Sideros
Sideros | |
---|---|
Kronologi | |
Pentakrifan semula yang dicadangkan | 2630–2420 Ma Gradstein et al. |
Penurunan pengelasan dicadangkan | Neoarkean Gradstein et al. |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Tempoh |
Unit stratigrafi | Sistem |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Ditakrif secara kronometri |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA | 1991[1] |
Takrif sempadan atas | Ditakrif secara kronometri |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSA | 1991[1] |
Sideros (Bahasa Yunani Kuno: σίδηρος , sídēros , bermaksud "besi") ialah nama untuk tempoh geologi pertama dalam Era Paleoproterozoik dan berlangsung dari 2500 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke 2300 jtd. Berbanding berdasarkan stratigrafi, tarikh ini ditakrifkan secara kronometrik.
Pemendapan formasi besi berjalur memuncak pada awal tempoh ini. Formasi kaya besi ini terbentuk disebabkan sianobakteria anaerobik menghasilkan sisa oksigen yang digabungkan dengan besi, membentuk magnetit (Fe3O4, besi oksida). Proses ini mengeluarkan besi dari lautan Bumi, mungkin menjadikan laut jelas kehijauan. Akhirnya, dengan tiada baki besi di lautan untuk berfungsi sebagai sinki oksigen, proses itu membenarkan pembentukan atmosfera yang kaya dengan oksigen. Peristiwa susulan kedua ini dikenali sebagai malapetaka oksigen dengan sesetengah ahli geologi percaya yang ia mencetuskan pengglasieran Huronian.[2][3]
Sejak tempoh masa dari 2420 jtd ke 2250 jtd ditakrifkan dengan baik oleh pinggir bawah lapisan pemendapan besi, tempoh alternatif bernama Oksigenian, berdasarkan stratigrafi dan bukannya kronometri, telah dicadangkan pada tahun 2012 dalam semakan skala masa geologi.[4]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Plumb, K. A. (June 1, 1991). "New Precambrian time scale". Episodes. 14 (2): 139–140. doi:10.18814/epiiugs/1991/v14i2/005.
- ^ Kasting, James F.; Ono, Shuehi (2006). "Paleoclimates: The First Two Billion Years". Philosophical Transactions: Biological Sciences. 361 (1470): 917–929. doi:10.1098/rstb.2006.1839. JSTOR 20209693. PMC 1868609. PMID 16754607.
- ^ Kopp, Robert E.; Kirschvink, Joseph L.; Hilburn, Isaac A.; Nash, Cody Z. (2005). "The Paleoproterozoic Snowball Earth: A climate disaster triggered by the evolution of oxygenic photosynthesis" (PDF). PNAS. 102 (32): 11131–11136. doi:10.1073/pnas.0504878102. PMC 1183582. PMID 16061801.
- ^ Gradstein, F. M.; dll., penyunting (2012). The Geologic Time Scale 2012. 1. Elsevier. m/s. 361–365. ISBN 978-0-44-459390-0.