St. Louis Cardinals

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
St. Louis Cardinals
Musim 2024 St. Louis Cardinals
Ditubuhkan pada 1882
Fail:St. Louis Cardinals logo.svg
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Fail:MLB-NLC-STL-Uniforms.png
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Merah tua, biru kelasi tua, kuning, putih[1][2][3]
                       
Nama
  • St. Louis Cardinals (1900–kini)
  • St. Louis Perfectos (1899)
  • St. Louis Browns (1892–1898)
  • St. Louis Browns (1883–1891) (AA)
  • St. Louis Brown Stockings (1882) (AA)
Gelaran lain
  • The Cards
  • The Redbirds
  • The Birds
  • The Baseball Cardinals (1960–1987)
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (11)
  • 1926
  • 1931
  • 1934
  • 1942
  • 1944
  • 1946
  • 1964
  • 1967
  • 1982
  • 2006
  • 2011
NL Pennant (19)
AA Pennants (4)
Central Kejuaraan Divisyen (12)
East Division titles (3)[d]
Kemunculan Wild card (5)[e]
Pejabat pengurusan
PemilikBill DeWitt Jr.
PengurusOliver Marmol
Pengurus BesarMike Girsch
Presiden Operasi BesbalJohn Mozeliak

St. Louis Cardinals ialah pasukan besbol Amerika yang berpusat di St. Louis. Pasukan Cardinals bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) Central. Sejak tahun 2006, Cardinals telah beraksi di venue Busch Stadium yang terletak di Downtown St. Louis. Cardinals merupakan salah sebuah pasukan profesional besbol tertua dan paling berjaya. Cardinals berjaya menjuarai 11 kejuaraan Siri Dunia dan menandakan ia merupakan pasukan pertama dari NL dan pasukan kedua dalam MLB selepas New York Yankees yang merekodkan kejuaraan terbanyak.[5][6] Pasukan ini juga merangkul 19 pennant National League serta memenangi 15 gelaran divisyen di cawangan East dan Central.

Pada tahun 1881, usahawan Chris von der Ahe telah membeli pasukan Brown Stockings dan menamakannya kepada St. Louis Browns. Pasukan ini kemudian bertanding di liga besbol American Association. Mereka menjuarai empat kejuaraan liga untuk layak ke siri kejuaraan besbol, iaitu kejuaraan berprestij sebelum adanya Siri Dunia moden..[7] Dalam dua daripada kejohanan tersebut, Browns telah berentap dengan pasukan Chicago White Stockings, kini dikenali sebagai Chicago Cubs sekali gus memulakan persaingan Cardinals–Cubs.

Pada tahun 1892, Browns yang juga disebut sebagai Perfectos menyertai National League. Pada tahun 1900, pasukan ini dinmakan kepada Cardinals. (Menjelang dua tahun kemudian, pasukan yang tiada perkaitan iaitu St. Louis Browns menyertai American League.)

Antara pencapaian dan sumbangan Cardinals ialah penubuhan farm system oleh pengurus Branch Rickey, Rogers Hornsby meraih dua rekod Triple Crowns, Dizzy Dean meraih 30 kemenangan sebagai pelempar pada tahun 1934, Stan Musial menghasilkan 17 rekod MLB dan 29 rekod NL, Bob Gibson mencatatkan 1.12 purata peroleh larian (ERA) pada 1968, gaya Whiteyball yang diperkenalkan oleh Whitey Herzog, Mark McGwire menghasilkan rekod home run tertinggi dalam satu musim pada 1998, pasukan kejuaraan 2011 yang melakukan kebangkitan dramatik[8] dan rekod 700 home run oleh Albert Pujols. Cardinals juga telah meraih 105 kemenangan atau lebih dalam empat musim serta mencatatkan 100 kemenangan atau lebih sebanyak sembilan kali. Cardials melahirkan 21 pemain MVP, empat Triple Crown dan tiga penerima Anugerah Cy Young. Antara pemain yang disenaraikan ke dalam Dewan Kemahsyuran termasuklah Lou Brock, Dizzy Dean, Bob Gibson, Whitey Herzog, Rogers Hornsby, Joe Medwick, Stan Musial, Enos Slaughter, Branch Rickey, Red Schoendienst, Ozzie Smith, Ted Simmons dan Bruce Sutter.

Pada 2018, Forbes meletakkan nilai Cardinals pada $1.9  bilion, menjadikan ia pasukan ketujuh MLB tertinggi dan lebih daripada $147 juta dibayar oleh pemilik kumpulan pelaburan William DeWitt, Jr. pada tahun 1995. John Mozeliak kini menjawat jawatan sebagai Presiden Operasi Besbol, Mike Girsch menjadi pengurus am manakala Oliver Marmol pula berperanan sebagai pengurus.[9][10] Cardinals dikenali sebagai pasukan yang memiliki penyokong kuat walaupun dari segi pasaran, pasukan ini agak sederhana. Pasukan ini juga mencatatkan antara rekod kedatangan penonton tertinggi dan terletak pada kedudukan tiga teratas dalam tontonan televisyen oleh MLB.[11][12]

