Jambatan Angkat Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jambatan Angkat Terengganu
جمبتن اڠكت ترڠڬانو
Contoh.jpg
Umum
MembawaKenderaan bermotor, Pejalan kaki
MenyeberangiSungai Terengganu
LokasiKuala Terengganu
Nama rasmiBelum diumumkan
Nama lainTerengganu Drawbridge
Dinamakan sempena(?)
Pemilik(?)
Diselenggara olehTI Properties Sdn Bhd[1]
Didahului olehLondon Tower Bridge
Ciri-ciri
Reka bentukJambatan imbang
Bahan(?)
Pembinaan palung(?)
Pembinaan tambangan(?)
Panjang keseluruhan638 meter
Lebar23 meter[2]
Tinggi12.5 meter dari aras laut[3]
Kedalaman air(?)
Boleh dilalui?(?)
Rentangan terpanjang(?)
Tambangan dalam air(?)
Had muatan(?)
Kelegaan di atas(?)
Kelegaan di bawah(?)
Bilangan lorongEmpat
Hayat reka bentuk(?)
Sejarah
Arkitek(?)
Pereka(?)
Pereka utama kontrak(?)
Reka bentuk kejuruteraan oleh(?)
Dibina oleh(?)
Pembikinan oleh(?)
Kos pembinaanRM248 juta[4]
Dirasmikan(?)
Dibuka2-17 Jun 2019 (tempoh percubaan)
1 Ogos 2019 (dibuka secara tidak rasmi)[5]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Jambatan Angkat Terengganu atau Terengganu Drawbridge merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.[6] Ia merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati.

Jambatan Angkat Terengganu merupakan sebuah projek dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jambatan imbang sulung di Malaysia ini dibina oleh Zelan Construction Sdn Bhd dengan menelan belanja RM248 juta. Kerja pembinaan bermula pada Ogos 2014 dan disiapkan pada pertengahan tahun 2019. Jambatan angkat ini juga merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC).[7][8]

Jambatan Angkat Terengganu dibuka untuk tempoh percubaan dari 2 hingga 17 Jun sewaktu musim perayaan Aidilfitri, kemudian ditutup semula untuk memberi ruang kepada kerja-kerja ujian dan penambahbaikan. Akhirnya ia dibuka kepada kenderaan dan pejalan kaki pada 1 Ogos 2019.[9]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Reka bentuknya mendapat ilham daripada Tower Bridge di London yang juga berbentuk jambatan imbang. Ia mempunyai jalan raya satu jalur, dua hala dengan lebar 23 meter yang merentangi 638 meter di atas muara Sungai Terengganu.[10] Ia menghubungkan Muara Selatan, sebuah kawasan tanah tebus guna di pusat bandar berdekatan Tanjung, dengan Muara Utara di Seberang Takir. Terdapat ruang legar setinggi 12.5 meter dari paras air ke jambatan apabila daunnya ditutup. Rentang legarnya ialah 50 meter.[11] Terdapat empat batang menara 15 meter tingginya, sepasang untuk setiap pangkal daun jambatan, setiap pasang dihubungkan dengan jejantas.[12] Setiap menara berpangkalkan lobi untuk membolehkan pengunjung menaiki kawasan perniagaan yang terletak di dalam jejantas. Pada waktu malam, jambatan disinari hiasan lampu berwarna-warni.[13] Jambatan angkat membolehkan pengguna memendekkan waktu perjalanan antara Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Universiti Malaysia Terengganu dan Kuala Terengganu sebanyak 15 minit. Sebatang jalan raya empat lorong di pesisir pantai telah dibina untuk menghubungkan jambatan dengan Kuala Nerus.[14]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]