Hans-Adam II, Putera Liechtenstein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hans-Adam II
Putera Liechtenstein
Pemerintahan13 November 1989 – sekarang
(34 tahun, 99 hari)
Didahului olehFrancis Joseph II
WarisanHereditary Prince Alois
Pemangku rajaHereditary Prince Alois (2004-)
Keputeraan (1945-02-14) 14 Februari 1945 (umur 79)
Zürich, Switzerland
Raja permaisuriCountess Marie Aglaë Kinsky von Wchinitz und Tettau
AnakandaAlois, Putera Mahkota Liechtenstein
Prince Maximilian
Prince Constantin
Princess Tatjana
KerabatHouse of Liechtenstein
AyahandaFrancis Joseph II, Prince of Liechtenstein
BondaCountess Georgina von Wilczek

Hans Adam II (Johannes (Hans) Adam Ferdinand Alois Josef Maria Marko d'Aviano Pius von und zu Liechtenstein; lahir 14 February 1945) ialah Putera Liechtenstein yang bertakhta kini. Beliau ialah anak kepada Franz Joseph II, Putera Liechtenstein (1906-1989) dan isterinya, Countess Georgina von Wilczek (1921–1989). Baginda juga memegang gelaran 'Duke Troppau dan Jägerndorf, Penguasa Rietberg'. Baginda keturunan langsung dari jalur lelaki daripada hanya tiga daripada 14 Putera Liechtenstein yang terdahulu.

Kuasa[sunting | sunting sumber]

Putera Liechtenstein mempunyai kuasa budi bicara yang banyak; referendum diadakan untuk Hans-Adam menilai semula Perlembagaan Liechtenstein untuk menambahkan kuasa berperlembagaannya pada 2003.[1] Perubahan juga termasuk pilihan republik, di mana Putera dihalang secara rasmi daripada memveto rang undang-undang untuk menubuhkan republik. Di samping itu hak untuk tidak lagi bernaung pada gereja yang diiktiraf Prinsipaliti. Hans Adam mengugut akan berpindah ke Austria jika referendum itu gagal. Walaupun dibangkang oleh Mario Frick, bekas perdana menteri, referendum Putera telah dibuat oleh para pengundi.

Pada 15 August 2004, Putera Hans-Adam II telah menyerahkan kuasa membuat keputusan kerajaan kepada anaknya, Prince Alois, sebagai satu langkah untuk menyerahkannya kepada generasi baru. Secara rasmi, Hans-Adam kekal sebagai Ketua Negara.[2]

Kekayaan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Putera Hans-Adam memiliki kumpulan perbankan LGT dan memiliki kekayaan sebanyak £7.6 billion,[3] menjadikannya sebagai salah satu ketua negara terkaya di dunia, dan monarki termewah Eropah.[4] Baginda memiliki koleksi seni yang banyak, yang dipaparkan di Muzium Liechtenstein di Vienna.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Bahasa ibunda Hans-Adam ialah bahasa Jerman, tetapi baginda juga fasih dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Itali.

Pada 30 July 1967, di Vaduz, Liechtenstein, baginda mengahwini sepupunya, Marie Aglaë, Countess Kinsky von Wchinitz und Tettau (lahir 1940) yang apabila berkahwin bergelar Yang Teramat Mulia Her Serene Highness The Princess of Liechtenstein. Kediaman rasmi mereka di Vaduz Castle, di capital.

Anak-anak mereka:

