Sharifah Farah Adriana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sharifah Farah Adriana
Yang Amat Mulia
Keputeraan (2001-03-04) 4 Mac 2001 (umur 23)
Hospital Zolikerberg, Zurich, Switzerland
Nama penuh
Sharifah Farah Adriana Binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
KerabatIstana Arau, Perlis
AyahandaTuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
BondaTuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil
AgamaIslam

Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana Binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (diputerakan pada (2001-03-04)4 Mac 2001 di Hospital Zolikerberg, Zurich, Switzerland) merupakan anakanda kedua dan puteri bongsu kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Mulia mendapat pendidikan awal di The International School of Penang (Uplands), Pulau Pinang pada tahun 2008 sehingga 2011 dan di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Perlis pada tahun 2011 sehingga 2013 serta mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Beliau juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar, Perlis pada tahun 2014 hingga 2015 seterusnya di Prince of Wales Island International School (POWISS), Pulau Pinang pada tahun 2015 sehingga 2017.

Yang Amat Mulia kemudian menyambung pengajian di peringkat Asasi Perniagaan di RMIT University Melbourne, Australia pada tahun 2017 sehingga 2018. Beliau kemudian menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di RMIT University Kampus Melbourne pada tahun 2018 dan berjaya menamatkan pengajian sarjana mudanya pada 13 Julai 2021.[1]

Beliau seterusnya menyambung pengajian di peringkat Sarjana (Master) dari tahun 2021 sehingga 2022 dan seterusnya berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa di Universiti Monash kampus Bandar Sunway, Selangor.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Mulia meminati pelbagai jenis sukan dan pernah mewakili sekolah dalam bola sepak, bola jaring, olahraga, bola baling dan bola tampar selain pernah menyertai Persatuan Karate Budokan.

Beliau juga pernah menganjurkan pertandingan bola sepak Piala Sharifah Farah Adriana edisi pertama pada 11 Mac 2017 dan edisi kedua pada 2 Julai 2017. Yang Amat Mulia pernah menghadiri Majlis Pelancaran Jersi pasukan bola sepak Perlis Northern Lions yang berlangsung di Putra Regency Hotel, Kangar pada 25 Januari 2019.

Yang Amat Mulia turut menggemari muzik, aktiviti riadah dan lasak, menonton filem, menyanyi serta pernah menjalankan perniagaan food truck ‘Keria Gula Melaka’ di Kangar, Perlis.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Mulia merupakan salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) dan Penaung Hermission House Extreme Sports Club (HHESC). Beliau juga baru memulakan kerjaya sebagai Ketua Komunikasi di sebuah syarikat penjualan alat-alat sukan dari luar negara pada 15 Mac 2023.

Yang Amat Mulia pernah mengikuti beberapa kursus termasuk ‘Disaster Management Workshop’ oleh International Disaster Response Network (IDRN) Humanitarian International Services Group (HISG) dari Colorado Spring Amerika Syarikat; ’First Aid Courses In Every Government Department’ anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis; ‘Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang’ oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan MAIPs serta ‘Komunikasi Efektif Melalui Lakaran – Mempertingkatkan Prestasi Dan Produktiviti Organisasi’.

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Sharifah Farah Adriana
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku
  • 4 Mac 2001 – kini: Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Media Mulia (28 Februari 2023). "Sharifah Farah Adriana Binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menerima Ijazah Sarjana Muda dari Royal Melbourne Institute Of Technology (RMIT) University di Melbourne, Australia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 November 2023.
  2. ^ Suzi (28 Mac 2023). "Anakanda kedua DYTM Raja Muda Perlis berjaya menamatkan pengajian Master of International Business". Nona. Dicapai pada 12 November 2023.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]