Senarai lawatan antarabangsa oleh Al-Sultan Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Al-Sultan Abdullah dengan bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe ketika upacara pertabalan Maharaja Naruhito; Istana Akasaka, Tokyo; Oktober 2019.

Ini ialah senarai lawatan antarabangsa oleh Al-Sultan Abdullah, Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Senarai lawatan anatarabangsa[sunting | sunting sumber]

2019[sunting | sunting sumber]

Negara Tempat Tarikh Butiran Gambar
 Brunei Bandar Seri Begawan, Daerah Tutong 10–11 Februari Berangkat ke Brunei sempena lawatan muhibah ke atas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.
 Arab Saudi Madinah al-Munawwarah, Jeddah, Makkah 12–14 Julai Melawat Makam Muhammad di Masjid Nabawi, Madinah serta menunaikan umrah di Makkah. Selain itu, baginda turut menghadap Raja Arab Saudi Salman ibn Abdulaziz Al Saud dan berbincang berkenaan perihal hubungan Arab Saudi–Malaysia, terutamanya dalam perihal pengurusan jemaah haji Malaysia.[1]
 Brunei Bandar Seri Begawan, Daerah Tutong 18–20 Ogos Berangkat menghadiri majlis diraja yang diketuai Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.[2] Baginda dikurniakan Darjah Kerabat Mahkota Brunei, sementara Raja Permaisuri Agong dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati. Yang di-Pertuan Agong pula menganugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada isteri Sultan Brunei Raja Isteri Saleha. Menghadiri Majlis Santapan Malam bersama rakyat Malaysia di Brunei dan melawat beberapa tempat bersejarah dan pejabat kerajaan Bandar Seri Begawan, termasuk pejabat Majlis Ugama Islam Brunei.[3][4]
 Indonesia Jakarta, Yogyakarta 26–29 Ogos Menghadap Presiden Joko Widodo di Istana Bogor,[5] dan mengadakan lawatan ke Masjid Istiqlal, Jakarta pada 27 Ogos.[6] Pada 29 Ogos, baginda melawat candi Borobudur lalu menyampaikan titah sempena hari kebangsaan Malaysia.[7]
 Jepun Tokyo 21–24 Oktober Menghadiri upacara pertabalan Maharaja Jepun baharu, Naruhito.[8] Selain itu, baginda turut berkenan menghadiri majlis santapan bersama-sama Maharaja dan Maharani Jepun.[9] Baginda turut menghadap Naib Presiden Indonesia Ma'ruf Amin, wakil Indonesia ke upacara pertabalan Naruhito, dan berbincang tentang perihal hubungan Indonesia–Malaysia.[10]
 Emiriah Arab Bersatu Abu Dhabi 29 November–3 Disember Berkenan berangkat atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan ke perlumbaan Formula One Abu Dhabi bagi kejohanan Grand Prix 2019 serta malam pertemuan semula Akademi Tentera Diraja Stadhust anjurannya, di samping berangkat menghadiri majlis hari kebangsaan negara, taklimat perindustrian dan pertemuan dengan rakyat Malaysia. Sementara itu, Raja Permaisuri Agong turut menghadiri persidangan General Women's Union.[11][12]
 United Kingdom London 9–16 Disember Melawat Perpustakaan London dan dibawa melawat koleksi manuskrip Melayu oleh pihak perpustakaan.[13] Baginda juga mengadakan majlis santapan bersama diaspora Malaysia di Royal Lancaster Hotel.[14] Baginda turut mengadakan santapan bersama-sama Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham serta melawat Churchill War Rooms.[15] Baginda menyaksikan pentauliahan tamat latihan anakandanya, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Akademi Tentera Diraja Sandhurst.[16]

2020[sunting | sunting sumber]

Negara Tempat Tarikh Butiran Gambar
 Emiriah Arab Bersatu Abu Dhabi 18–26 Disember Baginda berangkat dan menghadap Menteri Kesihatan dan Pencegahan Dr Abdul Rahman Mohammed Al Owais serta melawat Abu Dhabi National Oil Company. Inti pati lawatan termasuk perihal pemerolehan dan sumbangan vaksin COVID-19 oleh UAE kepada Malaysia.[17]

2021[sunting | sunting sumber]

