Podocnemis unifilis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kura-kura Kepala Kuning Sungai Amazon
Kura-kura muda
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. unifilis
Nama binomial
Podocnemis unifilis
Troschel, 1848[1]
Sinonim
  • Emys cayennensis Schweigger, 1812: 298.[2]
  • Chelys (Hydraspis) Cayennensis, Gray, 1831: 17[3]
  • Hydraspis Cayennensis, Gray, 1831: 42
  • Emys Terekay Schinz, 1833: 41
  • Podocnemis dumeriliana Duméril & Bibron, 1835: 387 (in part)
  • Podocnemis unifilis Troschel, 1848: 647
  • Podocnemis tracaya Coutinho, 1868: 149
  • Chelonemys dumeriliana, Gray, 1870: 83 (in part)
  • Podocnemis cayennensis, Siebenrock, 1902: 1623

Podocnemis unifilis ialah kura-kura leher sisi, yang juga dikenali sebagai Kura-kura Kepala Kuning Sungai Amazon atau Kura-kura Bintik Kuning Sungai Amazon[4] iaitu salah satu daripada kura-kura terbesar di Amerika Selatan.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kepalanya berbintik kuning

Kura-kura ini boleh membesar sehingga 45cm panjang dan berat mencecah 8kg. Mempunyai warna hitam atau coklat. Berkarapas lonjong. Nama "kepala kuning" atau "bintik kuning" merujuk kepada kewujudan warna kuning yang terdapat pada kepalanya. Warna ini jelas pada kura-kura muda dan semakin pudar apabila mereka dewasa. Kura-kura betina boleh membesar dua kali ganda berbanding kura-kura jantan.

Bahagian plastron kura-kura

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Kura-kura betina bertelur dua kali setahun, dengan empat hingga 35 biji sekali bertelur. Mereka membina sarang di kawasan berpasir, berhampiran tebing-tebing sungai. Telur kemudiannya menetas selepas 66 ke 159 hari dilahirkan. Lazimnya, mereka membina sarang ketika musim kemarau supaya sarang yang dibina tidak musnah dibanjiri air.

Peliharaan[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, kura-kura ini ada dijual di kedai-kedai haiwan eksotik. Anak kura-kura yang dibela boleh diberikan pelet kura-kura sebagai diet mereka.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Troschel, H. (1848). Amphibien, p. 645-661. In Schomburgk, R. (ed.), Versuch einer Zusammenstellung der Fauna and Flora von Britisch-Guiana. Leipzig.
  2. ^ Schweigger, A.F. (1812). Prodromus monographiae cheloniorum. Konigsbergeiv Für Naturwissenschaften und Mathematik. 1:271-368.
  3. ^ Gray, J.E. (1831). Synopsis Reptilium or short descriptions of the species of reptiles. Part 1. Cataphracta, tortoises, crocodiles, and enaliosaurians. Treuttel, Wurtz & Co., London.
  4. ^ Podocnemis unifilis, Reptile Database
  5. ^ http://www.reptilesmagazine.com/Care-Sheets/Yellow-spotted-River-Turtle-Care-Sheet/
  • Tortoise & Freshwater Turtle Specialist Group (1996). "Podocnemis unifilis". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 1996: e.T17825A97397562. doi:10.2305/IUCN.UK.1996.RLTS.T17825A7506933.en. Dicapai pada 9 January 2018. Listed as Vulnerable (VU A1acd v2.3)
  • Ernst, Carl H., and Roger W. Barbour (1989). Turtles of the World, Smithsonian Institution Press, Washington, D.C., and London.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]