Pakatan Warsaw

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Договоро дружбе, сотрудничестве и взаимной помощи
Pertubuhan Perjanjian Warsaw
(Pakatan Warsaw)
Cap

Negara-negara ahli Pakatan Warsaw pada 1956 hingga 1968
Ibu pejabat Moscow, KRSS
Bahasa rasmi Bahasa Rusia
Jenis Perikatan ketenteraan
Negara ahli 7 (8 pada mulanya)
Pemerintah Tertinggi Viktor Kulikov (terakhir)
Penubuhan 14 Mei 1955
Pembubaran 1 Julai 1991
Istana Presiden di Warsaw, dikenali sebagai Istana Gabenor (Pałac Namiestnikowski), di mana Pakatan Warsaw ditandatangani
Sempadan NATO (biru) dan Pakatan Warsaw (merah) semasa zaman Perang Dingin

Pakatan Warsaw atau Pertubuhan Perjanjian Warsaw, rasminya bernama Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan Bersama (Rusia: Договор о дружбе, сотрудничестве и взаимной помощи), merupakan perikatan ketenteraan untuk negara komunis Eropah Tengah dan Eropah Timur. Perikatan ini ditubuhkan pada 14 Mei 1955 di Warsaw, Poland, demi menentang ancaman berkemungkinan oleh NATO dan juga sebagai tindak balas terhadap integrasi Jerman Barat yang "ditenterakan kembali" ke dalam NATO pada 9 Mei 1955 akibat ratifikasi Perjanjian Damai Paris. Pakatan ini berkekal sepanjang Perang Dingin sehingga beberapa negara-negara ahli bermula menarik diri pada tahun 1989, diikuti oleh keruntuhan Blok Timur dan perubahan politik di Kesatuan Soviet. Perjanjian ini ditandatangani pada 14 Mei 1955, dan salinan rasmi dibuat dalam Bahasa Rusia, Bahasa Poland, Bahasa Czech dan Bahasa Jerman.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]


Semua negara komunis di Eropah Tengah dan Timur merupakan penandatangan kecuali Yugoslavia. Para anggota Pakatan Warsaw berjanji untuk saling melindungi sekiranya mana-mana ahli diserang. Perjanjian ini juga menyatakan bahawa hubungan di antara penandatangan adalah berasaskan tidak campur tangan dalam hal dalaman dan rasa hormat pada kedaulatan dan kemerdekaan setiap negara. Peraturan tidak masuk campur kemudiannya dicabuli secara de facto dengan campur tangan Soviet di Hungary (Revolusi Hungary 1956) dan Czechoslovakia (Prague Spring, 1968). Dalam kedua-dua kes, bantuan dikatakan dipinta, jadi peraturan ini tidaklah dicabul secara rasmi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kesatuan Soviet mendakwa bahawa pemmbentukan Pakatan Warsaw pada May 1955 merupakan reaksi terhadap kemasukan Republik Persekutuan Jerman ke dalam NATO pada tahun yang sama. Kesahan dakwaan ini dilemahkan oleh sebab semua anggota kanan kerajaan bukan-Soviet yang menyertai merupakan pegawai tentera Rusia. Pakatan ini memformalkan kedudukan Kesatuan Soviet sebagai ketua blok negara sosialis, dan menggantikan hubungan dua hala dengan rangka berbilang hala [1].

Pemerintah Tertinggi[sunting | sunting sumber]

Nama Mula berkhidmat Hingga
1. Marsyal Kesatuan Soviet Ivan Konev 14 Mei 1955 1960
2. Marsyal Kesatuan Soviet Andrei Grechko 1960 1967
3. Marsyal Kesatuan Soviet Ivan Yakubovsky 1967 30 November 1976
4. Marsyal Kesatuan Soviet Viktor Kulikov 1977 1991

Ketua Turus Gabungan[sunting | sunting sumber]

Nama Mula berkhidmat Hingga
1. Jeneral Ketumbukan Joe Andry 1955 1962
2. Jeneral Ketumbukan Pavel Batov 1962 1965
3. Jeneral Ketumbukan Mikhail Kazakov 1965 1968
4. Jeneral Ketumbukan Sergei Shtemenko 1968 1976
5. Jeneral Ketumbukan Anatoly Gribkov 1976 1989
6. Jeneral Ketumbukan Vladimir Lobov 1989 1990

Selepas Pakatan Warsaw[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Mei 2004, Republik Czech, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania, Poland, dan Slovakia menjadi ahli-ahli Kesatuan Eropah. Mereka diikuti pada tahun 2007 oleh Romania dan Bulgaria.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Collective Security Treaty Organization (perjanjian antara 6 negara selepas Soviet)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-26. Dicapai pada 2007-07-01.

Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Mastny, Vojtech and Malcolm Byrne (eds.). A Cardboard Castle: An Inside History of the Warsaw Pact, 1955-1991. Budapest: Central European University Press, 2005. 726 pp.
  • Umbach, Frank. Das rote Bündnis: Entwicklung und Zerfall des Warschauer Pakts, 1955-1991. Berlin: Christoph Links Verlag, 2005. 701 pp. (Jerman)
  • The Warsaw Pact: Arms, Doctrine and Strategy, Lewis, William J.; Institute for Foreign Policy Analysis; 1982. ISBN 0-07-031746-1. This book presents an overview of all the Warsaw Pact armed forces as well as a section on Soviet strategy, a model land campaign which the Soviet Union could have conducted against NATO, a section on vehicles, weapons and aircraft, and a full-color section on the uniforms, nations badges and rank-insignia of all the nations of the Warsaw Pact.
  • Havel, Václav To the Castle and Back New York: Alfred A Knopf, 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]