Pennsilvania (geologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pennsilvania
323.2 ± 0.4 – 298.9 ± 0.15 Ma
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiSubtempoh
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahKewujudan pertama konodon Declinognathodus nodiliferus.
Sempadan bawah GSSPArrow Canyon, Nevada, Amerika Syarikat
36°44′00″N 114°46′40″W / 36.7333°N 114.7778°W / 36.7333; -114.7778
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP1996[1]
Takrif sempadan atasKewujudan pertama konodon Streptognathodus isolatus dalam morfotip kronoklin Streptognathodus wabaunsensis.
Sempadan atas GSSPAidaralash, Ural Mountains, Kazakhstan
50°14′45″N 57°53′29″E / 50.2458°N 57.8914°E / 50.2458; 57.8914
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP1996[2]

Pennsilvania (juga dikenali sebagai Karbon Atas atau Karbon Akhir) ialah nama untuk subtempoh/subsistem yang termuda di bawah Tempoh Karbon pada skala masa geologi ICS. Ia berlangsung dari kira-kira 323.2 juta tahun dahulu sehingga ke 298.9 juta tahun dahulu. Seperti kebanyakan unit geokronologi yang lain, lapisan dasar batu yang mentakrifkan subtempoh Pennsilvania dapat dikenal pasti dengan baik, tetapi tarikh tepat permulaan dan akhir tidak pasti dalam beberapa ratus ribu tahun. Subtempoh Pennsilvania dinamakan sempena negeri Pennsylvania di AS, yang merupakan tempat tersebarnya lapisan dasar pengeluar arang pada subtempoh itu.[3]

Pembahagian antara subtempoh Pennsilvania dan subtempoh Mississippi berasal dari stratigrafi Amerika Utara. Di Amerika Utara yang merupakan kawasan dengan lapisan dasar Karbon awal yang kebanyakannya merupakan batu kapur marin, subtempoh Pennsilvania pada masa lalu dianggap bertaraf tempoh geologi sepenuhnya antara subtempoh Mississippi dan tempoh Perm. Di bahagian Eropah, subtempoh Mississippi dan subtempoh Pennsilvania merupakan satu jujukan yang lebih kurang berterusan bagi mendapan benua tanah rendah, dan dikumpulkan bersama di bawah Tempoh Karbon. Skala masa geologi ICS yang digunakan di peringkat antarabangsa pada masa kini menarafkan Mississippi dan Pennsilvania sebagai "subtempoh" di bawah tempoh Karbon.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Peta geografi umum Amerika Syarikat pada masa pertengahan Pennsilvania

Kulat[sunting | sunting sumber]

Semua kelas kulat moden telah ditemui dalam batuan subtempoh Pennsilvania.[4]

Invertebrata[sunting | sunting sumber]

Bentuk utama kehidupan pada masa ini ialah artropoda. Disebabkan oleh tahap oksigen yang tinggi, artropoda pada ketika itu jauh lebih besar daripada yang moden. Arthropleura yakni spesies saudara gonggok gergasi pada ketika itu merupakan pemandangan biasa dan pepatung gergasi Meganeura terbang di langit.[5]

Vertebrata[sunting | sunting sumber]

Spesies amfibia mempelbagai dan biasa ditemui; ada yang panjang beberapa meter sepanjang orang dewasa. Keruntuhan ekologi hutan hujan pada pertengahan subtempoh Pennsilvania (antara peringkat Moskovian dan peringkat Kasimovian) menghilangkan banyak spesies amfibia yang tidak dapat bertahan dalam keadaan yang lebih sejuk dan kering. Spesies amniot pula berkembang pesat kerana penyesuaian utama tertentu.[6] Salah satu inovasi evolusi terbesar pada tempoh Karbon adalah pada telur amniot, yang membenarkan penerokaan lanjutan di daratan oleh spesies tetrapoda tertentu. Spesies terlibat termasuklah reptilia sauropsida terawal (Hylonomus), dan pelikosaur sinapsida terawal (Archaeothyris). Haiwan kecil seperti cicak cepat membiak banyak keturunan. Haiwan amniot mengalami percambahan evolusi yang besar sebagai tindak balas terhadap iklim yang lebih kering selepas keruntuhan hutan hujan.

