhammad, seorang ulamak yang tersohor di Muar dilahirkan di Tanjung Bidara, Melaka. Ibu mertua beliau pula adalah, Allahyarhamah Hajah Khadijah binti Haji Kassim, berketurunan Jawa.

Sekolah Dalam Hospital[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah Penaung, Projek Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital. Ia adalah cetusan daripada ilham beliau untuk memberi peluang kepada para murid dan pelajar untuk mendapatkan pendidikan ketika mereka dirawat di hospital. Ia adalah kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen.[6][7]

Baka orkid hibrid[sunting | sunting sumber]

borderlessInstitut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menghasilkan dua baka orkid hibrid bersempena nama beliau, iaitu Aranda Puan Sri Noorainee dan Mokara Puan Sri Noorainee.[8][9]

Aktiviti Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

  • Naib Yang di-Pertua, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI)[10]
  • Yang diPertua, Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Johor (JUITA Johor)[11]
  • Penaung, PUSPANITA
    • Kebangsaan [12]
    • Jabatan Perdana Menteri Malaysia
    • Kementerian Dalam Negeri Malaysia[13]
    • Kementerian Pendidikan Malaysia[14]
    • Kementerian Pelajaran Malaysia[15]
    • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia[16]
    • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
    • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
    • Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
  • Yang Dipertua, Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  • Penaung, Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital[17]
    Yayasan Nurul Yaqeen logo.png
  • Penaung, Yayasan Nurul Yaqeen
  • Penaung, Persekutuan Gimnastik Malaysia[18]
  • Penaung, SPWinds,[19] Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  • Ahli Pertubuhan Kebajikan Amal Silatulrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia)[20]

Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

Panggilan Hormat[sunting | sunting sumber]

Noorainee (kanan sekali) ketika meraikan kunjungan hormat Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Istana Negara pada 2014 lalu

Isteri Perdana Menteri (2020-)[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman

Isteri Timbalan Perdana Menteri (2009-2015)[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman

Isteri Menteri Dalam Negeri (2018-2020)[sunting | sunting sumber]

Yang Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman

Seorang[sunting | sunting sumber]

  •  Johor
    • Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman
  •  Pahang
    • Yang Hormat Dato' Sri Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]