Rampasan kuasa Chile 1973

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Palacio de La Moneda dibedil tentera Chile pada 11 September 1973

Sebuah rampasan kuasa di Chile berlaku pada 11 September 1973 hasil tindakan yang dijalankan oleh anggota Angkatan Tentera Chile terdiri dari Tentera-Tentera Laut, Udara dan Darat negara tersebut untuk menggulingkan presiden sosialis Salvador Allende dan kerajaan haluan kiri pimpinan Unidad Popular.

Sekumpulan dalam Tentera Laut Chile yang dikenali sebagai Tanquetazo merancang untuk menggulingkan kerajaan,[1] yang turut disertai oleh komander-komander berpangkat tinggi Angkatan Udara dan kumpulan dalam Polis. Augusto Pinochet, panglima tertinggi Tentera Darat Chile menyertai gerakan ini sehari sebelum penggulingan kuasa dijangka berlangsung. Pada pagi 11 September 1973, angkatan-angkatan tentera segera mengepung sebahagian besar jawasan Chile dan menuntut segera peletakan jawatan Salvador Allende yang berlindung di Palacio de La Moneda. Allende enggan mengundur walaupun setelah kediamannya dibom, malah turut membunuh diri dengan selaras senapang patah sebagai tanda bantahannya. 

Rampasan kuasa ini menandakan berakhirnya pemerintahan Unidad Popular diikuti tertubuhnya sebuah junta tentera pimpinan Pinochet. Chile, pada ketika itu merupakan salah satu negara berdemokrasi paling stabil di Amerika Latin,Templat:Cr terjerumus ke dalam sebuah kediktatoran yang berterusan sehingga tahun 1990. Dalam tempoh ini, telah dilakukan sistematik pelanggaran hak asasi manusia sistematik telah dilakukan pemerintahan Pinochet sepanjang tempoh ini,[2][3] di mana Kebebasan bersuara disekat manakala parti-parti politik dan Kongres Negara Chile telah dibubarkan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pemerintahan berfahaman sosialis Salvador Allende "yang berfungsi dengan baiknya" ditakuti Amerika Syarikat, maka negara tersebut mengenakan tekanan diplomasi dan ekonomiterhadap pemerintahan tersebut.[4][5][6] Perkara ini turut dirisaukan pemerhati asing dengan adanya lawatan Fidel Castro ke negara tersebut pada 1971.[7]

Tentera Chile sementara itu menjalani beeabrapa proses penyahpolitikan sejak tahun 1920s, di mana anggota tentera mula terlibat dengan kegiatan dalam pemerintahan negara tersebut dalam kedudukan utama, namun upah mereka menjadi kurang dan gaji yang diberikan hanya cukup-cukup sahaja. Dalam dekad-dekad sebelum ini juga, para anggota tentera turut dipengaruhi ideologi anti-komunis bawaan Amerika Syarikat melalui beberapa program kerjasama antara pihak tentera kedua-dua tentera ini..[8]

Pihak yang campur tangan[sunting | sunting sumber]

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Banyak negara dunia mengesyaki keterlibatan Amerika Syarikat dalam kudeta ini. pihak negara tersebut menafikan dakwaan sebegini pada awalnya menurutu laporan akhbar awal,[9][10] namun sebuah rencana New York Times yang mengkiritk kegiatan tersebut mendorong penyiasatan lanjut oleh Senat Amerika Syarikat.[10]

Laporan yang menyimpulkan penyiasatan ini menyatakan bahawa CIA "menyokong junta tentera itu secara aktif setelah menjatuhkan pemerintahan Allende namun tidak membantu Pinochet dalam pengambilalihan jawatan Presiden negara tersebut."[11]

Australia[sunting | sunting sumber]

Sebuah stesen milik Perkhidmatan Perisikan Rahsia Australia (ASIS) ditubuhkan berdekatan kedutaan negara tersebut pada bulan Julai 1971 atas permintaan CIA dengan pengesahan William McMahon, Menteri Luar Negeri negara tersebut pada ketika itu. Operasi ini ditutup oleh Perdana Menteri Gough Whitlam beberapa minggu selepas diberitau mengenainya pada bulan Februari 1973, namun tidak semua anggota ASIS meninggalkan Chile sehingga sebulan selepas kudeta tersebut dijalankan pada Oktober 1973.

Akibat[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (PDF) http://www.cedec.cl/DownloadDokument/CEDEC_PREP_MARINA.pdf.  Missing or empty |title= (bantuan)
  2. ^ Templat:Cite Harvard
  3. ^ Empty citation (bantuan) 
  4. ^ Porpora, Douglas V.; Nikolaev, Alexander G.; May, Julia Hagemann; Jenkins, Alexander (7 September 2013). "Post-Ethical Society: The Iraq War, Abu Ghraib, and the Moral Failure of the Secular". University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-06252-5. 
  5. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada asal pada 9 October 2016. Dicapai 7 October 2016. 
  6. ^ Kristian C. Gustafson. "CIA Machinations in Chile in 1970: Reexamining the Record", CIA, Center for the Study of Intelligence. Retrieved 21 August 2007.
  7. ^ "Castro speech database", University of Texas: English translations of Castro speeches based upon the records of the (United States) Foreign Broadcast Information Service (FBIS). See locations of speeches for November–December 1971. Retrieved 22 September 2006.
  8. ^ Sagredo, Rafael; Gazmuri, Cristián, para penyunting (2005), Historia de la vida privada en Chile (dalam bahasa Sepanyol), 3: El Chile contemporáneo. De 1925 a nuestros días (edisi ke-4), Santiago de Chile: Aguilar Chilena de Ediciones, ISBN 956-239-337-2 
  9. ^ "Estados Unidos niega en forma rotunda participación en golpe". La Nación. 13 September 1973 – melalui Google Newspapers. 
  10. ^ a b Gustafson, Kristian (2007). Hostile Intent:U.S. Covert Operations in Chile, 1964–1974. Washington, D.C.: Potomac Books. m/s. 12, 203. 
  11. ^ CIA Activities in Chile, 2000-09-18, diarkibkan daripada asal pada 2007-06-12, To respond to Section 311 of the Intelligence Authorization Act for Fiscal Year 2000 (referred to hereafter as the Hinchey Amendment), the Intelligence Community (IC), led by the National Intelligence Council, reviewed [...] 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]