Neoarkean
Neoarkean adalah era yang termasuk dalam eon Arkean dan berlangsung antara 2800 hingga 2500 juta tahun yang lalu. Zaman ini ditakrifkan secara kronometri dan tidak merujuk pada suatu bahagian lapisan batuan tertentu di Bumi.
Pada era ini, fotosintesis beroksigen pertama kali berkembang dan bertanggungjawab atas bencana oksigen yang akan terjadi kemudiannya pada 2400 juta tahun yang lalu pada era Paleoproterozoik. Peristiwa itu timbul kerana berkumpulnya oksigen beracun di atmosfera yang dihasilkan oleh organisme fotoautotrofi yang berkembang pada era Neoarkean ini.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- (Inggeris) GeoWhen: Neoarchean
Skala waktu geologi: eon dan era
(dalam juta tahun)

Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.