Pelatih Akademi Ninja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pasukan Ebisu, selaku contoh Pelajar Akademi Ninja di Konoha

Pelatih Akademi boleh dianggap sebagai sebuah badan pelatih di Akademi Ninja; di mana ianya merupakan tempat untuk mengasah bakat-bakat baru dari bakal pelatih ninja. Namun begitu, pelatih-pelatih ini masih belum boleh dianggap sebagai seorang ninja sehinggalah mereka tamat pengajian di situ. Pelatih Akademi Ninja menjalani pembelajaran secara formal dan melakukan ujian praktikal secara asas bagi kebanyakkan jutsu asas. Selalunya, pembelajaran mengenai penggunaan asas senjata dan alatan ninja seperti Kunai, Shuriken dan Kertas Jampi Letupan akan diajar ketika sesi pembelajaran. Teknik ninja rendah juga turut diajar namun ianya berbeza dari sebuah kampung ninja dengan kampung ninja yang lain. Di antara teknik yang diajar adalah:

Setelah tamat pengajian di Akademi Ninja, mereka akan menerima sehelai fabrik khas yang dilekatkan dengan logam yang ukir dengan simbol kampung masing-masing (yang mana ianya boleh dipakai dalam pelbagai cara). Secara amnya, ia dikenali sebagai "dirah dahi" atau hitai-ate. Sesetengah kampung ninja turut mengadakan ujian tambahan yang diberikan oleh guru Jonin bagi pasukan bertiga untuk melihat sama ada mereka betul-betul berkelayakkan untuk dipilih menjadi ninja rasmi. Ujian untuk menentukan kumpulan bertiga yang layak menjadi Genin akan dinilai oleh guru Jonin dan ianya berbeza-beza bergantung kepada ninja Jonin yang terlibat. Mereka yang gagal dalam ujian tambahan ini akan dihantar semula ke Akademi Ninja.

Keperluan untuk tamat latihan di Akademi Ninja adalah berbeza dari sebuah akademi ke sebuah akademi yang lain. Di Konoha, peperiksaan tamat latihan dilakukan dengan cara peperiksaan bertulis dan juga pengetahuan mengenai teknik asas. Namun begitu, pernah berlaku peristiwa di mana peperiksaan tamat latihan di Kirigakure dilakukan dengan cara pertarungan hidup-mati di antara pelatih lelaki, di mana pemenang akan dianggap layak untuk tamat latihan. Namun begitu, kaedah peperiksaan tersebut telah dimansuhkan apabila pernah berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh Momochi Zabuza (yang ketika itu masih kecil) terhadap semua pelatih yang terlibat dalam peperiksaan tersebut. Ia kemudiannya digantikan dengan kaedah yang lebih mudah dan boleh diterima pakai.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]