Pelabuhan Kemasin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pelabuhan Kemasin akan dibina di Kemasin, daerah Bachok, Kelantan, Malaysia. Pelabuhan ini bernilai RM70 juta dan mendapat peruntukan kerajaan Malaysia. Pelabuhan ini menjadi pelabuhan kedua terbesar di Kelantan selepas Pelabuhan Tok Bali, Pasir Puteh. Dijangka siap 2008 jika kerajaan negeri PAS di Kelantan meluluskan tanah yang dipohon. 400 nelayan akan mendapat faedah apabila pelabuhan nelayan itu siap kelak.

Fasa pertama : kerja memperluas dan mendalamkan muara sungai.
Fasa kedua : pembinaan jeti, pusat pendaratan , kompleks perikanan , kemudahan pendaratan ikan dan pemasaran hasil tangkapan nelayan.