Seramlicious

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seramlicious ialah gelaran kepada penulis-penulis Malaysia daripada syarikat penerbitan Kumpulan Media Karangkraf, Buku Prima yang beraliran genre seram, debaran dan yang seangkatan dengannya.

Antara penulis yang berada di bawah kumpulan Seramlicious ialah:

  • Zaifuzaman Ahmad
  • Saidee Nor Azam
  • Syasya Bellyna
  • Ebriza Aminnudin
  • Ninie Othman
  • Salleh Kausari
  • Maria Kajiwa
  • A. Darwisy
  • Helmi Effendy
  • Eqbal Mohaydeen
  • Aida Adia
  • Aziah Zainal
  • Hasrudi Jawawi
  • Ilya Abdullah
  • Julie Jasmin
  • Sufi Abqari
  • Naim Tamdjis
  • Suzani Nadzir
  • Zyra Safiya
  • Akma Saidon
  • Fazrin Fauzi

Profil Seramlicious[sunting | sunting sumber]

Zaifuzaman Ahmad[sunting | sunting sumber]

Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan daripada ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.

Beliau merupakan mentor dan penulis nombor satu seram di Buku Prima. Sebagai penulis berpengalaman, beliau tidak lokek menurunkan ilmu dan membimbing para perantis dengan gaya masing-masing.

Antara karya beliau yang sudah diterbitkan ialah:

  • Cerita Satu Malam
  • Bilik 616
  • Bicara Sebuah Diari
  • Dendam Semalam
  • Rahsia Mimpi
  • Rintihan Mazliza
  • Teratak Kenari
  • Angkara Saka
  • Jalan Terakhir
  • Klon
  • Pocong Balik Rumah
  • Trauma
  • Prank, Projek Seram Wad - Buku Prima (2016)

Saidee Nor Azam[sunting | sunting sumber]

Penulis dari Terengganu ini mempunyai banyak bakat. Selain menulis puisi serta deklamator semenjak di zaman persekolahan sehingga melanjutkan plajaran ke UiTM, beliau juga pandai melukis. Beliau merupakan seorang mentor yang tidak lokek berkongsi ilmu.

Saya bermula menulis skrip mini teater dalam tahun 2002 dan 2004. (Pernah mendapat no.1) Di awal 2007 mula membuat rujukan untuk kisah MARGASATWA. 2008 mula menggarap novel cinta tragis. (Suka2) Tak siap sebab rasa macam bukan jiwa saya. 2011 secara serius menulis HINGGA HUJUNG WAKTU. 2013 menulis secara total novel Margasatwa dan berjaya diterbitkan pada 2014. Setelah 7 tahun research termasuk menjengah sendiri ke Tasik Kenyir. 2014 menulis TOPENG BERDARAH, POTRET dan kisah Thriller dalam satu masa. Tetapi hold sekejap kesemua manuskrip tu dan menyiapkan Novelet MARINA utk KALA SENJA DIA DATANG. Siap aje KALA SENJA DIA DATANG, Writer's Block menyerang. Almost 1 year tak menulis. Pertengahan 2015 mula kembali menulis MANUSCRIPT tapi kena hold sebab permintaan kawan2 mahukan MARGASATWA 2 (M2). Jadi saya menyiapkan M2. Di akhir 2015 saya menulis LOMBONG dan ke LPT2 untuk buat research novelet baru. Novelet2 tu bakal terbit 2016. Sekarang 2016... LOMBONG dah terbit sekarang menunggu ketibaan novel penuh MANUSCRIPT dan kisah seram di LPT2. Semuanya di bawah label Buku Prima. Selepas MANUSCRIPT agak2nya?

Antara karya beliau yang sudah diterbitkan ialah:

  • 1. Hingga Hujung Waktu – Buku Prima (2012)
  • 2. Margasatwa - Buku Prima (2014)
  • 3. Kala Senja Dia Datang - Buku Prima (2014)
  • 4. Margasatwa 2 - Buku Prima (2015)
  • 5. Projek Seram Lombong - Buku Prima (2016)
  • 6. Manuscript - Buku Prima (2016)
  • 7. Projek Seram Highway - Buku Prima (2016)
  • 8. Marina - Buku Prima (2017)
  • 9. Projek Seram Tanah - Buku Prima (2017)
  • 10. Projek Thriller Rantai - Buku Prima (2018)
  • 11. Kisah Seram Malam Jumaat vol 5 - Buku Prima (2018)
  • 12. Topeng Berdarah - Buku Prima (2018)

Syasya Bellyna[sunting | sunting sumber]

Penulis yang berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan lulusan daripada Universiti Utara Malaysia dalam pengkhususan Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian (Law, Goverment, international Studies). Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya selain genre cinta bersama GBK semenjak 2014.