Sehingga tahun 2022, rekod menang-kalah Cardinals sepanjang zaman ialah 11,134-10,238.[13]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, Cardinals dikenali sebagai Brown Stockings (1882) dan Browns (1883–98). Pasukan ini bertanding di American Association (AA) dan meraih beberapa kejayaan seperti menjuarai empat pennant AA berturut-turut dari tahun 1885 sehingga 1888. Pada tahun 1892, pasukan ini berpindah ke saingan National League (NL) apabila mereka kemudiannya bergelut dengan menamatkan kempen sama ada di tempat terakhir atau kedua terakhir dalam lima daripada tujuh musim pertama mereka di saingan liga baharu. Pada tahun 1900, pasukan ini mula dikenali sebagai Cardinals selepas mengguna pakai nama samaran “Perfectos” pada satu tahun sebelum. Pasukan ini terus mempamerkan prestasi hambar selama dua dekad pertama kurun ke-20 tetapi pada tahun 1915, bakal infielder Dewan Kemahsyuran iaitu Rogers Hornsby telah mengubah nasib pasukan. Pada tahun 1926, beliau membantu pasukannya meraih pennant pertama dalam tempoh masa 38 tahun dan meraih kejayaan di Siri Dunia apabila menewaskan New York Yankees dalam tujuh aksi perlawanan. Infielder hebat lain, Frankie Frisch pula membawa Cardinals menuju ke tiga kemunculan Siri Dunia antara tahun 1928 dan 1931 termasuk meraih satu kejuaraan (1931). Pada tahun 1934, bakal pemain Dewan Kemahsyuran. Dizzy Dean mencatatkan 30 kemenangan (abangnya Paul memenangi 19 perlawanan) untuk membantu pasukannya mara ke Siri Dunia. Pasukan Cardinals yang menonjolkan aksi bergomol telah memperoleh nama samaran “the Gashouse Gang.”

Pada tahun 1941, Stan Musial menyertai Cardinas. Musial kemudian menjadi bintang Cardinals yang paling diminati apabila beliau beraksi selama 22 musim di St. Louis dan memimpin pasukannya dalam tempoh paling berjaya dalam sejarah pasukan. Pasukan Cardinals pada era 1940-an akan menamatkan kempen sama ada di tempat pertama atau kedua di NL pada setiap tahun dekad berkenaan. Pasukan ini juga tampil dalam empat kemunculan Siri Dunia dan meraih tiga kejuaraan daripadanya (1942, 1944 dan 1946). Cardinals memenangi Siri Dunia 1946 ke atas Boston Red Sox dengan bergaya pada perlawanan penentu kejuaraan apabila Enos Slaughter memukul bola melepasi kepala shortstop - peristiwa ini dikenali sebagai “Mad Dash”.

Setelah menempuh tempoh kemerosotan pada 1950-an, Cardinals mula memperoleh kebangkitan semula pada 1960-an. Dengan kemasukan Bob Gibson sebagai pelempar dan kepantasan pemain Lou Brock, Cardinals beraksi dalam tiga aksi Siri Dunia pada dekad tersebut dengan meraih kemenangan ke atas Yankees pada 1964 dan Red Sox pada 1967. Kejuaraan Cardinals pada tahun 1964 sangat bermakna bagi mengakhiri dominasi Yankees pada pertengahan abad yang menyaksikan Yankees meraih 14 pennant dalam 16 musimnya. Pada tahun 1966, Cardinals berpindah ke Busch Memorial Stadium (dinamakan semula sebagai Busch Stadium pada 1982) yang menjadi arena pasukan sehingga tahun 2005. Pasukan ini kemudiannya bermain di stadium baharu, Busch Stadium pada 2006. Pada 1970, Cardinals menjual outfielder Curt Flood yang kemudiannya menyaman Major League Baseball yang membenarkan pasukan menjualnya tanpa kebenarannya. Hal ini mendorong kepada penubuhan ejen bebas. Pemain shortstop yang menyerlah, Ozzie Smith menyertai Cardinals pada 1982 dan membantu pasukan meraih kejuaraan Siri Dunia pada musim sulungnya di St. Louis. Smith membawa pasukannya kembali ke dua aksi Siri Dunia selanjutnya pada 1980-an tetapi kedua-duanya berakhir dengan kekalahan.

Pada tahun 1996, Cardinals mengambil Tony La Russa sebagai jurulatih yang kemudiannya menjadi pengurus meraih kemenangan tertinggi dalam sejarah pasukan. Pada tahun berikutnya, St. Louis menambah Mark McGwire, yang meraih rekod home run tertinggi pada satu-satu musim pada tahun 1998. Beliau kemudian menjadi ikon setempat (walaupun reputasinya merosot dalam kalangan peminat Cardinals apabila ada dakwaan penggunaan steroid). Albert Pujols menyertai Cardinals pada tahun 2001 dan membantu pasukannya muncul di Siri Dunia pada tahun 2004 sebelum tewas kepada pasukan Red Sox yang semakin menyerlah. Pada tahun 2006, pasukan Cardinals yang dianggap skuad bukan pilihan mara ke Siri Dunia apabila mereka dengan mudahnya menewaskan pasukan pilihan, Detroit Tigers sekali gus menjadi pasukan juara dengan mencatatkan peratus kemenangan terendah dalam sejarah besbol iaitu 83–79.

