Perbincangan pengguna:Aurora/Arkib7

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Tolong padamkan fail / rencana[sunting sumber]

Mintak tolong Aurora padamkan fail imej "Fail:LencanaSMKWB.jpg" kerana saya telah memuat naik versi .png dan fail imej "Fail:Digi_logo.jpg" kerana Pengguna:Niduzzi telah memuat naik versi .svg. Kedua² fail tersebut telah dimuat naik oleh saya, dan ia tidak digunakan lagi. --Mhby87 (bincang) 04:25, 1 Januari 2009 (UTC)[balas]

Telah dilakukan Niduzzi. ...Aurora... 14:15, 1 Januari 2009 (UTC)[balas]
Tolong hapus rencana "Talian Pelanggan Digitan" kerana saya tersalah buat. Terima kasih <'>>< Mr Ikan (bincang) 16:21, 20 Januari 2009 (UTC)[balas]

Gabung akaun[sunting sumber]

Hai Aurora, saya ingin meminta tolong untuk menggabungkan saya punya akaun pengguna boneka saya iaitu:

Boleh tak saya meminta tolong untuk menggabungkan 6 akaun pengguna boneka saya kepada Pengguna:Kiteretsu ?. Sekian terima kasih.User:Rashdan

Ketika ini, perisian MediaWiki tidak membenarkan penggabungan akaun. Bagaimanapun, sekiranya anda ingin ubah nama salah satu akaun menjadi Kiteretsu, beritahu saja yg mana. Yang lain biarkan sahaja. ...Aurora... 14:15, 1 Januari 2009 (UTC)[balas]

Saya ingin menukar Pengguna:Farhanrobaie 95 kepada Pengguna:Kiteretsu.Dan yang lain itu seperti Pengguna:Farhanshafikdurai, Pengguna:Farhanshafik, Pengguna: Suneo dan Pengguna:Hagemaru itu tolong hapuskan. User:Rashdan

Farhanrobaie 95 kini Kiteretsu. Akaun yang lain biarkan sahaja (akaun yang telah dicipta tidak boleh dihapuskan atau digabungkan). ...Aurora... 13:22, 2 Januari 2009 (UTC)[balas]

Mengapa tidak boleh digabungkan? User:Kiteretsu

Tidak dibenarkan perisian MediaWiki. ...Aurora... 14:26, 5 Januari 2009 (UTC)[balas]

Hai Aurora saya ingin menukar nama Farhanshafikdurai kepada Kurosagi8. Pengguna:Farhanshafikdurai

Jika benar ini anda, sila log masuk jika ingin meminta sesuatu. Bagaimanapun saya tidak akan lakukannya. Sila gunakan satu akaun sahaja. ...Aurora... 14:26, 5 Januari 2009 (UTC)[balas]

Cruise missile[sunting sumber]

Hai Aurora, anda betul dari segi penggunaan istilah "peluru berpandu krus" berdasarkan terjemahan Kamus Dewan. Penggunaan istilah "peluru berpandu kruis" yg saya guna adalah berdasarkan istilah yang lebih popular serta digunakan oleh Majalah Tempur dan Majalah Perajurit, yang mana saya fikir penutur Bahasa Melayu lebih biasa menggunakannya. Perkara yang sama juga berlaku untuk istilah 'missile di mana ada yg menggunakan istilah misil dan juga peluru berpandu. Bagi sesetengah kes, saya lebih menyukai untuk menggunakan istilah yg biasa digunakan dan difahami oleh kebanyakan orang berbanding istilah pada kamus. Apa pandangan anda? Kerana kebanyakkan artikel dalam bidang kejuruteraan, ketenteraan dan penerbangan amat sukar untuk mencari istilah yg tepat dalam Bahasa Melayu. Zamwan (bincang) 14:42, 2 Januari 2009 (UTC)[balas]

Saya rasa setakat ini you tak payah nak protect rencana ni. Sebab setakat ini saya nampak cuma User:Ammel saja mari buat propaganda. You kan boleh sekat orang ini dulu? --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:51, 8 Januari 2009 (UTC)[balas]

Kemungkinan besar dia akan menyunting tanpa log masuk seperti yang dilakukan sebelum ini. ...Aurora... 15:54, 8 Januari 2009 (UTC)[balas]

Boleh semi-protect saja rencana ini. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 16:09, 8 Januari 2009 (UTC)[balas]

Dah buat dah minggu lepas, tak berkesan. Anda nak sunting ke? Jika ya saya boleh turunkan peringkat perlindungan. ...Aurora... 13:39, 9 Januari 2009 (UTC)[balas]

Saya user Ammel - Saya kecewa apabila saya menukar nama stesen KTM Tampin kepada Tampin/Pulau Sebang dikatakan dakwaan palsu. Saudara boleh semak sendiri di stesen KTM Tampin pada papan tanda telah diletakkan sebagai Tampin/Pulau Sebang. Dan stesen Tampin itu memberi perkhidmatan keretapi ke seluruh Negeri Melaka. Badnar yantg berdekatan iala Pulau Sebang dan Tampin, Alor Gajah hanya 9 km dari Stesen KTM itu manakala Bandaraya Melaka 30 kilometer. Jadi tiada maklumat palsu yang saya nyatakan. Ia adalah fakta tepat!!!. Saya harap perubahan yang dibuat janganlah dikatakan palsu dan propaganda....! --Ammel

Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, tunggulah stesen baru siap. Stesen sekarang masih lagi dipanggil Tampin di laman web KTMB dan ditulis di tiket. Anda juga mungkin mahu membaca Wikipedia:Tiada penyelidikan asli. Sumber sahih diperlukan. Dalam kes ini, laman web KTMB sebagai pemilik stesen tersebut. Ataupun ada diwarwarkan di dalam akhbar mengenai penukaran nama stesen tersebut secara rasmi. Bukannya sekadar kehendak kerajaan Melaka sahaja. ...Aurora... 04:44, 10 Januari 2009 (UTC)[balas]

Akaun Rashdan[sunting sumber]

Assalamualaikum Aurora, saya ingin meminta tolong supaya batalkan log kunci tentang Perbincangan pengguna:Rashdan dan Pengguna:Rashdan itu.Terima kasih. Perbincangan pengguna:Kiteretsu

Kenapa? Bukankah anda katakan tidak akan menggunakannya lagi? ...Aurora... 14:16, 9 Januari 2009 (UTC)[balas]

Saya hanya ingin mengubah perkataan Kiteretsu yang berada didalam laman perbincangan dan laman pengguna Rashdan kepada lain. Seperti ini:Kiteretsu→lain. Perbincangan pengguna:Kiteretsu.

