Cleveland Guardians

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cleveland Guardians
Musim 2024 Cleveland Guardians
Ditubuhkan pada 1894
Berpusat di Cleveland sejak 1900
Fail:Guardians winged "G".svg
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Fail:MLB-ALC-CLE-Uniform.png
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Biru kelasi, merah, putih
                  
Nama
  • Cleveland Guardians (2022–kini)
  • Cleveland Indians (19152021)
  • Cleveland Napoleons/Naps (19031914)
  • Cleveland Bronchos (1902)
  • Cleveland Bluebirds/Blues (19011902)
  • Cleveland Lake Shores (1900)
  • Grand Rapids Rippers (18941899)
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (2)
AL Pennant (6)
AL Central Kejuaraan Divisyen (11)
Kemunculan Wild card (2)
Pejabat pengurusan
Pemilik
PengurusTerry Francona
Pengurus BesarMike Chernoff
Presiden Operasi BesbalChris Antonetti

Cleveland Guardians merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Cleveland. Guardians telah beraksi di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) Central. Sejak tahun 1994, pasukan ini telah beraksi di gelanggang Progressive Field. Sejak penubuhan pasukan sebagai pelopor Major League pada tahun 1901, pasukan ini telah menjuarai 11 pennant American League dan dua kejuaraan Siri Dunia (pada tahun 1920 dan 1948). Kemarau Siri Dunia sejak tahun 1948 merupakan kemarau terpanjang yang masif aktif dalam kalangan 30 pasukan Major League kini.[1] Nama samaran pasukan ini ialah Guardians of Traffic, sebagai rujukan kepada ukiran tugu Art Deco 1932 oleh Henry Hering yang terletak di bersebelahan Progressive Field.[2][3] Maskot pasukan ini ialah "Slider".[4] Fasiliti pasukan ketika latihan musim bunga ialah di Goodyear Ballpark di Goodyear, Arizona.[5]

Pasukan ini pada awalnya dikenali sebagai Grand Rapids Rippers pada tahun 1894. Taraf pasukan ini sebagai pasukan minor league telah berpusat di Grand Rapids, Michigan dan beraksi di Western League. Pasukan ini kemudiannya berpindah ke Cleveland pada tahun 1900 sebelum nama pasukan berubah menjadi Cleveland Lake Shores.[6] Western League juga berubah nama menjadi American League sebelum musim 1900 manakala pasukan ini terus mengekalkan statusnya sebagai pasukan minor league. Apabila American League diisytiharkan sebagai major league pada 1901, Cleveland menjadi salah satu daripada lapan pasukan awal yang menyertainya. Dengan mengguna pakai nama Cleveland Bluebirds atau Blues pada awalnya, pasukan ini secara tidak rasmi disebut Cleveland Bronchos pada tahun 1902. Mulai tahun 1903, pasukan ini dikenali sebagai Cleveland Napoleons atau Naps, sempena nama kapten pasukan mereka iaitu Nap Lajoie.

Berikutan pemergian Lajoie pada musim 1914, pemilik kelab Charles Somers meminta penulis besbol untuk mencadangkan nama baru untuk pasukan. Mereka telah memilih nama Cleveland Indians sebagai penghargaan nama samaran yang diberikan oleh peminat kepada pasukan Cleveland Spiders ketika Louis Sockalexis, seorang orang asal Amerika beraksi untuk pasukan.[7][8] Nama terus melekat dan digunakan selama lebih daripada satu abad. Nama samaran lain yang biasa digunakan untuk Indians ialah "the Tribe" dan "the Wahoos" (Wahoo merujuk kepada logo lama, Chief Wahoo). Selepas Indians dilanda kontroversi kesan daripada kontroversi maskot orang asli Amerika, pasukan ini mengguna pakai nama Guardians mulai musim 2021.[9][10][11][2][12]

Sehingga penghujung musim 2022, rekod menang-kalah Guardians secara keseluruhannya ialah 9,684–9,214.[13]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasukan ini bermula sebagai pasukan minor league yang berpangkalan di Grand Rapids, Michigan dan berpindah ke Cleveland pada tahun 1900. Pasukan ini diangkat ke status major league pada tahun 1901 dan dikenali sebagai Cleveland Bluebirds atau Blues. Kemudian mereka dikenali sebagai Cleveland Bronchos pada tahun 1902 sebelum mengguna pakai nama “Naps” pada tahun berikutnya sebagai tanda penghargaan kepada bintang baru pasukan, Nap Lajoie. Pada tahun 1915, pemilik pasukan Charles Somers meminta akhbar tempatan untuk mencari nama baru pasukan dan "Indians" akhirnya telah terpilih. Pada tahun 1916, pasukan ini telah membawa masuk Tris Speaker yang seterusnya membantu Indians meraih kejuaraan Siri Dunia pertama pada tahun 1920.

Indians tidak muncul di postseason buat selama 28 tahun tetapi kebangkitan pasukan ini telah diingati. Pada tahun 1948, Indians yang dikendalikan oleh pemain pengurus Lou Boudreau, Anugerah Pemain Terbaik American League pada tahun itu dan bakal penerima Dewan Kemahsyuran di samping pemain-pemain lain seperti Larry Doby, Bob Feller, Bob Lemon dan Satchel Paige membantu Indians menjuarai Siri Dunia kedua pasukan setelah menewaskan Boston Braves.

