Chicago Cubs

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chicago Cubs
Musim 2024 Chicago Cubs
Ditubuhkan pada 1876
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Fail:MLB-NLC-CHC-Uniform.png
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Biru, merah, putih[1][2]
                  
Nama
  • Chicago Cubs (1903–kini)
  • Chicago Orphans (1898–1902)
  • Chicago Colts (1890–1897)
  • Chicago White Stockings (NL) (1876–1889)
Gelaran lain
  • The Cubbies
  • The North Siders
  • The North Side Nine
  • The Boys in Blue
  • The Lovable Losers
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (3)
NL Pennant (17)
NA Pennants (1)
Central Kejuaraan Divisyen (6)
East Division titles (2)
Kemunculan Wild card (3)
Pejabat pengurusan
PemilikThomas S. Ricketts
Laura Ricketts
Pete Ricketts
Todd Ricketts
Joe Ricketts
PengurusDavid Ross
Pengurus BesarCarter Hawkins
Presiden Operasi BesbalJed Hoyer

Chicago Cubs ialah sebuah pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Chicago. Cubs bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) divisyen Pusat. Cubs beraksi di venue Wrigley Field, yang terletak di bahagian utara Chicago. Cubs merupakan salah satu daripada dua pasukan MLB yang berpusat di Chicago selain Chicago White Sox, yang merupakan anggota American League (AL) divisyen Pusat. Cubs pada awalnya dikenali sebagai White Stockings merupakan anggota penubuh NL pada 1876 sebelum ia berubah menjadi Chicago Cubs pada tahun 1903.[3][4]

Sepanjang sejarah pasukan, Cubs telah beraksi dalam 11 perlawanan Siri Dunia. Pasukan Cubs pada tahun 1906 telah mencatatkan 116 kemenangan dengan merekodkan 116–36 sebelum mereka kecundang kepada White Sox dalam Siri Dunia ("The Hitless Wonders"). Cubs seterusnya memenangi dua pencapaian Siri Dunia berturut-turut pada 1907 dan 1908 sekali gus menjadi pasukan MLB pertama yang beraksi di tiga kejuaraan Siri Dunia berturut-turut dan pasukan pertama yang memenanginya secara dua kali berturut-turut. Pada baru-baru ini, Cubs meraih kemenangan Siri Dunia pada 2016 sekali gus mengakhiri penantian selama 71 tahun bagi kejayaan pennant National League dan penantian 108 tahun kemarau kejuaraan Siri Dunia.[5] Kedua-duanya menjadi rekod kemarau dalam sejarah MLB.[6][7] Bahkan penantian selama 108 tahun itu juga merupakan kemarau terpanjang dalam liga sukan utama di Amerika Syarikat dan Kanada.[8] Sejak permulaan permainan di divisyen, Cubs tampil dalam postseason sebanyak 11 kali sehingga tahun 2022.[9][10]

Cubs juga dikenali sebagai "the North Siders", yang merujuk kepada lokasi Wrigley Field di dalam bandaraya Chicago dan ia bertentangan dengan White Sox, di mana arena venuenya (Guaranteed Rate Field) terletak di South Side.

Sehingga tahun 2022, Cubs telah merekodkan 11,161–10,609.[11]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Chicago Cubs pada asalnya dikenali sebagai "Chicago White Stockings". Pasukan ini merupakan anggota National League (NL) pada 1876 dan memperoleh beberapa kejayaan. Pasukan yang dipimpin oleh Cap Anson meraih enam kejuaraan NL dalam sebelas penglibatan pertama pasukan. Sebelum mengguna pakai nama Cubs pada tahun 1903 (nama Cubs pertama kali diasosiasikan dengan pasukan ini pada tahun sebelumnya), pasukan ini telah menggunakan pelbagai nama seperti Colts dan Orphans. Musim terbaik Cubs hadir pada tahun 1906 apabila mereka mencatatkan 116 kemenangan dan merekodkan peratus kemenangan .763 walaupun pasukan ini berakhir dengan kekalahan kepada musuh tradisi Chicago White Sox dalam aksi Siri Dunia. Walau bagaimanapun, gelaran Siri Dunia pada tahun 1907 dan 1908 berjaya direbut oleh Cubs sekali gus menjadikannya pasukan pertama meraih dua gelaran Siri Dunia berturut-turut.

