Trias Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Trias Tengah
247.2 – ~237 Ma
Keratan Muschelkalk (Schaumkalk) pada epok Trias Tengah di Baden-Württemberg, Jerman
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEpok
Unit stratigrafiSiri
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahTidak ditakrifkan secara formal
Calon takrif sempadan bawah
Calon keratan GSSP sempadan bawah
Takrif sempadan atasDKP amonit Daxatina canadensis
Sempadan atas GSSPPrati di Stuores, Dolomites, Titali
46°31′37″N 11°55′49″E / 46.5269°N 11.9303°E / 46.5269; 11.9303
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP2008[1]

Dalam skala masa geologi, Trias Tengah merupakan nama untuk epok kedua daripada tiga epok yang ada pada tempoh Trias, atau pertengahan kepada tiga siri di bawah sistem Trias jika dibahagikan secara kronostratigrafi. Epok Trias Tengah menjangkau masa antara 247.2 jtd (juta tahun dahulu) dan 237 jtd. Ia didahului oleh Epok Trias Awal dan diikuti oleh Epoch Trias Akhir. Epok Trias Tengah terbahagi kepada usia/peringkat Anisian dan Ladinian.

Dahulu, siri tengah pada sistem Trias ini juga dikenali sebagai Muschelkalk. Nama ini kini hanya digunakan untuk unit tertentu stratum batuan dari Eropah barat yang menjangkau tempoh masa yang seakan dengan epok Trias Tengah.

Kehidupan pada epok Trias Tengah[sunting | sunting sumber]

Selepas berlakunya peristiwa kepupusan Perm–Trias, yakni peristiwa kepupusan yang paling dahsyat antara semua peristiwa kepupusan yang tercatat, kehidupan di Bumi pulih secara beransur-ansur. Sewaktu epok Trias Tengah, banyak kumpulan organisma yang kembali mencapai kepelbagaian yang lebih tinggi, seperti reptilia marin (contoh seperti iktiosaur, sauropterigia, talatosaur), ikan bersirip ruji serta banyak kumpulan invertebrata lain seperti moluska (seperti amonoid, bivalvia, gastropoda).

Epok Trias Tengah masih tidak kelihatan sebarang bukti fosil berkenaan tumbuhan berbunga, sebaliknya hanya terdapat paku-pakis dan lumut. Bentuk dinosaur kecil mula muncul, seperti Nyasasaurus dan iknogenus Iranosauripus.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mietto, Paolo; Manfrin, Stefano; Preto, Nereo; Rigo, Manuel; Roghi, Guido; Furin, Stefano; Gianolla, Piero; Posenato, Renato; Muttoni, Giovanni; Nicora, Alda; Buratti, Nicoletta; Cirilli, Simonetta; Spötl, Christoph; Ramezani, Jahandar; Bowring, Samuel (September 2012). "The Global Boundary Stratotype Section and Point (GSSP) of the Carnian Stage (Late Triassic) at Prati Di Stuores/Stuores Wiesen Section (Southern Alps, NE Italy)" (PDF). Episodes. 35 (3): 414–430. doi:10.18814/epiiugs/2012/v35i3/003. Dicapai pada 13 December 2020.