Daerah Alor Gajah
Koordinat: 2°23′N 102°13′E / 2.383°N 102.217°E
Alor Gajah الور ڬاجه |
|||
|
|||
Moto: Alor Gajah Progresif | |||
Negara | ![]() | ||
---|---|---|---|
Negeri | ![]() | ||
Diasaskan | Majlis Luar Bandar Alor Gajah telah disusun semula dan diiktiraf Majlis Daerah Alor Gajah pada 1 Julai 1978. | ||
Kerajaan | |||
- Yang di-Pertua MP Alor Gajah | Yang Berbahagia Encik Abu Bakar Bin Abdul | ||
Kepadatan (menurut bancian tahun 2010) | |||
- Jumlah | 182,666 orang. | ||
Zon masa | MST (UTC+8) | ||
Laman web: http://www.mpag.gov.my/ |
Daerah Alor Gajah merupakan salah satu daerah di Melaka, Malaysia, 24 kilometer dari Bandaraya Melaka dan juga merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Ibu daerah Alor Gajah berpusat di Bandar Alor Gajah. Daerah Alor Gajah yang mengandungi tiga buah bandar dan 16 buah pekan-pekan kecil. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 66,302 hektar yang merangkumi 31 buah mukim.[1]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.
Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah.
Semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu seorang pegawai British telah ditempatkan di Alor Gajah bagi mengutip hasil. Sesuai dengan peranan dan tanggungjawab tersebut, Pejabat Daerah telah ditubuhkan agar perlaksanaan tugas dapat dijalankan dengan sempurna. Alor Gajah juga terkenal dengan pahlawan Naning iaitu Dato' Dol Said yang menentang British di dalam Perang Naning pada tahun 1832 adalah dari sebuah kawasan hutan yang dipercayai menjadi laluan gajah-gajah liar.Selain itu, Alor Gajah juga pernah mempunyai landasan kereta api dari Pulau Sebang terus ke Bandaraya Melaka (melalui Alor Gajah) tetapi telah ditutup semasa pendudukan Jepun 1942.Stesen Kereta Api Pulau Sebang yang dibuka pada tahun 1905 masih lagi beroperasi pada masa kini yang lebih dikenali dengan nama stesen Kereta Api Tampin/Pulau Sebang. Pihak KTMB sedang merancang untuk membina semula laluan kereta api hingga ke Bandaraya Melaka dari Pulau Sebang. Jika diluluskan projek itu dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Daerah Alor Gajah juga turut terlibat Projek Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik yang sedang giat dilaksanakan sekarang antara Seremban ke Gemas. Lokasi stesen KTMB Pulau Sebang sekarang akan dipindahkan beberapa meter ke arah selatan dari stesen sedia ada. Apabila stesen KTMB Pulau Sebang siap pada tahun 2012 turut dilengkapi dengan Perhentian Bas dan Teksi Pulau Sebang. Hal ini kelak menjadikan Pulau Sebang mempunyai sistem pengangkutan yang bersepadu yang melibatkan kereta api bas dan teksi. Secara tidak langsung Projek Sebang Sentral yang pernah diuar-uarkan menjadi kenyataan. Potensi Bandar Pulau Sebang akan bertambah maju. Limpahan pembangunan bukan sahaja akan berlaku di Bandar Alor Gajah tetapi turut dirasai dengan lain-lain kawasan yang berhampiran. Kerajaan Negeri Melaka mahukan Stesen KTMB Pulau Sebang kelak tidak lagi dibayangi dengan Tampin sebaliknya Stesen KTMB ini merupakan stesen yang terletak di daerah Alor Gajah, Melaka.
Sehingga kini Daerah Alor Gajah telah mempunyai 25 orang Pegawai Daerah sejak tahun 1938.
Pengangkutan[sunting | sunting sumber]
Alor Gajah boleh dihubungi dari Bandaraya Melaka melalui Lebuh AMJ , dari Tampin melalui Jalan Alor Gajah-Tampin
dan dari Masjid Tanah melalui Jalan Alor Gajah-Masjid Tanah
. Dari Lebuhraya Utara-Selatan
AH2 melalui susur keluar Simpang Ampat EXIT 227. Plaza Tol Simpang Ampat kira-kira 5 kilometer dari Bandar Alor Gajah. Alor Gajah merupakan satu-satunya keistimewaan bagi negeri Melaka kerana mempunyai stesen kereta api. Stesen Kereta Api Pulau Sebang / Tampin terletak kira-kira 2 kilometer arah ke Tampin. Satu lagi stesen KTMB daerah Alor Gajah terletak di Tebong. Walau bagaimanapun perkhidmatan kereta api antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Namun demikian kerja-kerja menaik taraf juga dilakukan disebabkan laluan landasan berkembar elektrik turut melalui stesen ini.