Kenapa anda buat begitu banyak akaun Rashdan? SuaraRakyatMalaysia (bincang) 06:30, 11 Januari 2009 (UTC)[balas]

Saya tidak lagi menggunakan nama Rashdan tetapi Kiteretsu. Sebenarnya saya buat banyak akaun tu sebabnya dulu saya tak tahu meminta Aurora mengubah nama.Pengguna:Kiteretsu.

Hi and welcome to Wikipedia Bahasa Melayu. Do drop me a note if there's anything I can do to help. Cheers. ...Aurora... 09:46, 14 April 2006 (UTC)[balas]

Thanks for the welcome, Aurora. As you can see, I'm not here too much, but thanks for the welcome. -- Zanimum (bincang) 16:05, 12 Januari 2009 (UTC)[balas]

Akaun Mhby87[sunting sumber]

Assalamualaikum, bolehkah anda memberikan hak keistimewaan kepada saya untuk memadam laman pengguna saya dan subnya sahaja? Jika tidak boleh, saya minta anda hapuskan laman ini. <'>>< Mhby87 (bincang) 06:16, 13 Januari 2009 (UTC)[balas]

Telah saya hapuskan. Cuma penyelia boleh memadam laman. ...Aurora... 14:33, 13 Januari 2009 (UTC)[balas]
Terima kasih. <'>>< Mhby87 (bincang) 23:24, 13 Januari 2009 (UTC)[balas]

RE: Welcome[sunting sumber]

Hi, Aurora. Thank you very much for your welcome. It is always a pleasure to help. Regards, --Lucien leGrey (bincang) 21:07, 14 Januari 2009 (UTC)[balas]

Thank you for your welcome, Aurora --Ferbrunnen (bincang) 05:47, 1 April 2009 (UTC)[balas]

Padam artikel[sunting sumber]

Hai Aurora. Mengapa anda padam artikel Jahannam. Bukankah jahannam itu ialah neraka jahannam?. Perbincangan pengguna:Kiteretsu

Kerana laman itu merupakan pautan ke laman yang tidak wujud. ...Aurora... 14:36, 19 Januari 2009 (UTC)[balas]

Hai Aurora! Saya pengguna Alistair yang kini kembali sebagai Alistaire. Lama benar tidak singgah dan tulis rencana. Bagaimanakah keadaan semua penyumbang kini? Nampaknya telah berlaku banyak perubahan semasa ketiadaan saya. Pengguna pun sudah ramai ya. Bolehkah anda memberikan update dan mencerikan secara ringkas apa yang telah berlaku di Wikipedia kita dari pertengahan bulan Jun 2006 hingga kini? Alistaire (bincang) 12:14, 19 Januari 2009 (UTC)[balas]

Hai Alistaire. Selamat kembali (kenapa tak pakai akaun lama?). Saya cerita sikit2 apa yg saya ingat ketika ini. Kalau ada yg musykil, silalah bertanya lebih lanjut.
Hmmm. Menarik. Wikinews bukankah pernah dicadangkan oleh Emmranss (lupa macam mana nak eja nama dia) dulu di Kedai Kopi tetapi saya tidak bersetuju dengannya atas alasan ingin melihat perkembangan Hal semasa terlebih dahulu. Sekarang ni apabila tengok bahagian Hal semasa saya amat kecewa - bukan sahaja ia tak berkembang, malah telah dipermudah dan tak banyak rencana baru. Kalau macam itu memang kita belum bersedia untuk membuat Wikinews.
Rapat umum memang bagus. Kalau berkesempatan mungkin saya akan pergi jika saya dapat bertemu dengan anda dan semua kawan-kawan yang sama menyumbang dulu seperti Pengguna:Polar dan Pengguna:Master2841. Adakah mereka masih aktif?
Satu lagi, saya buat akaun baru sebab nama online saya sekarang memang Alistaire. Lagipun saya ingin preserve akaun lama saya seperti dulu untuk mengingatkan saya kembali mengenai masa-masa yang lebih aktif. Tapi untuk membuktikan saya memang Alistair saya telah log masuk akaun itu dan telah letakkan pautan ke akaun baru saya. Alistaire (bincang) 16:02, 23 Januari 2009 (UTC)[balas]
Berkenaan Wikinews & projek2 lain itu, ada pendokongnya. Berkenaan Polar dan Master2841 pula, sekarang ni mereka dah kurang aktif. ...Aurora... 14:13, 28 Januari 2009 (UTC)[balas]

Hmm, saya lihat cadangan-cadangan buka yang lain-lain tu, saya semakin tak yakin. Wikipedia kita ni pun tak berapa aktif, apa lagi hendak buka yang lain. Pendukung-pendukung mereka tak aktif (seperti yang dijangka) Pula, ada lagi yang masih dalam incubator tak terjemah. Saya rasa ia tidak wise untuk mulakan sesuatu yang baru kalau aktiviti tidak memberangsangkan. Nanti segalanya hancur macam tu je. Mungkin anda patut nasihatkan mereka. — A|istairé₁₉⁸⁵ (bincang) 14:48, 28 Januari 2009 (UTC)[balas]

Dah pada masa itu. Sekarang ni tunggu dan lihat sajalah. ...Aurora... 14:55, 28 Januari 2009 (UTC)[balas]

Templat:Infobox Ulama Islam[sunting sumber]

Yakah? Saya cari tadi tp tak jumpa. Mungkin salah masuk keyword. Ya, saya lihat mungkin boleh guna. So camna dengan Templat:Infobox Ulama Islam? Anda mahu hapus? Saya boleh guna yang anda bagi. Nasib baik baru buat untuk 2 rencana. :) Zamwan (bincang) 14:31, 20 Januari 2009 (UTC)[balas]

