Pergi ke kandungan

Trias Awal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Trias Awal/Bawah
251.9 – 247.2 Ma
Batu pasir dari Siri Trias Bawah
Kronologi
Etimologi
Nama kronostratigrafiTrias Bawah
Nama geokronologiTrias Awal
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanICS Time Scale
Takrifan
Unit kronologiEpoch
Unit stratigrafiSeries
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahFAD konodon Hindeodus parvus
Sempadan bawah GSSPMeishan, Zhejiang, China
31°04′47″N 119°42′21″E / 31.0798°N 119.7058°E / 31.0798; 119.7058
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP2001[1]
Takrif sempadan atasTIdak ditakrifkan secara rasmi
Calon takrif sempadan atas
Calon keratas sempadan atas GSSP


Trias Awal merupakan nama untuk epok pertama daripada tiga epok pada Tempoh Trias dalam skala masa geologi. Ia menjangkau antara 251.9 juta tahun dahulu (jtd) dan 247.2 jtd. Batuan dari zaman ini secara kolektif dikenali sebagai Siri Trias Bawah, yang merupakan satu unit kronostratigrafi. Epok Trias Awal ialah epok tertua Era Mesozoik. Ia didahului oleh Epok Leping (akhir tempoh Perm, Era Paleozoik) dan diikuti oleh Epok Trias Tengah . Epok Trias Awal terbahagi kepada usia Induan dan usia Olenekian. Usia Induan terbahagi kepada subusia Griesbachian dan subusia Dienerian, manakala usia Olenekian terbahagi kepada subusia Smithian dan subusia Spathian.[2]

Siri Trias Bawah bersamaan dengan Peringkat Scythian, yang kini tidak termasuk dalam skala masa rasmi tetapi boleh didapati dalam catatan ilmiah lama. Di Eropah, kebanyakan Epok Trias Bawah terdiri daripada Buntsandstein, yang merupakan unit lithostratigrafi bagi lapisan dasar benua merah.

Epok Trias Awal dan sebahagiannya daripada epok Trias Tengah menjangkau satu selangan masa untuk pemulihan biotik daripada peristiwa kepupusan Perm-Trias, iaitu peristiwa kepupusan besar-besaran yang paling teruk dalam sejarah Bumi.[3][4][5] Peristiwa kepupusan kedua, peristiwa sempadan Smithian-Spathian, berlaku pada usia Olenekian.[6] Peristiwa kepupusan ketiga berlaku pada sempadan Olenekian-Anisian, menandakan berakhirnya zaman Trias Awal.[7]

Galeri fosil[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hongfu, Yin; Kexin, Zhang; Jinnan, Tong; Zunyi, Yang; Shunbao, Wu (June 2001). "The Global Stratotype Section and Point (GSSP) of the Permian-Triassic Boundary" (PDF). Episodes. 24 (2): 102–114. doi:10.18814/epiiugs/2001/v24i2/004. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 28 August 2021. Dicapai pada 8 December 2020.
  2. ^ Tozer, Edward T. (1965). Lower Triassic stages and ammonoid zones of arctic Canada. Geological Survey of Canada. OCLC 606894884.
  3. ^ Payne, Jonathan L.; Kump, Lee R. (15 April 2007). "Evidence for recurrent Early Triassic massive volcanism from quantitative interpretation of carbon isotope fluctuations". Earth and Planetary Science Letters. 256 (1–2): 264–277. Bibcode:2007E&PSL.256..264P. doi:10.1016/j.epsl.2007.01.034. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2023. Dicapai pada 12 January 2023.
  4. ^ Feng, Xueqian; Chen, Zhong-Qiang; Woods, Adam; Fang, Yuheng (15 November 2017). "A Smithian (Early Triassic) ichnoassemblage from Lichuan, Hubei Province, South China: Implications for biotic recovery after the latest Permian mass extinction". Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology. 486: 123–141. Bibcode:2017PPP...486..123F. doi:10.1016/j.palaeo.2017.03.003. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2023. Dicapai pada 20 January 2023.
  5. ^ Matamales-Andreu, Rafel; Peñalver, Enrique; Mujal, Eudald; Oms, Oriol; Scholze, Frank; Juárez, Josep; Galobart, Àngel; Fortuny, Josep (November 2021). "Early–Middle Triassic fluvial ecosystems of Mallorca (Balearic Islands): Biotic communities and environmental evolution in the equatorial western peri-Tethys". Earth-Science Reviews. 222: 103783. Bibcode:2021ESRv..22203783M. doi:10.1016/j.earscirev.2021.103783. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2022. Dicapai pada 8 December 2022.
  6. ^ Widmann, Philipp; Bucher, Hugo; Leu, Marc; Vennemann, Torsten; Bagherpour, Borhan; Schneebeli-Hermann, Elke; Goudemand, Nicolas; Schaltegger, Urs (2020). "Dynamics of the Largest Carbon Isotope Excursion During the Early Triassic Biotic Recovery". Frontiers in Earth Science. 8 (196): 196. Bibcode:2020FrEaS...8..196W. doi:10.3389/feart.2020.00196.
  7. ^ Song, Haijin; Song, Huyue; Tong, Jinnan; Gordon, Gwyneth W.; Wignall, Paul B.; Tian, Li; Zheng, Wang; Algeo, Thomas J.; Liang, Lei (20 February 2021). "Conodont calcium isotopic evidence for multiple shelf acidification events during the Early Triassic". Chemical Geology. 562: 120038. Bibcode:2021ChGeo.56220038S. doi:10.1016/j.chemgeo.2020.120038. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2022. Dicapai pada 12 December 2022.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Martinetto, Edoardo; Tschopp, Emanuel; Gastaldo, Robert, penyunting (2020). Nature through Time: Virtual field trips through the Nature of the past. Springer International Publishing. ISBN 978-3-030-35057-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]