Hassanuddin Salim
YB Hassanuddin Salim ADN | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Kuala Semantan | |
Memegang jawatan 29 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Nor Azmi Mat Ludin |
Penolong Setiausaha Perikatan Nasional Pahang | |
Memegang jawatan 27 Mac 2021 | |
Pengerusi | Muhyiddin Yassin |
Setiausaha Perhubungan PAS Pahang | |
Memegang jawatan 2019 | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Butiran peribadi | |
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | Perikatan Nasional |
Pekerjaan | Ahli politik |
Hassanuddin Salim ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Setiausaha PAS Negeri Pahang. Dalam gabungan Perikatan Nasional negeri Pahang, beliau dilantik sebagai penolong setaiusaha negeri[1]..
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Hasanuddin yang berasal dari Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh, Pahang. Beliau yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam. Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
Penglibatan politik[sunting | sunting sumber]
Hassanuddin Salim pernah menjadi calon di DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 tetapi tewas dengan majoriti 1,615 undi di tangan Datuk Zaharuddin Abu Kassim. Beliau juga pernah bertanding di DUN Lanchang pada pilihan raya umum 2004 namun tewas kepada calon BN, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin[2].
Dalam pilihan raya kecil Kerdau 2011, beliau sekali lagi telah mewakili PAS menentang Syed Ibrahim Syed Ahmad dari BN-UMNO, namun tewas[3]. Dalam pilihan raya umum 2018 pula, beliau bertanding di kerusi DUN Kuala Semantan, namun tewas kepada Datuk Nor Azmi Mat Ludin (BN) dalam pertandingan tiga penjuru bersama calon PKR, Syed Hamid Syed Mohamed[4].
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Bernama (27 Mac 2021). "Saifuddin appointed Pahang PN chairman". Malay Mail. Dicapai pada 11 Julai 2021.
- ^ "Hassanuddin Salim". PRU di Sinar. Dicapai pada 11 Julai 2021.
- ^ "Pilihanraya Kecil DUN Kerdau Hasanuddin Salim Calon PAS", Zulkbo.com, 25 Februari 2011.
- ^ Amin Ridzuan Ishak (28 April 2018). "Sharkar berdepan 4 calon termasuk bekas wartawan". BHarian. Dicapai pada 11 Julai 2021.