Aurora, saya tidak faham. Bagaimana nak alihkan Templat:Infobox Ulama Islam ke Templat:Kotak Info Cendiakawan Islam kerana templat ini sudah wujud? Mengikut pemahaman saya anda kena hapuskan dulu templat "infobox ulama islam" dan alihkan "Kotak info cendiakawan islam" ke "infobox ulama islam". tetapi ini tidak mungkin terjadi kerana maklumat parser adalah berbeza dan infobox tidak akan memaparkan maklumat yg tepat. Zamwan (bincang) 14:56, 20 Januari 2009 (UTC)[balas]

Saya ingin bertanya kepada anda, adakag Alistair dan Didie itu orang yang sama? Lihat di sini. Sekiranya anda letak kursor di bahagian tandatangan "Alistair", nama pengguna Didie akan terpapar. Sekadar ingin bertanya. Zamwan (bincang) 14:56, 20 Januari 2009 (UTC)[balas]

Sepatutnya tidak. Saya kira itu kesilapan Master2841 semasa mengarkib. Lihat perbezaan ini. ...Aurora... 15:10, 20 Januari 2009 (UTC)[balas]
Klarifikasi: Sila lihat "Kembali" di atas Alistaire (bincang) 16:02, 23 Januari 2009 (UTC)[balas]

Wikipedia Simple English[sunting sumber]

Hi Aurora you can look how wikipedia simple english from place 43 up to 36.—Kiteretsu (bincang) 04:21, 25 Januari 2009 (UTC)[balas]

Maaf, saya kurang mengerti. Ini soalan atau kenyataan? ...Aurora... 14:13, 28 Januari 2009 (UTC)[balas]

mau ganti nama?[sunting sumber]

saya mau ganti nama, boleh minta dengan siapa? thx --Br-v (bincang) 19:26, 27 Januari 2009 (UTC)[balas]

Sila ke Wikipedia:Menukar nama pengguna. ...Aurora... 14:13, 28 Januari 2009 (UTC)[balas]

beza Khilafah, Khalifah dan Khulafa ar-Rasyidin?[sunting sumber]

beza Khilafah, Khalifah dan Khulafa ar-Rasyidin? kategori yang perlu dikotegorikan bersandarkan maksud Khilafah, Khalifah dan Khulafa ar-Rasyidin. jika ada kesilapan pada khalifah-khalifah yang ada, perlu dibincangkan? --Ibnuyassir 09:04, 29 Januari 2009 (UTC)

Rencana pilihan dan Gambar pilihan[sunting sumber]

Aurora, boleh tolong update rencana dan gambar pilihan? — Alistaire عليستير (bincang) 05:08, 1 Februari 2009 (UTC)[balas]

Aurora, untuk rencana pilihan, mungkin anda patut tukar dari gambar tikus ke gambar lembu. Sila lihat disini, dan juga tahun dari 2008->2009. Zamwan (bincang) 05:30, 1 Februari 2009 (UTC)[balas]
Betul kata Zamwan, saya baru semak kalendar...2008 adalah tahun tikus manakala 2009 adalah tahun lembu. Harap maklum. -- Tebuanhijau (bincang) 05:54, 1 Februari 2009 (UTC)[balas]

Tidak. Rencana pilihan yang terpapar merupakan rencana pilihan Februari tahun lepas kerana ia masih belum di update! Saya sendiri akan mengemaskininya, tetapi tidak boleh sebab telah dilucutkan status penyelia dan masih belum layak dapatkannya kembali. Jadi diharapkan Aurora dapat kemaskininnya ke Kesultanan Melayu Melaka sepertimana dipersetujui. — Alistaire (bincang) 06:02, 1 Februari 2009 (UTC)[balas]

Memandangkan "Kesultanan Melayu Melaka" tidak dapat dipersetujui sebagai rencana pilihan (4 sokong 4 dan bantah), rencana pilihan lalu terpaksa dikekalkan. ...Aurora... 14:11, 2 Februari 2009 (UTC)[balas]

Laku musnah sistematik[sunting sumber]

Pengguna tidak berdaftar 60.52.88.228 membuang semua wiki dan rujukan di rencana A Farmosa. Minta anda membalikkannya. — Alistaire | عليستير (bincang) 09:57, 11 Februari 2009 (UTC)[balas]

watak sampingan - terima kasih[sunting sumber]

salam sejahtera...terima kasih kerana memberi teguran dan tips...sy akan perkemas info tersebut secepatnya..... pertanyaan: saya sedikit keliru dgn status yg harus di pilih berkenaan dengan sebarang muat turun fail imej yang sy ingin lakukan? komen Aurora?

terima kasih aurora...
saya faham maksud anda...saya sekarang sedang cuba memahami isi-isi dalam kategori:Naruto_info secepat yang mungkin....boleh saya tahu bagaimana saya boleh membuat lencongan tersebut? Akan saya perbaiki mutu penyuntingan saya. terima kasih...Lone totti (bincang) 21:10, 14 Februari 2009 (UTC)[balas]

Assalamualaikum...

sedikit pertanyaan...saya masih tidak tahu lagi bagaimana untuk membuat direct untuk sesuatu topik. contohnya watak utk anime Naruto iaitu Harashima Senju dan Hokage Pertama; di mana kedua-duanya adalah orang yang sama....bagaimanakah saya ingin mengaitkan dua nama tersebut? Misalan kata saya telah membuat suntingan mengenai tajuk Hokage Pertama...bagaimana caranya yang boleh saya lakukan untuk mengaitkan topik Harashima Senju agar dapat di "link" dengan topik pertama iaitu Hokage Pertama? Terima kasih. Lone totti (bincang) 06:33, 17 Februari 2009 (UTC)[balas]


Saya ingin mengetahui cara untuk membuat lencongan bagi suatu tajuk yang sama namun berada di dalam kategori berbeza? Andainya tajuk A telah berada dalam kategori 1, tetapi saya ingin mencipta tajuk yang sama tetapi dalam kategori 2 atau berlainan. Terima kasih. Lone totti (bincang) 08:20, 2 Mac 2009 (UTC)[balas]

Sebenarnya Aurora, saya ingin membuat penerangan mengenai Ninjutsu untuk Naruto namun telah terdapat topik ninjutsu (rencana tunas) mengenai nya...

