Pergi ke kandungan

Tonos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tonos
1000 – ~720 Ma
</noinclude>
Peta dunia sewaktu akhir tempoh Tonos, sekitar 750 Ma
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDitakrifkan secara kronometrik
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA1991[1]
Takrif sempadan atasPentakrifan semula secara kronometrik dengan umur ditentukur secara interim pada sekitar 720 Ma.[2] (Sebelum ini ditakrifkan secara kronometrik sekitar 850 Ma)[1]
Calon takrif sempadan atasKemunculan pertama pengglasieran yang meluas.[3]
Calon keratas sempadan atas GSSPAkan ditentukan

Tonos (daripada Bahasa Yunani Kuno: τόνος, tónos, bermaksud "regangan") ialah nama untuk tempoh geologi pertama pada Era Neoproterozoik. Ia bermula sejak 1000 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke 720 jtd. Pentarikhan tempoh ini ditetapkan oleh ICS berdasarkan kaedah kronometri radiometrik bukannya berdasarkan stratigrafi. Tempoh Tonos didahului oleh tempoh Stenos era Mesoproterozoik dan diikuti oleh tempoh Kriogen.

Tempoh Tonos menyaksikan rengkahan benua yang membawa kepada perpecahan adibenua Rodinia (yang telah terbentuk pada pertengahan tempoh Stenos), dan proses ini menjangkaui masa pada julat masa di antara 900 jtd sehingga ke 850 jtd.

Fosil metazoa (haiwan) jangkaan terawal adalah bertarikh pada pertengahan sehingga ke akhir tempoh Tonos (sekitar 890-800 jtd). Fosil Otavia antiqua, yang dihuraikan sebagai bunga karang primitif oleh penemunya dan ramai sarjana lain paling awal bertarikh kira-kira 800 jtd. Malahan fosil seakan bunga karang dalam terumbu yang lebih awal sejak 890 juta tahun sebelum masa kini telah dilaporkan, tetapi identiti sebenar fosil tersebut sangat berkontroversi.[4] Pentarikhan ini adalah konsisten dengan data molekul yang dipulihkan melalui kajian genetik ke atas spesies metazoa moden; kajian yang lebih terkini telah membuat kesimpulan bahawa pangkal pokok filogenetik haiwan adalah dalam tempoh Tonos. [5]

Percabangan evolusi besar pertama untuk makhluk akritark berlaku semasa tempoh Tonos ini.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Plumb, K. A. (June 1, 1991). "New Precambrian time scale". Episodes. 14 (2): 139–140. doi:10.18814/epiiugs/1991/v14i2/005. Dicapai pada 16 January 2023.
  2. ^ Shields, Graham A.; Halversonb, Galen P.; Porter, Susannah M. (2018). "Descent into the Cryogenian". Precambrian Research. 319. doi:10.1016/j.precamres.2018.08.015.
  3. ^ Shields-Zhou, Graham A.; Porter, Susannah; Halverson, Galen P. (2016). "A new rock-based definition for the Cryogenian Period (circa 720 – 635 Ma)". Episodes. 39 (1): 3–8. doi:10.18814/epiiugs/2016/v39i1/89231. ISSN 0705-3797.
  4. ^ Turner, Elizabeth C. (28 July 2021). "Possible poriferan body fossils in early Neoproterozoic microbial reefs". Nature. 596 (7870): 87–91. Bibcode:2021Natur.596...87T. doi:10.1038/s41586-021-03773-z. PMC 8338550 Check |pmc= value (bantuan). PMID 34321662.
  5. ^ Kliman, Richard M. (Apr 14, 2016). Encyclopedia of Evolutionary Biology. Academic Press. m/s. 251. ISBN 9780128004265.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]