  • Hereditary Prince Alois (l. Zürich, 11 Jun 1968) Baginda mengahwini Duchess Sophie in Bavaria pada 3 Julai 1993, 4 anak:
    • Putera Joseph Wenzel Maximilian Maria of Liechtenstein, Count of Rietberg (lahir 24 Mei 1995 di London)
    • Puteri Marie-Caroline Elisabeth Immaculata of Liechtenstein, Countess of Rietberg (lahir 17 Oktober 1996 di Grabs, Canton St. Gallen, Switzerland)
    • Putera Georg Antonius Constantin Maria of Liechtenstein, Count of Rietberg (lahir 20 April 1999 di Grabs, Canton St. Gallen)
    • Putera Nikolaus Sebastian Alexander Maria of Liechtenstein, Count of Rietberg (lahir 6 Disember 2000, di Grabs, Canton St. Gallen)
  • Prince Maximilian Nikolaus Maria (l. St Gallen, 16 Mei 1969) Dia mengahwini Angela Gisela Brown secara sivil di Vaduz pada 21 Januari 2000 dan secara agama di Bandaraya New York, New York, di Gereja St. Vincent Ferrer (New York), pada 29 Januari 2000, 1 anak:
    • Putera Alfons Constantin Maria (l. London, 18 Mei 2001)
  • Putera Constantin Ferdinand Maria (l. St Gallen, 15 March 1972), kahwin secara sivil di Vaduz pada 14 Mei 1999 dan secara agama di (Cicov), Slovakia, pada 18 Julai 1999 dengan Maria Gräfin Kálnoky von Köröspatak (l. Graz, 16 Julai 1975),[5] 3 anak:
    • Putera Moritz Emanuel Maria (l. Bandaraya New York, New York, 27 Mei 2003)
    • Putera Georgina Maximiliana Tatiana Maria (l. Vienna, 23 Julai 2005)
    • Putera Benedikt Ferdinand Hubertus Maria (l. Vienna, 18 Mei 2008)
  • Puteri Tatjana Nora Maria (l. St Gallen, 10 April 1973), kahwin di Vaduz pada 5 Jun 1999 dengan Matthias Claus-Just Carl Philipp von Lattorff (l. Graz, 25 Mac 1968), 6 anak:
    • Lukas Marie von Lattorff (l. Wiesbaden, 13 Mei 2000)
    • Elisabeth Maria Angela Tatjana von Lattorff (l. Grabs, 25 Januari 2002)
    • Marie Teresa von Lattorff (l. Grabs, 18 Januari 2004)
    • Camilla Maria Katharina von Lattorf (l. Monza, 4 November 2005)
    • Anna Pia Theresia Maria von Lattorf (l. Goldgeben, 3 Ogos 2007)
    • Sophie Katharina Maria von Lattorf (l. Goldgeben, 30 Oktober 2009)
1974

Pada 1969, Hans-Adam lulus daripada Universiti St. Gallen dengan Ijazah Pendidikan Perniagaan dan Ekonomi.

Gaya bagi
Hans-Adam II, Putera Liechtenstein
Rujukan gayaHis Serene Highness
Gaya percakapanYour Serene Highness
Gaya alternatifSire

Pandangan dan Buku[sunting | sunting sumber]

Prince Hans-Adam II pernah menulis sebuah buku The State in the Third Millennium (ISBN 9783905881042), yang diterbitkan pada akhir 2009. Di dalamnya, baginda mempertikaikan kepentingan negara bangsa sebagai aktor politik. Baginda membuat perbandingan demokrasi sebagai bentuk pemerintahan terbaik, seperti yang dilihat pada China dan Rusia sebagai peralihan ke arah tersebut walaupun jalan yang akan dilalui adalah sukar untuk negara-negara ini. Baginda juga mengisytiharkan peranan dalam keluarga dirajahanya mendapat pengesahan dengan persetujuan rakyat. Dia menekankan bahawa kerajaan sepatutnya dihadkan kepada satu set tugas dan kebolehan yang kecil, baginda menulis bahawa rakyat "membebaskan negara dari tugas dan beban yang tidak perlu yang telah ditanggung sejak ratusan tahun lalu sehingga mengganggu tugas utama iaitu memastikan pelaksanaan undang-undang dan hubungan luar.”[6]

Dalam wawancara, yang dirakamkan pada November 2010, Hans-Adam berkata baginda melihat masalah dalam Perlembagaan Amerika Syarikat, seperti kelemahan demokrasi langsung. Baginda juga berkata, "Saya duduk di sini dan itu kerana rakyat A.S. menyelamatkan kami pada Perang Dunia ke-2 dan ketika Perang Dingin. Jadi saya amat berterima kasih kepada mereka."

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Menurut undang-undang istana,[7] Putera yang bertakhta mestilah digelar dengan gelaran:

Yang Bertakhta Putera Liechtenstein, Duke Troppau dan Jägerndorf, Penguasa Rietberg, Ketua Keluarga Diraja Liechtenstein

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Liechtenstein prince wins powers BBC News Online, 16 March 2003. Retrieved 29 December 2006.
  2. ^ Country profile: Liechtenstein - Leaders BBC News, 6 December 2006. Retrieved 29 December 2006.
  3. ^ Fleck, Fiona (2003-03-17). "Voters give billionaire prince new powers". The Daily Telegraph. Dicapai pada 2009-10-23. Cite journal requires |journal= (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ Liechtenstein redraws Europe map BBC News Online, 28 December 2006. Retrieved 29 December 2006.
  5. ^ http://pages.prodigy.net/ptheroff/gotha/kalnoky.html Diarkibkan 2009-02-09 di Wayback Machine Countly House of Kálnoky
  6. ^ "H.S.H. Prince Hans-Adam II – The State in the Third Millennium". Uncommon Knowledge. November 22, 2010. Dicapai pada December 2, 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ "Liechtenstein House Laws". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-15. Dicapai pada 2011-07-28.