Lone totti (bincang) 00:22, 3 Mac 2009 (UTC)[balas]


cik Aurora...saya ada pertanyaan mengenai satu perkara. Adakah dua topik ini Senarai watak Naruto dan Kategori:Watak-watak Naruto merupakan topik yang sama? Lone totti (bincang) 03:01, 31 Mac 2009 (UTC)[balas]

Tidak. Yg pertama ialah rencana, isinya apa shj yg ditulis anda. Yg kedua ialah kategori: isinya automatik. ...Aurora... 14:16, 31 Mac 2009 (UTC)[balas]

Satu petisi dicadangkan agar menghalang pengguna Malekhanif daripada berkali-kali memutarbelitkan fakta berkenaan insiden Elizabeth Wong dan memuatkan pandangan yang bersifat peribadi serta liputan yang berat sebelah. Harap komuniti MS.Wiki bisa ambil tindakan sewajarnya. Salam. 158.143.153.244 15:57, 17 Februari 2009 (UTC)[balas]

Saya dah sunting rencana itu, kita tengoklah dahulu. ...Aurora... 16:11, 17 Februari 2009 (UTC)[balas]

Salah laku[sunting sumber]

Haa.. haaa... haa... saya terlepas pandang tambahan bawah sekali. Akan saya betulkan. Yosri (bincang) 00:46, 20 Februari 2009 (UTC)[balas]

Templat tarikh hijrah[sunting sumber]

Saudara sebagai penyelia dan birokrat, saya nak tanya, apakah templat yang memaparkan tarikh dalam hijrah di Wikipedia Bahasa Melayu??. Saya hanya jumpa templat dalam masihi sahaja, {{CURRENTDAY}} {{CURRENTMONTHNAME}} {{CURRENTYEAR}} <'>>< Mr Ikan (bincang) 07:22, 23 Februari 2009 (UTC)[balas]

Tidak ada. Anda boleh baca lebih lanjut di m:Help:Magic words. ...Aurora... 13:55, 23 Februari 2009 (UTC)[balas]

Censorship bukan tugas bot![sunting sumber]

Hai Aurora, saya harap anda boleh melihat dulu apa yang bot Aviator telah buat sebelum batalkan pembatalan saya. Bot itu telah dengan sengaja dan dengan mencurigakan membuang perbincangan yang lalu, tanpa mengarkibnya di mana-mana. — Alistaire | عليستير (bincang) 12:43, 23 Februari 2009 (UTC)[balas]

Anda dah periksa ke suntingan ArrazzazBot sehingga anda membuat dakwaan tersebut? Ini apa? Anda faham atau tidak bagaimana bot ini berfungsi? ...Aurora... 13:55, 23 Februari 2009 (UTC)[balas]

Masalahnya perkara yang dipadamkan tu saya tidak tahu ke mana ia "diarkibkan" tetapi sudah diterangkan oleh Aviator. Tetapi masih tak jelas kenapa tiada pautan terus dari laman Kedai Kopi (lain-lain) ke laman arkib itu. Saya akan terus bincangkan perkara ini dengan Aviator. — Alistaire | عليستير (bincang) 15:29, 23 Februari 2009 (UTC)[balas]

Bukan WP:KKL sahaja, laman Kedai Kopi lain pun tiada pautan ke arkib terkini (2009). Sebabnya mudah, tiada orang membuatnya. Anda juga mungkin mahu membaca Pengguna:ArrazzazBot/Arkib. ...Aurora... 15:36, 23 Februari 2009 (UTC)[balas]

Kalau tiada orang yang membuatnya, bagaimana saya hendak tahu ia wujud? Saya kan baru kembali? Amalan lama adalah, tunggu bulan atau tahun itu berlalu terlebih dahulu, bukannya arkib serentak dengan bulan/tahun perbincangan itu dilakukan. Tidak salah saya buat andaian mengikut amalan yang lama sekiranya tiada sesiapa pengguna/laman yang memberitahu. Jadi pembelaan diri saya adalah bahawa saya tidak tahu, tidak punyai cara untuk tahu, dan andaikan amalan yang telah wujud sebelumnya. Bagaimanapun terima kasih kerana tolong terangkan. — Alistaire | عليستير (bincang) 15:44, 23 Februari 2009 (UTC)[balas]

KiteretsuBot[sunting sumber]

Salam Aurora, saya telah mencipta akaun KiteretsuBot. Bolehkah saya sekarang menjadi bot. Kiteretsu (bincang) 10:46, 1 Mac 2009 (UTC)[balas]

Sila kemas kini maklumat di Wikipedia:Bot/Permohonan. ...Aurora... 14:08, 2 Mac 2009 (UTC)[balas]

Wikimedia Meta-Wiki[sunting sumber]

Bisa bantu proyek Bahasa Melayu di Wikimedia Meta-Wiki? Terima Kasih. Mikhailov Kusserow (bincang) 09:17, 5 Mac 2009 (UTC)[balas]

Simpati pada Rakyat Malaysia[sunting sumber]

Saya ingin menyampaikan simpati mendalam saya kepada rakyat negara Malaysia yang telah dirampas demokrasinya. Saya berharap saudara sekalian bisa bertabah. Salam dari saya. 158.143.153.244 16:48, 6 Mac 2009 (UTC)[balas]

Tindakan anda[sunting sumber]

Saudari Aurora, usahlah buang masa anda dengan mengundurkan semua suntingan saya ye. Saya buat semua tu untuk kebaikan WBM jugak. Kalau tak puas hati ke, nak tegur salah silap ke, bincang je di laman perbincangan saya. Kan anda juga yang suruh berbincang sebelum buat sesuatu. Kalau anda undurkan semua tu tanpa berbincang dengan saya, maka saya pun seharusnya tidak payah berbincang dengan anda lah ye pasal suntingan tu. Adil ke? — Didie (bincang) 14:48, 10 Mac 2009 (UTC)[balas]

Anda pun sama. Bincang sebelum undurkan tu. Mana tahu anda buat tu tepat ke tidak. — Didie (bincang) 14:52, 10 Mac 2009 (UTC)[balas]

Amboi! Sedap2 je kata saya buat laku musnah ye. Semua suntingan saya tu untuk kebaikan dan kemajuan WBM bukannya mengendalakan ataupun menjahanamkan WBM ye. Faham betul2 maksud laku musnah tu sebelum nak tuduh. Anda tengok semua yang saya buat tu menyusahkan orang lain tak, rasanya mungkin anda sajalah kot yang sengaja menyusahkan diri sendiri sebab rajin sangat nak undurkan semua tu.