Pada tahun 1916, Cubs berpindah ke Weeghman Park (yang dibuka pada 1914) dan seterusnya, ia bertukar nama kepada "Wrigley Field" pada tahun 1926. Stadium Cubs tersebut kini masih digunakan dan menjadi stadium besbol kedua tertua (selepas Fenway Park milik Boston Red Sox yang mula digunakan pada 1912). Pada era 1910-an dan 1920-an, Cubs menempa sedikit pencapaian dengan merangkul kejuaraan NL pada tahun 1910 dan 1918. Dari tahun 1929 hingga 1938, Cubs mendominasi NL apabila meraih empat pennant (1929, 1932, 1935 dan 1938) hasil sumbangan pemadang tengah, Hack Wilson, catcher Gabby Hartnett, penjaga bes kedua Rogers Hornsby.

Setelah musim 1938, Cubs hanya meraih satu kemenangan musim sehingga tahun 1945 apabila mereka meraih kejayaan pennant NL. Pada tahun itu, aksi Siri Dunia dikenali sebagai “Curse of the Billy Goat” (versi cerita berbeza-beza). Pada aksi keempat Siri, pemilik pub Billy Sianis diapksa untuk meninggalkan Wrigley Field selepas beliau membawa kambing peliharaannya. Setelah pengusiran beliau, Sianis dikatakan telah membuat kutukan ke atas pasukan Cubs. Cubs kemudiannya tidak dapat beraksi di Siri Dunia buat selama lebih daripada 70 tahun.

Sejarah Cubs setelah tahun 1945 ditandakan dengan pelbagai nasib yang berbeza-beza. Pada tahun 1969, Cubs mendahului divisyen mereka (beraksi di NL Eastern Division) hampir seluruh musim. Hanya tinggal berbaki lapan perlawanan pada pertengahan Ogos sebelum musim berakhir tetapi Cubs akhirnya dipintas di belakang New York Mets yang akhirnya menjuarai Siri Dunia. Pada tahun 1984, Cubs dilihat berjaya mengakhiri kemarau Siri Dunia tetapi pada aksi penentu kejuaraan National League Championship Series (NLCS) menentang San Diego Padres, permainan ground ball melepasi kaki penjaga bes pertama Leon Durham sekali gus membolehkan Padres menewaskan Cubs. Pada tahun 2003, Cubs sekali lagi cuba mara ke acara Siri Dunia dan mereka berjaya mendahului tiga perlawanan ke atas Florida Marlins dalam NLCS. Hanya tinggal lima out sahaja lagi untuk mengesahkan tempat Cubs ke Siri Dunia tetapi Cubs terlepas peluang berharga apabila peminat menghalang usaha penangkapan bola oleh pemadang luar Moises Alou di berhampiran kawasan tempat duduk penonton lalu ia dikira sebagai pop foul (dikenali sebagai Peristiwa Steve Bartman). Cubs akhirnya tewas dalam permainan dan siri.

Walaupun berdepan kekecewaan, pada tahun 2008, Cubs menjadi pasukan kedua dalam sejarah Major League Baseball yang merekodkan 10,000 kemenangan. Dengan pimpinan pengurus Lou Piniella, penjaga bes pertama Derrek Lee, penjaga bes ketiga Aramis Ramírez, pemadang luar Alfonso Soriano, catcher Geovany Soto (yang meraih Anugerah Rookie Terbaik pada 2008) dan pelempar Ryan Dempster, Carlos Zambrano dan Ted Lilly, Cubs meraih dua kejuaraan NL Central Division berturut-turut pada 2007 dan 2008 buat kali pertama dalam tempoh 100 tahun buat pasukan ini mara ke pusingan playoff dalam dua musim berturut-turut. Pada 2009, Cubs meraih musim kemenangan tetapi tersingkir daripada aksi playoff. Menjelang musim berikutnya, Cubs melangkah ke tempoh kekalahan yang berpanjangan.

