Tariq Ismail Mustafa
Tariq Ismail Mustafa | |
|---|---|
| Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU | |
| Dalam jawatan 2016–2020 | |
| Presiden | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
| Ketua Bahagian BERSATU Sri Gading | |
| Dalam jawatan 2016–2020 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Tariq Ismail bin Mustafa |
| Parti politik | UMNO (-2016) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional Pakatan Harapan Gerakan Tanah Air |
| Pasangan | YM Dato' Tengku Asra Jehan Juzailah binti Tengku Azlan |
| Pertalian | Abdul Rahman Mohd Yassin (moyang) Ismail Abdul Rahman (datuk) Mohamed Tawfik Ismail (bapa saudara) Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar (bapa mentua) |
| Ibu bapa |
|
| Saudara | Yassif Nagim (adik) Kamariah Shakirin (adik) Ismail Iskandar Wildan (adik) |
| Tempat belajar | |
| Pekerjaan | Ahli politik, Ahli perniagaan |
Dato' Tariq Ismail Mustafa merupakan seorang ahli politik dari PEJUANG dan juga seorang ahli perniagaan. Beliau adalah cicit kepada Yang di-Pertua Dewan Negara yang pertama, Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin dan cucu kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Beliau adalah anak sulung daripada 4 orang adik beradik hasil perkongsian hidup pasangan Mustafa Najimudin dan Zailah Tun Dr. Ismail. Adik beradik beliau yang lain ialah Yassif Nagim (adik lelaki), Kamariah Shakirin (adik perempuan) dan Ismail Iskandar Wildan (adik lelaki).[1]
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau telah menyertai BERSATU sejak awal penubuhannya, iaitu pada tahun 2016 lalu. Setelah menyertai parti tersebut, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.[2]
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, nama beliau telah digugurkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Sri Gading atas alasan belum masanya lagi untuk beliau bertanding dan ingin menumpukan masa untuk keluarga.[3]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]
Pahang :
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua, Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) – Dato' (2025)[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Najib hadiri solat jenazah anak Tun Dr Ismail
- ^ Bekas Pengerusi SPR dinamakan antara pemimpin PPBM
- ^ Tariq Ismail tak terpilih untuk Sri Gading
- ^ "Sultan Pahang berkenan kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 50 individu". Sinar Harian. 28 Oktober 2025. Dicapai pada 28 Oktober 2025.