Negara Tempat Tarikh Butiran Gambar
 United Kingdom London 18–28 September Baginda berangkat melawat Stesen Kuasa Battersea, London yang kini dibangunkan syarikat Malaysia dan Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di Brickendonbury, Hertford. Baginda turut bertemu diaspora Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Belgrave Square, dan The Shire, London. Baginda turut menghadiri jamuan makan malam alumni Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Baginda juga menghadap Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan serta Ketua Staf Pertahanan Sir General Nicholas Patrick Carter.[18]

2022[sunting | sunting sumber]

Negara Tempat Tarikh Butiran Gambar
 Emiriah Arab Bersatu Abu Dhabi 16–17 Mei Berangkat untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Presiden Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan yang mangkat pada 13 Mei, serta menghadiri majlis pertabalan Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan sebagai Presiden baharu.[19]
 Turki Ankara, Istanbul 15–23 Ogos Memperoleh Darjah Negara Republik Turki oleh Presiden Recep Tayyip Erdoğan. Kemudian, menghadap Naib Presiden Fuat Oktay di Hotel JW Marriot, Ankara dan berbincang berkenaan perihal hubungan Malaysia–Turki.[20] Melawat syarikat aeroangkasa, Industri Aeroangkasa Turki serta menemui komuniti pelajar dan masyarakat Malaysia di Turki.[21] Memperoleh anugerah doktor falsafah kehormat oleh Universiti Marmara di Istanbul.[20]
 United Kingdom London 16–21 September Menghadiri istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 10 September atas undangan daripada pihak British sebagai wakil Malaysia bersama-sama Ratu Permaisuri Agong.[22] Menghadap Presiden Singapura Halimah Yacob di Hotel Intercontinental Park Lane, London dan berbincang perkenaan hala tuju hubungan Malaysia–Singapura.[23]
 United Kingdom London 10–16 Oktober Berangkat ke London sempena kunjungan hormat ke atas Baginda Raja Charles III. Baginda juga merasmikan Stesen Janakuasa Battersea di Central London.
 Singapura Singapura 25–28 Oktober Berangkat ke Singapura untuk memperkukuh hubungan dua hala & melawat antaranya ke Asian Civilasations Museum, Edible Garden City & Pusat Pelawat NEWater.
 Emiriah Arab Bersatu Abu Dhabi 4–7 Disember Berangkat ke Abu Dhabi untuk menyaksikan Majlis Pemeteraian Perjanjian antara PETRONAS Abu Dhabi Sdn Bhd dan ADNOC.
 Qatar Doha 14-19 Disember Berangkat ke Qatar atas pelawaan Amir Syeikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena Piala Dunia FIFA 2022. Menghadiri perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir Piala Dunia, menghadap pihak kerajaan Qatar serta diaspora Malaysia.[24]

2023[sunting | sunting sumber]

Negara Tempat Tarikh Butiran Gambar
 Emiriah Arab Bersatu Abu Dhabi 24 Februari–2 Mac Berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan. Baginda juga menzahirkan penghargaan kesudian UAE terima sumbangan 42 tan barangan bantuan kemanusian untuk mangsa gempa bumi Syria.
 United Kingdom London 4–5 Mei Menghadiri istiadat kemahkotaan Raja Charles III dan Camilia bersama dengan Permaisuri Agong atas pelawaan pihak istana British.[25]
 Monaco Monaco 26-30 Mei Lawatan khas atas persilaan Putera Albert Il.
 Jordan Jordan 31 Mei-2 Jun Menghadiri Majlis Perkahwinan Diraja Putera Mahkota Jordan Al Hussein bin Abdullah Il.
 Arab Saudi Madinah al-Munawwarah, Jeddah, Makkah 21 Jun-2 Julai Menunaikan ibadah haji di Tanah Suci, Makkah.
 United Kingdom London 8-15 Ogos Berangkat ke Istiadat Perbarisan Sovereign's Parade Pentauliahan paduka anakanda Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
 Brunei Bandar Seri Begawan, Daerah Tutong 7-9 September Bersemayam di Bandar Seri Begawan sebelum meneruskan jelajah Kembara Kenali Borneo.
 Emiriah Arab Bersatu Dubai 29 November–5 Disember Berangkat ke Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) di Dubai.