Bagi saya, suntingan saya dilihat lebih meningkatkan mutu kandungan daripada sebelumnya. Kenapa pulak perlu diundurkannya meskipun tanpa perbincangan pun. Lainlah kalau saya menurunkan mutunya jadi patutlah saya dibawa berbincang dengan anda pasal perkara tu. Ingat ye, anda hanya berhak mengundurkan suntingan tu kalau ia menurunkan kualiti bukannya suka2 hati je.

Adakah anda hanya mahu WBM ni ketinggalan saje ke. Kalau anda kata semua benda tu kena berbincang sebab WBM ni milik komuniti. OK, takpe. Akan tetapi, macam mana nak berkembang kalau nak di takuk lama je. Cuba anda hargai idea-idea ni dan tidak hanya mengkritik dari belakang je tanpa usaha anda sendiri. Saya harap perang mulut dengan anda ni boleh selesai secepat yang boleh, sebab ia memang mengganggu fokus penyumbangan saya di WBM ni. Apapun Aurora, maafkan saya kalau ada apa-apa yang anda rasa terguris ke ape ke agar semangat setiakawan antara kita dapat terjalin terus untuk sama-sama membantu mengembangkan WBM setapak ke hadapan. Selamat menyumbang. — Didie (bincang) 15:09, 10 Mac 2009 (UTC)[balas]

Ini bermakna bahawa anda sememangnya sedia dan bersefahaman dengan idea generasi muda ye. OK. Minta pihak komuniti bersedia dengan perbincangan ini ye di Kedai Kopi. — Didie (bincang) 15:25, 10 Mac 2009 (UTC)[balas]

Hi, I am lmo:User:Dans/it:User:Dans, and I'd like to usurp the name Dans on this wiki as well, thus succeeding in the account of User:Dans, who appear to have no edit at all. Here lmo:User:Dans/it:User:Dans are confirmations. Thank you very much for your help and support :) --Dans 84.221.65.206 20:17, 10 Mac 2009 (UTC)[balas]

Done. ...Aurora... 14:47, 11 Mac 2009 (UTC)[balas]

Penyalahgunaan Kuasa oleh Yosri[sunting sumber]

Saya berharap puan dapat menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kes penyalahgunaan kuasa oleh User: Yosri dengan memblokir 158.143.153.244 untuk tempoh tidak terhingga. Terima kasih. --158.143.133.43

Saya rasa anda (158.143.133.43) dan 158.143.153.244 adalah orang yg sama (dari LSE). Saya juga masih ingat anda menuduh saya salah guna kuasa. Maaflah, saya tak dapat layan permintaan anda. ...Aurora... 14:14, 12 Mac 2009 (UTC)[balas]

"Saya juga masih ingat anda menuduh saya salah guna kuasa. Maaflah, saya tak dapat layan permintaan anda." Bukankah ini sikap diktator? Di manakah impartialiti penyelia ms.wiki? Salam. --158.143.133.154

Sebab anda pernah tuduh sayalah saya enggan bertindak. Saya akan berat sebelah. ...Aurora... 14:30, 13 Mac 2009 (UTC)[balas]

Jika inilah rupanya kualiti Penyelia di ms.wiki, maka tidak tahulah saya bagaimana ms.wiki akan terus maju. Salam. --158.143.155.242

Anda tidak perlu tahu bagaimana. Dan siapa anda untuk menilai kualiti seseorang? ...Aurora... 15:05, 16 Mac 2009 (UTC)[balas]

Sikap anda tidak lain daripada sesetengah pemimpin yang hipokrit and double standar. Itulah sebabnya ms.wiki ini masih mundur. Lihatlah Wikipedia Bahasa Indonesia. Kata sahaja serumpun, tapi kualiti di situ jauh lebih tinggi, artikel jauh lebih banyak dan ensiklopedik, dan penyelianya pun jauh lebih adil.

Yakah? Jika begitu mengapa anda masih di sini? Selain drpd jumlah rencana, bagaimana anda dapat buktikan yg lain? ...Aurora... 09:24, 19 Mac 2009 (UTC)[balas]

Dakwaan mengenai seseorang perlu disertakan bukti dan rujukan yang sah, tidak ada hipokrit and double standar apabila membuang penipuan. Amaran telah diberikan agar mengemukakan bukti berlaku pelanggaran perlembagaan tetapi ia dihapuskan dan berdegil hendak menipu. Oleh itu tindakan tegas telah dan akan diambil bagi memastikan kualiti rencana di Wikipedia bahasa Melayu ini. Yosri (bincang) 04:34, 18 Mac 2009 (UTC)[balas]

Ya, dakwaan tanpa rujukan layak dibuang. ...Aurora... 09:24, 19 Mac 2009 (UTC)[balas]

Helo Aurora, anda pernah kata stesen keretapi ini nama rasminya "Tampin" dan ditulis pada laman web dan tiket [1]- adakah anda pernah lihat tiket keretapi dari/ke Tampin baru-baru ini? --Elijah 以利亞 אליהו (Eliyahu) إلياس (Ilyas) 15:54, 22 Mac 2009 (UTC)[balas]

Oh ya, terdapat gambar pada laman web ini menunjukkan gambar bahawa papan tanda stesen di sana menunjukkan "Tampin / Pulau Sebang". --Elijah 以利亞 אליהו (Eliyahu) إلياس (Ilyas) 15:58, 22 Mac 2009 (UTC)[balas]

Sejak saya tulis itu, tidak. ...Aurora... 14:08, 23 Mac 2009 (UTC)[balas]

Kalau sebelum anda tulis? --Elijah 以利亞 אליהו (Eliyahu) إلياس (Ilyas) 15:41, 23 Mac 2009 (UTC)[balas]

Tentulah ya. ...Aurora... 15:45, 23 Mac 2009 (UTC)[balas]

Bila tu? Takut nanti semasa you nampak tiket tu, dah berapa tahun :-P --Elijah 以利亞 אליהו (Eliyahu) إلياس (Ilyas) 15:47, 23 Mac 2009 (UTC)[balas]

Baru sahaja, cuti sekolah akhir 2008/awal 2009. ...Aurora... 15:54, 23 Mac 2009 (UTC)[balas]

Parlimen Malaysia[sunting sumber]