Saya bermula dalam penulisan ini semenjak di bangku sekolah sehingga terealisasikan cita-cita untuk melihat karya saya dalam bentuk cetakan dan diterbitkan pada tahun 2014. Saya pernah tersenarai Top 4 dalam Pertandingan Puisi Bermontaj anjuran DBP dan salah seorang pemenang dalam mencipta sajak secara spontan pada tahun 2005 di Kuantan, Pahang ketika di tingkatan 6, giat berpidato, menulis puisi, melukis dan pelbagai lagi, namun kepuasan dalam bidang penulisan lebih terasa. Selepas memenangi hadiah utama bersama dua lagi pemenang dalam Pertandingan Menulis Cerpen bersama Fair & Lovely Malaysia dengan kerjasama Alaf21, saya tidak berpaling ke belakang lagi.

Antara karya beliau dalam genre seram/debaran bersama GBK ialah:

  • Hujan Rintik-rintik, Antologi Gaun berdarah - Alaf21 (2014)
  • Malam Ogos, Permainan Maut - Buku Prima (2015)
  • Wujud, Projek Seram Istana Lama, Buku Prima (2016)
  • Obses, Alaf 21 (2016)

Ebriza Aminnudin[sunting | sunting sumber]

Beliau antara nama besar yang sudah berkecimpung dalam dunia penulisan sejak sekian lama. Pengalaman beliau amat berharga buat perantis-perantis Seramlicious. Terkenal dengan tagline-nya, 'Cu, tolong nenek cu.', ia membuktikan bakat beliau dalam genre seram. Beberapa kali karya graduasi UiTM ini diulang cetak dan mendapat permintaan tinggi.

Antara karya beliau ialah:

  • Vila Amira Syakila
  • Kubur Bernyawa, Buku Prima (2015)
  • Atuk, Buku Prima (2015)
  • Pena, Antologi Permainan Maut - Buku Prima (2015)
  • Wad 13, Projek Seram Wad - Buku Prima (2016)

Ninie Othman[sunting | sunting sumber]

Penulis muda ini berasal dari Terengganu dan berdarah Melayu campuran Sarawak. Beliau melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana muda di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang selama 3 tahun dalam jurusan Sains Politik. Beliau mempunyai minat mengarang sejak di bangku persekolahan lagi. Masa yang terluang selepas tamat waktu sekolah akan digunakan untuk menulis cerpen dan manuskrip yang ketika itu hanya disimpan sebagai bahan bacaan sendiri. Beliau mula mendedahkan manuskrip yang bertulis tangan kepada rakan-rakan sekelas ketika di tingkatan 6 dan mendapat maklum balas yang amat positif.

Pada pertengahan tahun 2014, bab demi bab novel "MEREMANG" dipos di portal ILHAM dan mendapat reaksi yang sangat baik sehingga ia dipilih untuk diterbitkan di bawah label Buku Prima dan berada di pasaran pada bulan Januari 2015. Kini, "MEREMANG" sudah diulang cetak sebanyak 2 kali di atas permintaan para pembaca.

Selain novel penuh, penulis ini juga menghasilkan novel-novel antologi seram dan debaran gabungan 4 orang penulis dan akan terus menghasilkan novel-novel bergenre seperti ini pada masa hadapan. Graduasi dari Universiti Sains Malaysia ini terkenal dengan tagline-nya, Mak Tam datang ni!
Antara karya beliau ialah:

  • Meremang, Buku Prima (2015)
  • Bell-boy, Projek Seram Hotel - Buku Prima (2016)
  • Projek Seram Highway - Buku Prima (2016)

Salleh Kausari[sunting | sunting sumber]

Salleh Kausari

Pemilik nama Salleh Kausari ini diambil daripada laman blog Kausar (Kreatif) dan nama yang beliau gunakan semasa mula-mula berkecimpung dalam dunia dalam talian. Beliau aktif berkarya di blog Pena VR (http://skausari.blogspot.com) dan mencuba pelbagai jenis genre penulisan termasuk novel, cerpen dan puisi. Hasil tulisan beliau merangkumi pelbagai kisah cinta, masyarakat, debaran, seram dan spiritual. Karya-karya beliau bersama GBK ialah:

  • Antologi Gaun Berdarah, Alaf21 (2014)
  • Sumpahan Ling Chi, Buku Prima (2016)

Maria Kajiwa[sunting | sunting sumber]

Maria Kajiwa berasal dari Ayer Keroh, Melaka. Beliau ialah mentor dan idola para perantis Seramlicious. Karya-karya beliau sentiasa menjadi sebutan para pembaca. Antara karya beliau bersama Buku Prima ialah:

  • Suara Tengah Malam
  • Lengloi, Buku Prima (2015)
  • Puja, Buku Prima (2014)
  • Gumanthong, Anak Patung Nana - Buku Prima (2015)
  • Gundik Uyang - Projek Seram, Istana Lama - Buku Prima (2016)

A. Darwisy[sunting | sunting sumber]

Pemuda yang bernama Anuar Darwisy ini sudah menulis banyak karya seram selain cinta. Beliau antara penulis yang menjadi sebutan di kalangan pembaca kerana gaya penulisannya dan idea yang sempurna. Antara nukilan beliau ialah:

  • Antologi Jiwa Kacau: Gaun Berdarah, ALaf 21 (2014)
  • Kala Senja Dia Datang, Buku Prima (2014)
  • Awak Ni Hantu Ke?, Buku Prima (2015)
  • Jangan Biar Dia Masuk, Buku Prima (2015)
  • Tanah Rizab Jin, Projek Seram Lombong, Buku Prima (2016)
  • Jangan Biar Dia Masuk II (2016)
  • Amukan Jembalang Tanah (2017)
  • LRT, Projek Seram Terowong (2017)

Helmi Effendy[sunting | sunting sumber]

Nur Hilmi bin Afandi atau nama penanya Helmi Effendy atau HE ialah seorang penulis novel, aktivis sejarah dan aktivis masyarakat untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), The Patriots itu sendiri. Setakat ini, beliau ialah salah seorang barisan pengurusan TP Press, sebuah rumah penerbitan yang ditubuhkan untuk membantu perjuangan NGO The Patriots yang beliau asaskan bersama sahabat beliau sendiri. Beliau juga merupakan penulis bebas dalam penulisan skrip filem dan drama, selain membuat penterjemahan karya Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Graduan Diploma In Media And Communication dari Universiti Selangor (UNISEL) ini menghasilkan beberapa buah karya bersama GBK. Antara karya beliau ialah:

  • Epidemik T, Buku Prima (2013)
  • The Lost World, Buku Prima (2014)
  • Dari Alam Lain, Buku Prima (2015)
  • Permainan Maut, Buku Prima (2015)
  • Purbakala, Projek Seram Istana - Buku Prima (2016)
  • Zon Hitam, Projek Seram Airport - Buku Prima (2016)
  • Pendekar, Projek Thriller Vape - Buku Prima (2017)
  • Aras 77, Projek Seram Lif - Buku Prima (2017)
  • Kem Motivasi, Kisah Seram Malam Jumaat - Buku Prima (2017)
  • Klimaks - Buku Prima (2017)
  • Menggunung - Buku Prima (2018)

Aida Adia[sunting | sunting sumber]

Beliau yang sebelum ini menghasilkan karya-karya berunsur cinta turut mengembangkan bakatnya dalam penulisan kreatif bergenre seram. Daripada Lovelicious hingga Seramlicious, beliau sangat berbakat. Antara karya seram bersama Buku Prima ialah:

  • Nenek, Tolong Keluar - Permainan Maut, Buku Prima. (2015)

Aziah Zainal[sunting | sunting sumber]

Penulis baru ini merupakan salah seorang perantis seram di Buku Prima. Karya-karya beliau menghiasi naskhah-naskhah terbaru Buku Prima. Antara karya beliau ialah:

  • Tamu Tak Diundang, Projek Seram Hotel - Buku Prima (2016)

Hasrudi Jawawi[sunting | sunting sumber]

Hasrudi bin Jawawi telah dilahirkan pada 3 April 1986 di Kampung Parit Yusof, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Pemegang diploma di Institut Teknologi Pertama (Kolej Legenda), Mantin, Negeri Sembilan dalam kursus HND Civil Engineering dan diploma lanjutan dalam jurusan Pengurusan Projek Landskap di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Parit Raja, Batu Pahat, Johor ialah seorang penulis yang berdedikasi, cekal dan berpengalaman.
Antara karya penulis lovelicious dan seramlicious ini bersama GBK ialah:

  • Tangisan Berdarah
  • Kau Kuseru
  • Town Mall, Buku Prima (2015)
  • Badarsila, Projek Seram Lombong - Buku Prima (2016)
  • Bourre 304, Projek Seram Wad - Buku Prima (2016)

Ilya Abdullah[sunting | sunting sumber]

Beliau bukan penulis baru dalam dunia penulisan dan boleh digelar orang lama. Karya-karya beliau sentiasa mendapat tempat di hati pembaca. Ilya Abdullah yang pernah bekerja di MPH Bookstore juga merupakan pengilustrasi dan berminat dengan seni lukisan komik.

Pada tahun 2008, muncul dengan karya pertama dengan nama pena Qurratu Ain. Novel "Coke and Sundae" diterbitkan pada tahun 2010 dengan nama pena Ilya Abdullah. Karya tersebut pernah tersenarai dalam anugerah pilihan popular Berita Harian. Pada tahun 2013, hasil karya Nomik (novel grafik + novel + komik) yang bertajuk Awek Skuter menemui pembaca. Menjelang 2012, Novel 566 Hari Mencari Cinta diangkat menjadi telemovie di astro dengan tajuk Setahun Setengah Mencari Cinta di bawah Zeel Production.

Melangkah sebagai Seramlicious pada tahun 2016, beliau hadir dengan karya-karya menarik.

Antara karya beliau bersama GBK ialah:

  • Qarin, Buku Prima (2016)
    Projek Seram - CERMIN (2016)

Julie Jasmin[sunting | sunting sumber]

Nyrit! Nyrit! Dengan bunyi-bunyian begitu, penulis Julie Jasmine berjaya melekatkan ingatan pembaca kepada karya seramnya yang pertama. Antara karya beliau ialah:

  • Tarantula, Buku Prima (2015)
  • Hospital Melorsari, Projek Seram Wad - Buku Prima (2016)

Sufi Abqari[sunting | sunting sumber]

Sufi Abqari, dilahirkan pada 3 desember 1983 di Besut, Terengganu. Anak kedua daripada enam beradik ini mula menulis menerusi portal Ilham Karangkraf dan dari situ, bakatnya dikesan menerusi cerpen 'Abang! Jom main sorok-sorok'. Kini, beliau sedang menyiapkan karya seterusnya untuk terbitan 2016. Antara karya beliau ialah:

  • Sorok-sorok, Antologi Anak Patung Nana, Buku Prima (2015)
  • Projek Seram Highway - Buku Prima (2016)

Naim Tamdjis[sunting | sunting sumber]

Penulis yang berkelulusan Sarjana Sains Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini berasal dari Negeri Sembilan. Novel sulungnya bersama GBK kerap diulang cetak. Antara karya beliau ialah:

  • Antologi Jiwa Kacau: Gaun Berdarah, ALaf21 (2014)
  • Roh Rumah Sewa, Buku Prima (2015)
  • Gentayangan, Projek Seram Hotel - Buku Prima (2016)
  • Projek Seram Istana (2016)
  • Barongan
  • Projek Seram Pulau (2016)

Suzani Nadzir[sunting | sunting sumber]

Peguam muda ini bermula sebagai pembaca dan kerana bakat besarnya, beliau diserap sebagai Seramlicious. Antara karya beliau ialah:

  • Anak Patung Nana, Antologi Anak Patung Nana, Buku Prima (2015)
  • Projek Seram Cermin, Buku Prima (2016)

Zyra Safiya[sunting | sunting sumber]

Salah seorang orang lama dan pelopor genre seram di Buku Prima.

Saka Tok Mun, Dendam Pewaris, The Doll, Rasuk, Penunggu Cinta, Pendamping, hingga projek seram Lombong... setiap satu ada kenangan tersendiri... inspirasi, gangguan, dan kekangan.

Karya-karya beliau mantap.

Antara nukilan beliau ialah:

  • Penunggu Cinta
  • Dendam Pewaris
  • Pendamping, Buku Prima (2015)
  • Lolongan, Projek Seram Lombong - Buku Prima (2016)
  • Rasuk
  • Saka Tok Mun

Akma Saidon[sunting | sunting sumber]

  • Projek Seram Highway - Buku Prima (2016)