Indians meraih 111 kemenangan pada tahun 1954 tetapi disingkirkan oleh New York Giants pada aksi Siri Dunia. Kemudian, Indians menempuh tempoh kemerosotan apabila mencatatkan 27 daripada 34 musimnya dengan rekod kekalahan iaitu antara tahun 1960 dan 1993. Terdapat legenda popular yang menganggap tempoh ini sebagai “sumpahan Rocky Colavito,” apabila pasukan Indians menjual Colavito, yang mengetuai home run terbanyak di American League kepada Detroit Tigers bagi menukarkan beliau dengan Harvey Kuenn, yang mendahului liga dari statistik purata pukulan pada tahun 1959.

Di bawah kendalian pengurus Mike Hargrove, pasukan Indians kembali bangkit dan menjuarai lima gelaran AL Central berturut-turut dari tahun 1995 sehingga 1999. Pasukan ini juga mara ke Siri Dunia sebanyak dua kali (tewas kedua-duanya). Kejayaan pasukan ini disorotkan kepada aksi pemain-pemain seperti Manny Ramírez, Omar Vizquel dan Jim Thome. Populariti stadium baru Cleveland, Jacob Fields telah mendorong kepada rekod jualan tiket Indians dalam 455 perlawanan berturut-turut iaitu antara tahun 1995 dan 2001. Kemudian, pasukan ini akhirnya merosot. Cleveland hanya mencatatkan dua rekod kemenangan musim dari tahun 2002 sehingga 2012 tetapi musim 2007 berakhir dengan kekalahan dramatik kepada juara dunia edisi berkenaan, Boston Red Sox di aksi AL Championship Series.

Pada tahun 2013, Indians di bawah pengurus baru Terry Francona telah mencatatkan 24 kemenangan lebih berbanding musim sebelumnya sekali gus melakar kejutan kemaraan ke postseason. Akan tetapi, pasukan ini tertewas di aksi playoff Wild Card. Menjelang tiga tahun kemudian, Indians memenangi gelaran divisyen biarpun berdepan masalah kecederaan dalam kalangan barisan pemain pitcher pasukan. Cleveland kemudian hanya tertewas satu perlawanan di playoff AL dalam laluan menuju ke Siri Dunia sebelum mereka kecundang kepada Chicago Cubs. Cleveland terus memenangi gelaran divisyen lain pada 2017. Dalam usaha mencapai kejayaan tersebut, pasukan ini telah meraih 22 kemenangan berturut-turut sekali gus menghasilkan rekod baru MLB tetapi musim tersebut berakhir dengan kekecewaan apabila mereka kalah di pembukaan siri playoff. Indians merangkul gelaran divisyen ketiga berturut-turut pada tahun 2018 tetapi tewas sekali lagi di playoff. Rekod kemenangan berturut-turut Cleveland berakhir dengan menghuni tempat kedua divisyen pada 2019.

Selepas beberapa tahun kontroversi terhadap nama pasukan, Cleveland telah menukarkan namanya kepada Guardians sebelum musim 2022.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malam, hari minggu dan perlawanan-perlawanan terpilih dari tahun 1937 sehingga 1946

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Axisa, Mike (November 3, 2016). "Now that Cubs are champs, Indians have MLB's longest World series drought". CBS Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada June 14, 2018. Dicapai pada November 3, 2016. So, with the Cubs finally on top, the longest championship drought in baseball now belongs to the team they beat – the Indians. Cleveland has not won a World Series since way back in 1948.
  2. ^ a b Bell, Mandy (July 23, 2021). "New for '22: Meet the Cleveland Guardians". MLB.com (dalam bahasa Inggeris). MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada July 23, 2021. Dicapai pada July 24, 2021.
  3. ^ "Cleveland MLB team officially changes name to 'Guardians'". SportsNet. July 23, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada July 23, 2021. Dicapai pada July 23, 2021.
  4. ^ "Slider: Guardians Mascot". CLEGuardians.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2021. Dicapai pada March 5, 2022.
  5. ^ "Goodyear Ballpark". CLEGuardians.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada December 8, 2017. Dicapai pada July 4, 2019.
  6. ^ Adler, David; Kelly, Matt (October 23, 2016). "History lesson: 20 amazing Cubs and Indians facts". MLB.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada December 14, 2020. Dicapai pada July 4, 2019. The Indians' history actually begins in Grand Rapids, Mich., where they were known as the Grand Rapids Rippers of the Western League from 1894–99. The franchise then moved to Cleveland and became known as the Lake Shores before joining the brand-new American League in 1901.
  7. ^ Bell, Mandy (December 21, 2020). "History of Cleveland's baseball team name". MLB.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada December 21, 2020. Dicapai pada August 22, 2021.
  8. ^ "Timeline". CLEGuardians.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada August 7, 2020. Dicapai pada August 22, 2021.
  9. ^ Bell, Mandy (November 17, 2021). "Cleveland set for 'Guardians' name transition". CLEGuardians.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada November 20, 2021.
  10. ^ "Cleveland Indians announce decision to change current team name". CLEGuardians.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. December 14, 2020. Dicapai pada July 25, 2021.
  11. ^ Waldstein, David; Schmidt, Michael S. (December 13, 2020). "Cleveland's Baseball Team Will Drop Its Indians Team Name". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada December 14, 2020. Dicapai pada May 4, 2021.
  12. ^ Hoynes, Paul (July 23, 2021). "Cleveland Indians choose Guardians as new team name". The Plain Dealer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 25, 2021. Dicapai pada July 24, 2021.
  13. ^ "Cleveland Indians Team History & Encyclopedia". Baseball Reference. Sports Reference LLC. Diarkibkan daripada yang asal pada February 19, 2011. Dicapai pada May 22, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]