Pada tahun 2011, Cubs membawa masuk pengurus am Theo Epstein, yang pernah memimpin pasukan Boston Red Sox menamatkan kemarau 86 tahun pada tahun 2004. Epstein merombak Cubs dengan pemain-pemain muda antaranya penjaga bes ketiga Kris Bryant dan penjaga bes pertama Anthony Rizzo. Pada tahun 2015, Cubs mencatatkan kemaraan yang tidak dijangka ke postseason apabila mereka tewas kepada Mets dalam NLCS. Pada tahun berikutnya, Cubs mencatatkan 103 sekali gus meletakkan rekod kemenangan tertinggi diraih oleh Cubs dalam kurun ini. Cubs selanjutnya berjaya merangkul kejuaraan divisyen. Dalam aksi postseason, Cubs memenangi NLCS dan berjaya menempah tiket ke Siri Dunia buat kali pertama semenjak tahun 1945. Cubs akhirnya menoktahkan kemarau selama 108 tahun apabila mengatasi cabaran Cleveland Indians 3-1 untuk melakar kejuaraan pertama Siri Dunia.

Pada tahun 2017, Cubs mencatatkan rekod pertama dalam sejarah pasukan apabila mara ke NLCS buat kali ketiga berturut-turut sebelum mereka disingkirkan oleh Los Angeles Dodgers. Chicago mara ke pusingan playoff keempat berturutan pada tahun 2018 tetapi berakhir dengan kekalahan dalam aksi Wild Card. Cubs merosot kembali pada tahun 2019 dengan hanya meraih 84 kemenangan dan terlepas aksi playoff pada penghujung musim apabila Cubs berdepan lima kekalahan berturut-turut pada minggu terakhir musim. Pada musim 2020, apabila kempen dipendekan akibat pandemik COVID-19, Cubs kembali ke pusingna playoff tetapi tertewas dalam aksi Wild Card. Kemudian, Epstein mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan. Walaupun Chicago memulakan musim dengan baik pada 2021, satu siri kekalahan berpanjangan telah meleburkan harapan pasukan untuk layak ke postseason dan ia menyebabkan Cubs terlepas beberapa tonggak utama seperti Rizzo dan Bryant.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Best Cubs baseball cards". Cubs.com. MLB Advanced Media. June 11, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada June 14, 2021. Dicapai pada February 20, 2023. The Cubs' iconic blue-and-red colors look great no matter what, and they're echoed by the border around the bottom half of the card, which also features Topps' famous MLB rookie card stamp and the Cubs' logo emanating a red aura.
  2. ^ Garro, Adrian (July 4, 2018). "Kyle Schwarber showed up to work on the Fourth of July in a bright red, white and blue beard". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada August 19, 2019. The Cubs' color scheme is already perfectly suited for the Fourth of July – red, white and blue logo, pinstripe jerseys, it's a great look.
  3. ^ Adler, David; Kelly, Matt (October 23, 2016). "History lesson: 20 amazing Cubs and Indians facts". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada May 2, 2022. The Cubs were one of the original teams to make up the National League when it was founded in 1876, and they have played in Chicago for all 141 years since then. They are the only franchise to play continuously in the same city since the Senior Circuit's inception.
  4. ^ Thorn, John (May 4, 2015). "Why Is the National Association Not a Major League … and Other Records Issues". OurGame.MLBlogs.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada November 1, 2015. The National Association, 1871–1875, shall not be considered as a 'major league' due to its erratic schedule and procedures, but it will continue to be recognized as the first professional baseball league.
  5. ^ "Dodgers vs. Cubs – 10/22/16". MLB.com. MLB Advanced Media. October 22, 2016. Dicapai pada October 15, 2020.
  6. ^ Helyar, John (April 2, 2007). "Lovable losers? Not at this sale price". ESPN. Dicapai pada August 24, 2009.
  7. ^ Nadel, John (October 5, 2008). "Wait 'til next year, again: Cubs eliminated by LA". Yahoo! Sports. Associated Press. Dicapai pada October 5, 2008.
  8. ^ Bastian, Jordan; Muskat, Carrie (November 2, 2016). "Cubs are heavy wait champions!". Major League Baseball Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada November 30, 2017. Dicapai pada November 3, 2016.
  9. ^ "Cubs Clinch Central Division Title After Cardinals Lose to Brewers". NBC Chicago. WMAQ. 27 September 2020. Dicapai pada 12 July 2021. the Cubs have now won eight division titles
  10. ^ Briscoe, Tony (2 October 2018). "As heavy rains, heat waves become more common, fans could see more baseball games postponed". Chicago Tribune. Dicapai pada 12 July 2021. The Cubs locked up a fourth-straight postseason berth...
  11. ^ "Chicago Cubs Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-11.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]