Erymnochelys madagascariensis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Erymnochelys)
Jump to navigation Jump to search

Erymnochelys madagascariensis
Madagascar Bighead Turtle (Erymnochelys madagascariensis) (9620525421).jpg
Gambar diambil di Rizab Hidupan Liar Berenty
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Pleurodira
Keluarga: Podocnemididae
Genus: Erymnochelys
Baur, 1888
Spesies: E. madagascariensis
(Grandidier,1867)[1]
Nama binomial
Erymnochelys madagascariensis[1]

Erymnochelys madagascariensis atau Kura-kura Kepala Besar Madagascar[1] ialah kura-kura yang endemik dan boleh ditemui di kawasan berair seperti sungai dan tasik di barat Madagascar. Kura-kura ini dianggap sebagai haiwan terancam genting dan disenaraikan sebagai kura-kura paling terancam di dunia pada tahun 2018.[2] Meskipun hampir mencapai kepupusan, kura-kura ini masih lagi dijadikan makanan eksotik dan dieksport keluar dari Madagascar ke negara-negara Asia bagi memenuhi permintaan pasaran perubatan tradisional. Program pembiakan semula telah dimulakan bagi mengelakkan spesies ini pupus. Sebuah badan antarabangsa, The Turtle Conservation Fund (TCF) telah memohon dana kewangan sebanyak $5.6 juta bagi membiayai 'Pelan Tindakan Glonal' selama lima tahun merangkumi projek pemuliharaan dan pembiakan, kawalan perdagangan, pembinaan pusat-pusat bantuan, pelan pemuliharaan tempatan, dan program pendidikan.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kura-kura ini ialah salah satu daripada spesies haiwan terancam, dan disenaraikan sebagai salah satu daripada 25 kura-kura terancam oleh Turtle Conservation Funds (TFC). Haiwan ini mempunyai cangkerang berwarna hitam coklat dan berkepala besar. Kura-kura muda memiliki garisan hitam pada cangkerangnya dan semakin pudar apabila dewasa.[3]

Habitat[sunting | sunting sumber]

Spesies ini mendiami kawasan berair seperti sungai, tasik tinggal dan paya. Kebanyakan kura-kura yang lebih muda mendiami kawasan-kawasan anak sungai yang lebih kecil, di mana tempat tersebut lebih selamat dan mudah membesar.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan kura-kura ini ditemui di kawasan tanah-tanah rendah yang terletak di sebelah barat Madagascar.[4]

Ancaman[sunting | sunting sumber]

Haiwan ini sering dieksploitasi untuk memenuhi pasaran makanan eksotik dan perubatan tradisional. Selain itu, mereka juga sering terperangkap pada jaring-jaring ikan dan kayu pancing. Pemusnahan habitat dan pembangunan kawasan juga menyumbang kepada kemerosotan populasi mereka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Rhodin, Anders G.J.; van Dijk, Peter Paul; Inverson, John B.; Shaffer, H. Bradley (2010-12-14). "Turtles of the world, 2010 update: Annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution and conservation status" (PDF). Chelonian Research Monographs. 5: 000.136. doi:10.3854/crm.5.000.checklist.v3.2010. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2010-12-15. 
  2. ^ Gumbs, Rikki; Gray, Claudia; Wearn, Oliver; Owen, Nisha (2018). "Tetrapods on the EDGE: Overcoming data limitations to identify phylogenetic conservation priorities". PLoS One. 13 (4). doi:10.1371/journal.pone.0194680. 
  3. ^ "Madagascar big-headed turtle videos, photos and facts - Erymnochelys madagascariensis". Arkive. 
  4. ^ "Madagascar big-headed turtle videos, photos and facts - Erymnochelys madagascariensis". Arkive. 

Templat:Madagascar-stub