Atas sebab tertentu, pelikosaur dapat mencapai saiz yang lebih besar sebelum reptilia dapat, dan gaya ini berterusan sehingga akhir tempoh Perm, apabila keturunan sinodonta mereka menjadi lebih kecil dan nokturnal, apabila arkosaur reptilia mengambil alih, walaupun disinodonta akan kekal sebagai fauna gergasi sehingga mereka mengalami kepupusan pada penghujung tempoh Trias.[6][7] Kebanyakan tetrapoda sebelum keruntuhan hutan hujan kekal lebih kecil, mungkin disebabkan oleh tanah yang diduduki oleh gonggong raksasa, kala jengking, dan serangga terbang. Selepas hutan hujan runtuh, artropoda gergasi hilang, membolehkan tetrapoda amniot mencapai saiz yang lebih besar.

Subbahagian[sunting | sunting sumber]

Subtempoh Pennsilvania telah dibahagikan dengan pelbagai cara. Skala masa antarabangsa ICS mengikut pembahagian Rusia kepada empat peringkat: [8]

  • Basykirian (tertua)
  • Moskovian
  • Kasimovian
  • Gzhelian (termuda)

Di Amerika Utara pula subtempoh Pennsilvania dibahagikan kepada lima peringkat, tetapi tidak sama dengan yang versi Rusia punya, dengan tambahan nama siri Appalakian (yang lebih lama) seperti berikut:[9][10]

  • Peringkat Morrowan, berpadanan dengan bahagian tengah dan bawah Kumpulan Pottsville (tertua)
  • Peringkat Atokan, berpadanan dengan bahagian atas kumpulan Pottsville
  • Peringkat Desmoinesian, berpadanan dengan Kumpulan Allegheny
  • Peringkat Missourian, berpadanan dengan Kumpulan Conemaugh
  • Peringkat Virgilian, berpadanan dengan Kumpulan Monongahela (termuda)

Dalam subbahagian Eropah, zaman Karbon dibahagikan kepada dua epok: Dinantian (awal) dan Silesian (lewat). Silesian bermula lebih awal daripada Pennsilvania dan dibahagikan kepada tiga zaman: [11]

  • Namurian (berpadanan dengan Serpukhovian dan Bashkirian awal)
  • Westphalian (berpadanan dengan Bashkirian akhir, Moskovian dan Kasimovian)
  • Stephanian (berpadanan dengan Gzelian).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lane, H.; Brenckle, Paul; Baesemann, J.; Richards, Barry (December 1999). "The IUGS boundary in the middle of the Carboniferous: Arrow Canyon, Nevada, USA" (PDF). Episodes. 22 (4): 272–283. doi:10.18814/epiiugs/1999/v22i4/003. Dicapai pada 8 December 2020.
  2. ^ Davydov, Vladimir; Glenister, Brian; Spinosa, Claude; Ritter, Scott; Chernykh, V.; Wardlaw, B.; Snyder, W. (March 1998). "Proposal of Aidaralash as Global Stratotype Section and Point (GSSP) for base of the Permian System" (PDF). Episodes. 21: 11–18. doi:10.18814/epiiugs/1998/v21i1/003. Dicapai pada 7 December 2020.
  3. ^ Gradstein, Felix M.; James G. Ogg; Alan G. Smith (2005). A Geologic Time Scale 2004. Cambridge University Press. m/s. 288. ISBN 978-0-521-78673-7.
  4. ^ Blackwell, Meredith, Vilgalys, Rytas, James, Timothy Y., and Taylor, John W. Fungi.
  5. ^ Paul D. Taylor, David N. Lewis (2005). Fossil Invertebrates. The Natural History Museum; First North American edition. m/s. 160. ISBN 0565091832.
  6. ^ a b Sahney, S.; Benton, M.J.; Falcon-Lang, H.J. (2010). "Rainforest collapse triggered Pennsylvanian tetrapod diversification in Euramerica". Geology. 38 (12): 1079–1082. doi:10.1130/G31182.1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "SahneyBentonFerry2010RainforestCollapse" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ Kazlev MA (1998). "Palaeos Paleozoic: Carboniferous: The Carboniferous Period". Diarkibkan daripada yang asal pada March 9, 2012. Dicapai pada March 30, 2012.
  8. ^ Cohen et al. 2013
  9. ^ Rice, Charles L. "Pennsylvanian system". Contributions to the geology of Kentucky. United States Geological Survey. Dicapai pada 26 October 2020.
  10. ^ Kues, Barry S. (November 2001). "The Pennsylvanian System in New Mexico— overview with suggestions for revision of stratigraphic nomenclature" (PDF). New Mexico Geology: 103–122. Dicapai pada 26 October 2020.
  11. ^ Heckel, P.H.; Clayton, G. (2006). "The Carboniferous System. Use of the new official names for the subsystems, series, and stages" (PDF). Geologica Acta. 4 (3): 403–407. doi:10.1344/105.000000354. Dicapai pada 26 October 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]