Pulau Redang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pantai Pasir Panjang di Pulau Redang. Pantai ini meliputi pasir putih yang lembut. Batu karang dan ikan dapat dilihat di beberapa meter dari pantai.
Pulau Redang dipotret dari arah timur jarak 6,5 mil laut

Pulau Redang merupakan pulau di Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. Ia merupakan pusat peranginan yang terkenal dan cukup relaks di Malaysia dengan pasir putihnya, terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong, juga terletak di sempadan Terengganu, dan Kelantan.

Pulau Redang hanya adalah salah satu pulau yang besar, senyap dan tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Terengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.

Tapi, Pulau Redang akan ditutup pada setiap hujung tahun hingga awal tahun akibat ombak besarnya dan tinggi. Lagi satu pantai yang terkenal juga dekat sini ialah Pulau Perhentian pun serupa. Dan ke bawah, merupakan Pulau Kapas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1851, Abdullah Abdul Kadir Munshi pernah menceritakan hal Pulau Redang :

"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pulau Redang juga terkenal dengan taman laut seperti Marine Park Pulau Redang juga aktiviti laut yang lain seperti Teluk Dalam Dasar Beach dan lain-lain lagi. Ia merupakan satu destinasi perlancongan yang menarik di Terengganu selain daripada Pulau Perhentian dan Pulau Kapas. Banyak chalet dan resort yang pastinya dapat membantu anda untuk menginap di sini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 5°46′30″N 103°0′54″E / 5.77500°N 103.01500°E / 5.77500; 103.01500