2024[sunting | sunting sumber]

Negara Tempat Tarikh Butiran Gambar
 Brunei Bandar Seri Begawan, Daerah Tutong 13-16 Januari Berangkat ke Istiadat Persandingan Diraja Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anisha Adam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Agong departs for home after special visit to Saudi Arabia". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 15 Julai 2019. Dicapai pada 20 September 2022.
  2. ^ "Daya usaha kunci kejayaan hubungan dua hala Malaysia-Brunei". Berita Harian. 20 Ogos 2022. Dicapai pada 20 September 2022.
  3. ^ "Lambaian kasih Brunei, Al-Sultan Abdullah selesai lawatan negara". Sinar Harian. 20 Ogos 2022. Dicapai pada 20 September 2022.
  4. ^ "Agong lawat Majlis Ugama Islam Brunei". Sinar Harian. 20 Ogos 2019. Dicapai pada 20 September 2022.
  5. ^ Kautsar, Maulana (28 Ogos 2022). "Kecantikan 3 Putri Raja Malaysia Saat Kunjungan di Indonesia". Dream.co.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 20 September 2022.
  6. ^ "Agong pukul beduk Masjid Istiqlal". Berita Harian. 27 Ogos 2019. Dicapai pada 20 September 2022.
  7. ^ "Permaisuri Agong zahir harapan Malaysia terus aman, diberkati". Astro Awani. 29 Ogos 2022. Dicapai pada 20 September 2022.
  8. ^ "Agong, Permaisuri saksi pertabalan Maharaja Jepun". Harian Metro. 22 Oktober 2019. Dicapai pada 20 September 2022.
  9. ^ "Agong berkenan adakan lawatan khas ke Jepun". Sinar Harian. 21 Oktober 2019. Dicapai pada 20 September 2022.
  10. ^ "Bertemu Raja Malaysia, Ma'ruf Amin Titip TKI". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 22 Oktober 2019. Dicapai pada 20 September 2022.
  11. ^ "Agong tiba di Abu Dhabi bagi lawatan peribadi". Berita Harian. 29 November 2019. Dicapai pada 20 September 2022.
  12. ^ "Malaysia's Queen commends Sheikha Fatima's role in empowering Emirati women". Emirates News Agency (dalam bahasa Inggeris). 30 November 2019. Dicapai pada 20 September 2022.
  13. ^ "Agong lawat Perpustakaan British". Harian Metro. 11 Disember 2019. Dicapai pada 20 September 2022.
  14. ^ Othman, Zaharah (12 Disember 2019). "King and Queen dine with Malaysian diaspora in UK". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 September 2022.
  15. ^ "Agong hopes for enhanced Msia-UK ties following election". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 14 Disember 2022. Dicapai pada 20 September 2022.
  16. ^ "Agong hadir majlis graduasi ketenteraan anakanda". Harian Metro. 14 Disember 2019. Dicapai pada 20 September 2022.
  17. ^ "Agong satisfied with visit to Abu Dhabi, arriving home tomorrow". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 25 Disember 2020. Dicapai pada 21 September 2022.
  18. ^ "Agong expresses satisfaction over special visit to UK". The Sun Daily (dalam bahasa Inggeris). 28 Oktober 2021. Dicapai pada 20 September 2022.
  19. ^ Raja Rahim, Raja Noraina (17 Mei 2022). "Agong berkenan menghadap Presiden UAE". Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2022.
  20. ^ a b "Agong berkenan terima menghadap Naib Presiden Turkiye". Harian Metro. 18 Ogos 2022. Dicapai pada 20 September 2022.
  21. ^ "Agong zahir rasa kagum teknologi dimiliki Turkish Aerospace Industry". Astro Awani. 18 Ogos 2022. Dicapai pada 20 September 2022.
  22. ^ "Foreign Ministry: Agong, Raja Permaisuri to represent Malaysia at funeral ceremony of Queen Elizabeth". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 14 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2022. Dicapai pada 14 September 2022.
  23. ^ "Malaysia-Singapura - Agong perkenan terima menghadap Presiden Singapura". Astro Awani. 19 September 2022. Dicapai pada 20 September 2022.
  24. ^ "Agong berangkat ke Doha, Qatar bagi lawatan khas". Sinar Harian. 13 Disember 2022. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  25. ^ "Agong, Raja Permaisuri tiba di London". Berita Harian. 4 Mei 2023. Dicapai pada 5 Mei 2023.