Bukankah insiden MP Lim Kit Siang tersiar di akhbar? Tak baca ke? --Suparman

Bukan semua orang baca akhbar. Sebab itu wajib ada rujukan. Beban bukti terletak di tangan anda. ...Aurora... 14:10, 26 Mac 2009 (UTC)[balas]
Saya rasa anda nie memang berprejudis terhadap saya. Entri saya yang memang hakikat asyik diundur, anda bagaikan mencari tulang dalam telor. Salam. Suparman (bincang) 14:13, 31 Mac 2009 (UTC)[balas]
Saya harap anda ada mengikuti perkembangan-perkembangan terbaru yang telah saya perihalkan dan tidak usahlah jadi katak di bawah tempurong. Salam. Suparman (bincang) 14:20, 31 Mac 2009 (UTC)[balas]
Tidak jadi masalah... :) Salam. Suparman (bincang) 14:32, 31 Mac 2009 (UTC)[balas]

Pengunduran[sunting sumber]

Boleh tanya kenapa pengunduran http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Senarai_universiti_di_Malaysia&curid=5954&diff=797314&oldid=796603 Yosri (bincang) 01:42, 3 April 2009 (UTC)[balas]

Kan senarai tu berganda? ...Aurora... 13:06, 3 April 2009 (UTC)[balas]

Malaysia[sunting sumber]

Hmm... apakah masalah anda dengan artikel itu? Pada saya, syarat-syarat sifat ensiklopedik, rujukan diberi serta bahasa Melayu telah digunakan. Apakah yang anda tidak puas lagi? Ataupun anda mempunyai ajenda tersembunyi? Salam. Suparman (bincang) 16:06, 3 April 2009 (UTC) hay sm[balas]

Apr 8, 2009.[sunting sumber]

Hi there, thanks for visiting my page, though you didn't add word there. --Mingsen

Encik Aurora! Minta maaf, tapi bahasa melayu saya lemah; bahasa adalah percuma, demikian benarkan saya mengunakan bahasa yang saya fasih. --MingSen 12:18, 15 April 2009 (GMT+8)

{{bahasa melayu telah mencapai tangga ke 45. Naikkan wikipedia bahasa melayu dan jauhkan dari wikipedia Euskara}}Kiteretsu (bincang) 11:20, 11 April 2009 (UTC)[balas]

Muhyiddin Yasin[sunting sumber]

Hai Aurora, saya harap anda bisa mengadili suntingan terbaru ke atas artikel tersebut. Salam.

Isu Kaum Tionghoa Tidak Mengenang Budi dan Memperbodohkan BN[sunting sumber]

Pada 12 April 2009 ketika ditemubual oleh Mingguan Malaysia Muhyiddin Yasin mendakwa yang Barisan Nasional terpedaya oleh masyarakat Tionghoa kerana zahirnya nampak macam ‘ok’, sambutan dengan tepukan masyarakat Tionghoa tidak mengundi Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang baru-baru ini. Muhyiddin Yasin turut menuduh bahawa orang Tionghoa tidak mengenang budi, walaupun mereka mendapat peruntukan RM1 juta untuk sekolah Tionghoa yang merupakan gula-gula pilihanraya kecil tersebut. [2]

Ucapan Muhyiddin telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin-pemimpin Tionghoa, baik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat serta rakyat jelata berketurunan Tionghoa. Malaysiakini: Muhyiddin Membelakangi Konsep Satu Malaysia, MCA dan Gerakan Mahu UMNO Cermin Diri[3]

Politikus Jaga Hati (bincang) 08:45, 13 April 2009 (UTC)[balas]

Suntingan anda tidak memenuhi 5 syarat yg telah kita setujui bersama, jadi memang patut diundurkan. Anda juga mengelak sekatan dengan mencipta akaun baru, oleh itu jangan terkejut jika anda terus menerus disekat. ...Aurora... 14:22, 13 April 2009 (UTC)[balas]
Halo Aurora, bisa luangkan waktu untuk ikut Voting di sini dan di sini? Terima Kasih. Mikhailov Kusserow (bincang) 04:29, 22 April 2009 (UTC)[balas]

Lebuh raya Timur-Barat Fasa II[sunting sumber]

Lebuh raya ini tak sama dengan yang dari Gerik ke Jeli tu. Belum siap sepenuh / terbengkalai , jadi tidak ada nama yang sesuai diberikan. Malekhanif (bincang) 15:42, 27 April 2009 (UTC)[balas]

Oh ya ke? Saya ingat sama sebab namanya sama. ...Aurora... 15:44, 27 April 2009 (UTC)[balas]
Sebenarnya laluan Simpang Pulai-Gua Musang itu adalah laluan yang berbeza dan tidak sama dengan laluan Gerik-Jeli itu. Kod laluan pun tak sama; jalan Gerik-Jeli adalah sebahagian Laluan Persekutuan tetapi jalan Simpang Pulai-Gua Musang pula adalah Laluan Persekutuan . Kod laluan diperolehi daripada laman web Kementerian Kerja Raya Malaysia. - Hezery99 (bincang) 10:02, 13 Mei 2009 (UTC)[balas]
Anda lebih arif dari saya, minta bantu anda membetulkannya. ...Aurora... 14:18, 13 Mei 2009 (UTC)[balas]
Insya-Allah saya akan cuba, cuma buat masa sekarang ni saya berada di kampung kerana bercuti jadi saya tak dapat nak mencipta rencana baru buat masa sekarang, cuma sekadar melakukan tugas kepenyeliaan. Insya-Allah saya akan kembali aktif membuat rencana baru, ok? :) - Hezery99 (bincang) 06:40, 14 Mei 2009 (UTC)[balas]

Jangan sibuk nak pindah rencana Victoria (Australia), itu format yang betul dan perlu diikut. Bukan ikut suka penyelia yg tak tahu apa-apa seperti Aurora. Memang tak guna penyelia kat sini, main langgar aje nanti mati org.60.53.237.50 02:15, 5 Mei 2009 (UTC)[balas]

Mana yg betul mana yg salah bukan anda seorang tentukan. Yg pasti selagi anda pindahkan rencana secara 'potong-dan-tampal', ia akan diundurkan. ...Aurora... 14:13, 5 Mei 2009 (UTC)[balas]

Bual kosong[sunting sumber]

