Mswati III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mswati III
Raja Mswati III
Raja Swaziland
Tempoh pemerintahan 25 April 1986 – kini
Kemahkotaan 25 April 1986
Didahului oleh Sobhuza II
Ndlovukati Ntombi Tfwala
Perdana Menteri
Pasangan 15 permaisuri serentak
Putera-puteri
24 anakanda
Kerabat diraja Kerabat Dlamini
Ayahanda Sobhuza II
Bonda Ntombi

Mswati III (diputerakan dengan nama Putera Makhosetive pada 19 April 1968) ialah Raja Swaziland (atau dalam bahasa siSwati, Ingwenyama), dan ketua Kerabat Diraja Swazi. Baginda menggantikan paduka ayahandanya Raja Sobhuza II yang telah mangkat. Raja Mswati diputerakan di Manzini,[1] dan merupakan anakanda tunggal bondanya Ntombi Tfwala. Putera Makhosetive dimahkotakan sebagai Mswati III, Ingwenyama dan Raja Swaziland pada 25 April 1986 pada umur 18 tahun, dan menjadi raja termuda di dunia ketika itu. Bersama ibunya Ntombi, kini Bonda Ratu (Indlovukazi), baginda memerintah sebagai seorang raja mutlak. Raja Mswati III dikenali kerana mengamalkan poligami (walaupun sekurang-kurangnya dua isteri ditentukan oleh negara) dan ketika ini memiliki 15 permaisuri.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Baginda merupakan anakanda kedua dari 67 putera dari Raja Sobhuza II, dan anak tunggal bagi Ntombi Tfwala, juga dikenali sebagai Inkosikati LaTfwala, salah seorang isteri muda Raja. Baginda diputerakan di Hospital Raleigh Fitkin Memorial, hanya empat bulan sebelum Swaziland mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom, dan selepas baginda dan bondanya berangkat balik dari hospital, Duli-duli Yang Maha Mulia bersemayam di kediaman Raja Sobhuza di Etjeni berhampiran Istana Masundwini. Nama keputeraannya ialah Putera Makhosetive (Raja Negeri).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "King Mswati III is born | South African History Online". Sahistory.org.za. 1968-04-19. Dicapai pada 2014-04-26. 
  2. ^ Laing, Aislinn (18 September 2013). "King of Swaziland chooses teenager as 15th wife". Telegraph. London: Telegraph. Dicapai pada 2 Disember 2013. 
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Ntombi Tfwala
(Ratu Pemangku)
Raja Swaziland
1986–
Diikuti oleh:
'