Sazali Samad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sazali Abdul Samad ialah seorang ahli bina badan Malaysia.[1] Sazali dilahirkan di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Mula menjadi ahli bina badan pada tahun 1987, selepas mendaftar menjadi ahli Pusat Latihan Bina Badan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, Kuala Lumpur[2]. Sazali telah berkecimpung dengan sukan bina badan sejak berusia 25 tahun. Selain berlatih di Bukit Aman, Sazali juga mendapat latihan di gimnasium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Sazali juga merupakan salah seorang ahli Persekutuan Bina Badan Malaysia. Sazali telah berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Anak kelahiran Batu Pahat ini, merupakan seorang polis yang berpangkat sub inspektor. Hari terakhir Sazali sebagai anggota polis pada 30hb September 2016. [3] Dalam tahun yang sama, selepas persaraan, Sazali telah menubuhkan Akademi Sazali Samad terletak di i-Tech Tower, Shaftsbury, Cyberjaya, Selangor, bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia sukan bina badan. Akademi ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. [4]

Sazali mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.[5] Dalam tahun 2007, Sazali mula menjadi jurulatih bagi Malaysia bagi persiapan atlet bina badan Malaysia untuk Sukan SEA di Korat. Antara atlet di bawah latihan Sazali ialah Tun Jahafar Abdul Rahim, Mohd Salim Mat Salleh dan Buda Anchah.

Pencapaian & anugerah[sunting | sunting sumber]

Kemenangan pertama Sazali dalam sukan bina badan di Mr. Kuala Lumpur/Selangor bagi kategori Bantamweight (65kg) dalam tahun 1989.[6] Disusuli, kemenangan Mr. Malaysia dalam tahun 1991, yang melayakkannya mewakili negara ke Pertandingan Bina Badan Amatur Asia di Korea Selatan.[7]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2008

  • Naib Juara Pertandingan 2008 IFBB Arnold Classic Bodybuilding, Fitness And Figure

2007

  • Juara Mr. Universe Kejohanan Bina Badan Amatur Dunia ke-61,[8] kategori Lightweight, di Jeju, Korea Selatan

2006

2005

2004

2003

2000

1999

1998

1997

1996

  • Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1995

  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1994

  • Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1993

  • Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia
  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Sukan SEA di Singapura

1992

  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

Anugerah[sunting | sunting sumber]

2007

2014

  • Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)[11]
  • Anugerah Sukan Negara 2014 - Olahragawan Kebangsaan[12]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada September 2015, Sazali telah digantung dari sukan bina badan Malaysia akibat kegagalannya dalam ujian salah guna dadah oleh Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas), diatas kecuaian sendiri dalam memakan makanan tambahan yang mengandungi bahan terlarang tanpa disedarinya, ia mengakibatkan Sazali menerima penggantungan selama 4 tahun.[13] Penggantungan Sazali tidak berkesudahan, selepas menyertai dan memenangi kategori 75kg di Kejohanan China Sport Show Fearless Bodybuilding Physique & Bikini di Shanghai, pada Mei 2018[14], Sazali digantung lagi 4 tahun,[15], sehingga tahun 2023.[16] Justeru, Sazali mengambil keputusan untuk keluar dari Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF).[17]

Bagi meneruskan kerjaya sebagai ahli sukan bina badan, Sazali pernah merayu penggantungannya dikurangkan sebanyak 2 kali, namun ditolak oleh persatuan.[18][19][20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.