Yosri turut ambil bahagian. Kalau penyelia bisa, mengapa pengguna lain tidak bisa? Ataupun penyelia ada special treatment? Suparman (bincang) 14:59, 11 Mei 2009 (UTC)[balas]

Kalau anda hendak berlaku adil, semua yang terlibat harus diberi amaran. Salam. 15:07, 11 Mei 2009 (UTC)

Malaysia - Amerika Syarikat[sunting sumber]

Sorry lah, rasa dah ada, tapi cari tak jumpa pula. Malekhanif (bincang) 15:01, 12 Mei 2009 (UTC)[balas]

Hai Aurora. Sokongan para penyelia senior seperti anda, Yosri & Didie amat saya hargai. Harap dapat membantu anda dalam mengemas kini Laman Utama. Masihkan anda berminat untuk menukar kekerapan gambar pilihan daripada bulanan kepada mingguan? Sebenarnya ini azam saya sekiranya dilantik sebagai penyelia. :) Zamwan (bincang) 11:16, 13 Mei 2009 (UTC)[balas]

Saya memang alukan sesiapa yg ingin membantu mengemaskini Laman Utama. Berkenaan Gambar Pilihan, lihatlah bulan depan punya belum ada sebarang cadangan meskipun dah setengah bulan. Saya masih rasa masanya belum tiba. ...Aurora... 14:18, 13 Mei 2009 (UTC)[balas]

Hai Aurora. Boleh saya minta anda mengundi saya sebagai penyelia dengan setuju. Kiteretsu (bincang) 11:19, 13 Mei 2009 (UTC)[balas]

Saya sangsi. Boleh anda jelaskan mengapa anda (sebagai Tonggari) mengundi untuk diri sendiri? ...Aurora... 14:18, 13 Mei 2009 (UTC)[balas]

Kalau awak nak tahu saya ini merupakan sepupunya Kiteretsu. Saya ingin mengundinya sebab hubungan kami ini kurang mesra sejak kebelakangan ini. Sebab saya ingin berbaik dengannya semula. Saya tahu password Kiteretsu tapi tak boleh cakap passwordnya..Tonggari (bincang) 01:44, 14 Mei 2009 (UTC)[balas]

Wah, dramatis sungguh! Suparman (bincang) 05:44, 14 Mei 2009 (UTC)[balas]
Mula2 abang, sekarang sepupu pula? Dan mengapa anda (Tonggari) tahu kata laluan Kiteretsu? Kiteretsu, bagaimana anda ingin jadi penyelia jika anda tidak boleh jaga kata laluan sendiri? Dan mengapa Tonggari yang menjawab soalan saya, bukan anda? ...Aurora... 14:07, 14 Mei 2009 (UTC)[balas]
Aurora, maafkan dia (Kitaretsu aka Tonggari). Budak kecil yang masih minum susu mama. Hahaha.... 158.143.133.232 16:17, 14 Mei 2009 (UTC)[balas]

Kini saya telah menukar kata laluan saya dan saya minta anda menyekat Tonggari sahaja.Intifada (bincang) 01:06, 15 Mei 2009 (UTC)[balas]

Plot cerita ini semakin menarik! Bila akan mencapai klimaks?! Salam. 158.143.134.200 01:25, 15 Mei 2009 (UTC)[balas]
Eh? Kenapa pula nak sekat Tonggari, apa salah dia? Sudahlah, tiada ertinya lagi perbualan ini diteruskan. ...Aurora... 14:12, 15 Mei 2009 (UTC)[balas]

Kualitas Penyelia[sunting sumber]

Bisakah anda memberi nasihat kepada Malekhanif atas 2 perkara berikut: (1) Artikel-artikel berkenaan politik yang disuntingnya sentiasa menyelitkan pendapat peribadi dan berunsur "biased". (2) Grammarnya bermasalah - sentiasa menggugurkan subjek ayat (eg. Beliau, Ali, Abu etc) dan tidak menggunakan ayat lengkap. Saya harap anda sebagai seorang Penyelia dapat mengambil berat terhadap kerana saya percaya Penyelia harus menskrutini kualitas dan suntingan mereka antara satu sama lain. Ms.wiki akan terus mundur kalau kita tidak mengambil inisiatif memperbaikinya. Contohilah WBI. Salam. Suparman (bincang) 22:46, 15 Mei 2009 (UTC)[balas]

Ok. ...Aurora... 14:15, 18 Mei 2009 (UTC)[balas]

Oklah. Saya minta maaf. Kekadang terdesak sehingga merasakan terlalu mengulang-ulang 'beliau', 'dia', nama orang. Boleh digabungkan dalam satu ayat tetapi itu tidak baik kerana akan menjadi terlalu panjang. Malekhanif (bincang) 21:53, 18 Mei 2009 (UTC)[balas]

Bukan apa, supaya senang difahami. ...Aurora... 14:37, 19 Mei 2009 (UTC)[balas]

Sekiranya anda klik "Senarai pantau saya", terdapat satu tag mengenai pengundian saya dan Kiteretsu. Bagaimana nak hilangkannya? Zamwan (bincang) 11:05, 18 Mei 2009 (UTC)[balas]

MediaWiki:Watchlist-details ...Aurora... 14:15, 18 Mei 2009 (UTC)[balas]

Laman Utama[sunting sumber]

Salam Aurora. Kandungan laman utama yang Didie cipta itu nampak lebih menarik. Ubahlah ia semula kepada versi Didie. Salam..ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 05:51, 31 Mei 2009 (UTC)[balas]

Jika anda sukakannya, anda patut menyokongnya ketika sesi perbincangannya dahulu. Sekarang dah terlambat. ...Aurora... 06:42, 1 Jun 2009 (UTC)[balas]

Saya tidak tahupun ada sesi perbincangan.ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 08:05, 1 Jun 2009 (UTC)[balas]

Anda tidak pantau Kedai Kopi ke? ...Aurora... 00:41, 3 Jun 2009 (UTC)[balas]


Tolonglah jangan padam laman yang saya cipta. Jika saya punya pendek tolonglah tambah sikit. Saya rujuk dalam buku yang saya belajar di sekolah..ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 01:32, 3 Jun 2009 (UTC)[balas]

Baru satu yg saya hapuskan. Pastikan rencana yg anda cipta sah dan layak, barulah tidak akan dihapuskan. Jika sekadar 1/2 ayat dan tiada kategori/interwiki, kemungkinan besar akan dihapuskan. Juga, tajuk yg berkaitan akan digabungkan sekiranya terlalu pendek. ...Aurora... 13:41, 3 Jun 2009 (UTC)[balas]

