Peristiwa Musim Bunga Praha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Peristiwa Musim Bunga Praha (Bahasa Czech: Pražské jaro, Bahasa Slovak: Pražská jar) merupakan satu tempoh liberalisasi politik dalam Czechoslovakia sewaktu negara tersebut dikuasai Kesatuan Soviet selepas Perang Dunia Kedua. Ia bermula pada 5 Januari 1968, apabila Alexander Dubček dipilih sebagi Setiausaha Pertama Parti Komunis Czechoslovakia (KSČ) sehinggalah 21 Ogos 1968 di mana Kesatuan Soviet dan negara anggota Pakatan Warsaw lain menyerang negara ini untuk menghentikan perubahan sedemikian.

Langkah-langkah pembaharuan yang dibawa daripada tempoh ini merupakan usaha percubaan pendemokrasian oleh Dubček untuk memberikan hak tambahan kepada rakyat Czechoslovakia. Kebebasan yang diberikan termasuk melonggarkan sekatan pada media, suara dan pergerakan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Tindak balas pihak Soviet[sunting | sunting sumber]

Apabila perbincangan yang dilakukan antara kedua-dua pihak tidak membuahkan hasil yang memuaskan, pihak Soviet mula memikirkan suatu tindakan bersenjata melalui suatu polisi penundukan kuasa negara satelitnya kepada Blok Timur.[1][2] Dengan itu, tentera empat negara Blok ini – Kesatuan Soviet, Bulgaria, Poland dan Hungary— menjajah Czechoslovakia pada malam 20–21 Ogos 1968.[3][4] Sebanyak 200,000 anggota tentera dan 2,000 buah kereta kebal menyerang negara tersebut,[5] mula-mula mengepung Lapangan Terbang Antarabangsa Ruzyně yang memebenarkan kemasukan pasukan baru dari udara. Tentera Czechoslovakia dikepung dalam berek-berek mereka sehingga disingkirkan sebarang keupayaan mereka melawan balik pihak Blok Timur. Czechoslovakia habis ditawan pada pagi 21 Ogos.[4]

Kesan berikutan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chafetz (1993), p. 10
  2. ^ Grenville (2005), p. 780
  3. ^ Ouimet (2003), pp. 34–35
  4. ^ a b "Soviet Invasion of Czechoslovakia". Military. GlobalSecurity.org. 27 April 2005. Dicapai 19 January 2007. 
  5. ^ Washington Post, (Final Edition), 21 August 1968, p. A11

Pautan luar[sunting | sunting sumber]