Cardinals hanya melakukan satu kemunculan postseason antara tahun 2007 dan 2010. Pada tahun 2011, St. Louis melakukan kebangkitan dramatik untuk mara ke playoff setelah memintas Atlanta Braves untuk layak ke Wild Card dalam tempoh sebulan sebelum tamatnya musim. Cardinals kemudian mengecewakan Philadelphia Phillies dan Milwaukee Brewers dalam postseason untuk layak ke Siri Dunia. Cardinals akhirnya menewaskan Texas Rangers dalam tujuh perlawanan.

Selepas tewas dalam aksi National League Championship Series (NLCS) kepada bakal juara San Francisco Giants pada 2012, Cardinals sekali lagi meneruskan kemaraan ke Siri Dunia pada 2013 sebelum dikalahkan oleh Red Sox dalam enam perlawanan. Momentum kejayaan pasukan ini diteruskan pada 2014 apabila meraih gelaran divisyen dan layak ke NLCS tetapi tewas kepada Giants. Selepas merekodkan lima kelayakan ke postseason berturut-turut pada 2015, Cardinals akhirnya gagal ke playoff pada 2016. Pasukan ini tidak dapat beraksi di postseason sehingga tahun 2019 apabila Cardinals merangkul gelaran divisyen dan mara ke pusingan NLCS sebelum kecundang kepada Washington Nationals. Cardinals juga layak ke playoff pada tahun 2020 dan 2021 tetapi keputusan kedua-duanya menyaksikan pasukan ini mengalami kekalahan di pusingan Wild Card.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a.k.a. Busch Stadium (II) (1966–1982)
  2. ^ a.k.a. Cardinal Field (1917–1920), League Park (1899–1911), Sportsman's Park (II) (1893–1899)
  3. ^ a.k.a. Busch Stadium (I) (1953–1966)
  4. ^ Pada 1981, Cardinals menghasilkan rekod terbaik di East Division. Namun, mogok yang dilancarkan pada pemain pada pertengahan musim memaksa aksi musim dibahagikan kepada dua bahagian. St. Louis menamatkan kedua-dua bahagian musim itu di tangga kedua dan terlepas aksi postseason.
  5. ^ Pada 2001, Cardinals dan Houston Astros mengakhiri musim dengan rekod serupa iaitu 93–69 dan seri di tempat pertama carta Central Division. Cardinals menuntut ia sebagai kejuaraan bersama tetapi ditolak oleh MLB.[4] Bagi pengundian playoff, slot NL Central diserahkan kepada Houston manakala aksi Wild Card pula diberikan kepada St. Louis.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Getzenberg, Alaina (September 18, 2017). "Schmidt's vision inspired iconic red bird logo". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada December 2, 2018. There are few logos in baseball as closely linked to a team as the "Birds on the Bat" is to the Cardinals. The red birds that are now inseparable from the Cardinal name, however, were not featured by the team in its earliest days. Rather, the name originally referred to the color cardinal red.
  2. ^ "Cardinals announce Stifel as club's first jersey patch sponsor". Cardinals.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. May 2, 2023. Dicapai pada May 28, 2023. “We are proud to partner with Stifel in unveiling our first jersey patch sponsor,” said St. Louis Cardinals President Bill DeWitt III. “We worked closely with Ron Kruszewski and his team at Stifel on the patch design to make sure it fit tastefully on our iconic uniform, and they even agreed to slightly modify their word mark to fit the red and blue color combination that we use for our classic ‘Birds on the Bat’ logo. Both Ron and I are confident that this design strikes the perfect balance between preserving the integrity of our uniform while providing great exposure for Stifel.”
  3. ^ "St. Louis Cardinals: Additional Club Art" (PDF). MLB Properties,Inc. Dicapai pada January 17, 2023.
  4. ^ "St. Louis Cardinals History". ESPN. September 19, 2004. Dicapai pada October 1, 2019.
  5. ^ Hechtman, Jim (2018-05-04). "How the Cardinals Strategy Leads to Success". The Hechtman Group (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-13.
  6. ^ Noles, Chris (February 25, 2013). "3 Reasons the St. Louis Cardinals Have Had so Much Homegrown Success". Bleacher Report (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-13.
  7. ^ "St. Louis Cardinals Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference.com. Dicapai pada February 13, 2013.
  8. ^ Eisenbath 1999: 251
  9. ^ "Front Office Directory". Cardinals.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada June 25, 2020.
  10. ^ Langosch, Jenifer (June 30, 2017). "Cards promote Mozeliak, name Girsch GM". Cardinals.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada June 25, 2020.
  11. ^ Saunders, Patrick (August 2, 2012). "Cardinals fans get another vote as best in baseball". The Denver Post. Dicapai pada July 1, 2016.
  12. ^ "Busch Stadium facts". St. Louis Cardinals. Diarkibkan daripada yang asal pada December 19, 2015. Dicapai pada July 1, 2016.
  13. ^ "St. Louis Cardinals Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 11, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]