Terima kasih Aurora kerana mengemaskinikan laman orang lain dan saya cipta.ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 10:13, 5 Jun 2009 (UTC)[balas]

Sama-sama. Saya tidak mahu kualiti jatuh kerana mengejar kuantiti. Tapi memandangkan anda ingin menambah bilangan rencana, boleh saya minta anda tolong "membirukan" Laman Utama? ...Aurora... 10:17, 5 Jun 2009 (UTC)[balas]
Apakah maksud membirukan laman utama?ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 10:34, 5 Jun 2009 (UTC)[balas]
Maksudnya membirukan pautan yg merah, iaitu mencipta rencana2 yg belum wujud yg ada di Laman Utama. ...Aurora... 10:39, 5 Jun 2009 (UTC)[balas]
Ok. Terima kasih Aurora.ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 10:40, 5 Jun 2009 (UTC)[balas]

Hi Aurora! I'm a Polish Wikipedian (Mat86). I see that on ms Wikipedia there is also a Mat86 without contributions. Would it be possible for me to get that login? The SUL procedure would then be fulfilled. Please inform me on my pl Wikipedia discussion page. Best wishes from Poland! 89.75.140.97 23:06, 7 Jun 2009 (UTC)[balas]

The account has one edit, but I suppose u can get it if u put in a proper request at Wikipedia:Menukar nama pengguna (for transparency). ...Aurora... 16:02, 14 Jun 2009 (UTC)[balas]

Sebelum memadam, sila teliti kandungan perlu dan pertimbangan rencana sebulat yang boleh!!!!![sunting sumber]

Salam bahagia pengguna ID Aurora, berdasarkan tajuk perkara diatas, saya mengharapkan agar tuan tidak memadamkan rencana yang ada nilai ilmiahnya, walaupun ia kurang insklopedik, tetapi pada nilainya ia masih boleh dipertingkatkan kelak oleh penciptanya yang boleh dianggap penyumbang yang aktif.Saya tak menganggap bahawa tajuk Dubai, Kota Islam Yang Penuh Dengan Keajaiban adalah tidak relevan, cuba tuan lihat rencana Dubai, ia terlalu sikit patah perkataan dan input dalam rencana itu, tetapi jika dibandingkan dengan tajuk rencana Dubai, Kota Islam Yang Penuh Dengan Keajaiban yang tuan telah padamkan tempoh hari ia lebih bernilai dan ada ciri-ciri fakta yang utuh.Tapi apapun, tuan jangan gunakan kuasa dengan sesuka hatinya tanpa memikirkan kepentingan nukilan pengguna lain yang lebih berHAK. Tidak semestinya manusia itu betul. Walaubagaimanapun tahniah jika tuan mengambil berat terhadap sumbangan masyarakat terhadap dunia keilmuan. Terima kasih Smim90 (bincang) 18:52, 16 Jun 2009 (UTC)[balas]

Sekiranya rencana Dubai sedia ada pendek, tambahkanlah, mengapa nak cipta rencana baru? ...Aurora... 14:51, 17 Jun 2009 (UTC)[balas]

Mengapa anda selalu memadam rencana yang saya cipta. Saya banyak merujuk kepada buku pelajaran!!!. Walaupun kurang ensiklopedik but boleh ditambah. Orang pun ada ber HAK mencipta rencana!! Saya setuju apa yang ditulis oleh Smim90. Tolonglah jangan padam rencana yang saya tulis!!! .פרחאן,فرحان (bincang) 06:49, 11 Julai 2009 (UTC)[balas]

Tahukah anda ada projek bernama Wikibooks (versi BM) dan Wikiversity? Wikipedia ialah ensiklopedia, bukan semua yang anda jumpa di buku sekolah anda layak di sini, Wikibooks atau Wikiversity lebih sesuai. Terus terang saya katakan, anda terlalu mengejar kuantiti sehingga mengabaikan kualiti. ...Aurora... 09:51, 13 Julai 2009 (UTC)[balas]

Saya rasa anda ni suka sangat padam laman orang yang yang berusaha sendiri. Tetapi saya kurang nampak anda mencipta laman baru. فرحان (bincang) 07:41, 2 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Jadi? ...Aurora... 14:14, 2 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Apasal nak hapus cuba lihat dalam wikipedia indonesia. فرحان (bincang) 02:50, 14 Ogos 2009 (UTC)[balas]

Wikipedia bahasa bugis kan wujud. Cuba lihat meta:Senarai Wikipedia

Brunei national anthem[sunting sumber]

Hello Aurora,
Thank you for your warm welcome. Pengguna:Yosri has not answered me, so I take the liberty to ask you the same favor I asked him.
As part of my efforts to improve articles about national anthems in the Hebrew Wikipedia, I would like to ask you for the words of the national anthem of Brunei in the Jawi script (we already have the Roman transliteration). Any help is much appreciated.
Thank you very much, Kulystab (bincang) 17:44, 23 Jun 2009 (UTC)[balas]

I'll put it at Allah Peliharakan Sultan. Just bear in mind that it's my own transliteration, not the official one. ...Aurora... 14:21, 24 Jun 2009 (UTC)[balas]
Thank you very much! With your help, I googled the first line and found two websites with what I think is the correct transliteration. I have already edited the transliteration in Allah Peliharakan Sultan according to these websites. By the way, do you know which script is more common in Brunei, The Jawi or the Roman? Thanks again, Kulystab (bincang) 15:38, 24 Jun 2009 (UTC)[balas]
That would be the Rumi script (Latin alphabet). ...Aurora... 15:51, 24 Jun 2009 (UTC)[balas]
Many thanks, Aurora, for all of your help, and may God bless you. Kulystab (bincang) 16:22, 24 Jun 2009 (UTC)[balas]

Request for global bot policy and global bot[sunting sumber]

Hello, according to the discussion about bot policy, ms.wikipedia allows the global bot policy and automatic approval, but not global bots. I see that it has been some discussion about global bots too, but I'm not able to read it. Can you please give me a summary on my meta userpage how the discussion ended, so I can archive it correctly? Laaknor (bincang) 13:59, 28 Jun 2009 (UTC)[balas]