Pasar awam Alor Gajah[sunting | sunting sumber]
Pasar awam Alor Gajah terletak berhampiran dengan terminal bas AG Sentral dan premis-premis perniagaan.
Penduduk[sunting | sunting sumber]
Mengikut tahun:[sunting | sunting sumber]
- 1980 : 113,083 orang
- 1991 : 116,653 orang
- 2000 : 132,317 orang
- 2010 : 182,666 orang
Mengikut jantina:[sunting | sunting sumber]
- Lelaki : 65,074
- Perempuan : 67,243
Mengikut kaum:[sunting | sunting sumber]
- Melayu : 95,451
- Bumiputera lain: 902
- Cina : 20,758
- India : 11,389
- Lain-lain : 215
- Bukan Warganegara : 3,602
Mukim di Alor Gajah[sunting | sunting sumber]
Alor Gajah mempunyai keluasan 67,440 hektar. Keluasan mukim-mukim dalam daerah ini adalah seperti berikut:
No. | Mukim-mukim | Keluasan (hektar) |
---|---|---|
1. | Lendu | 2,717 |
2. | Masjid Tanah | 1,956 |
3. | Ramuan Cina Kecil | 1,329 |
4. | Sungai Baru Tengah | 2,181 |
5. | Kuala Sungai Baru | 1,109 |
6. | Sungai Baru Ilir | 3,914 |
7. | Berisu | 2,067 |
8. | Tanjung Rimau | 521 |
9. | Padang Sebang | 834 |
10. | Belimbing | 366 |
11. | Parit Melana | 632 |
12. | Pegoh | 1,829 |
13. | Kelemak | 1,793 |
14. | Taboh Naning | 3,184 |
15. | Melekek | 1,122 |
16. | Rembia | 1,661 |
17. | Pulau Sebang | 705 |
18. | Tebong | 3,414 |
19. | Pekan Kemuning | 2,552 |
20. | Gadek | 1,485 |
21. | Machap | 7,612 |
22. | Melaka Pindah | 2,432 |
23. | Durian Tunggal | 5,180 |
24. | Sungai Petai | 1,780 |
25. | Sungai Baru Ulu | 3,569 |
26. | Beringin | 384 |
27. | Ayer Paabas | 2,961 |
28. | Sungai Siput | 1,953 |
29. | Ramuan China Besar | 1,938 |
30. | Sungai Buloh | 816 |
31. | Kuala Linggi | 2,444 |
Jumlah | 67,440 |
Mukim-mukim kecil[sunting | sunting sumber]
Ia merangkumi beberapa mukim seperti berikut:-[2]
- Mukim Ayer Pa'Abas
- Mukim Belimbing
- Mukim Beringin
- Mukim Brisu
- Mukim Durian Tunggal
- Mukim Gadek
- Mukim Kelemak
- Mukim Kemuning
- Mukim Kuala Linggi
- Mukim Kuala Sungei Baru
- Mukim Lendu
- Mukim Machap
- Mukim Masjid Tanah
- Mukim Malaka Pindah
- Mukim Melekek
- Mukim Padang Sebang
- Mukim Parit Melana
- Mukim Pegoh
- Mukim Pulau Sebang
- Mukim Ramuan China Besar
- Mukim Ramuan China Kechil
- Mukim Rembia
- Mukim Sungei Baru Ilir
- Mukim Sungei Baru Ulu
- Mukim Sungei Baru Tengah
- Mukim Sungei Buloh
- Mukim Sungei Petai
- Mukim Sungei Siput
- Mukim Taboh Naning
- Mukim Tanjong Rimau
- Mukim Tebong
- Bandar Alor Gajah
- Bandar Masjid Tanah
- Bandar Pulau Sebang
- Pekan Durian Tunggal
- Pekan Kuala Sungai Baru
- Pekan Lubok China
- Pekan Rembia
Bandar dan pekan dalam daerah Alor Gajah[sunting | sunting sumber]
- Bandar
- Pekan
- Ramuan Cina Kecil
- Sungai Siput, Melaka
- Berisu
- Melekek
- Ayer Paabas
- Taboh Naning
- Simpang Ampat
- Tanjung Rimau
- Gadek
- Kemuning
- Tebong
- Kuala Sungga
- Melaka Pindah
- Machap Baru
- Durian Tunggal
- Belimbing Dalam
- Parit Melana
- Beringin
- Rembia
- Sungai Petai
- Lendu
- Kelemak
- Ramuan Cina Besar
- Kuala Linggi
- Kuala Sungai Baru
- Sungai Baru Tengah
- Sungai Baru Ilir
- Sungai Baru Ulu
- Sungai Udang
- Pegoh
- Padang Sebang
Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]
Stesen bas, teksi dan kereta api[sunting | sunting sumber]
- Stesen Bas Alor Gajah (AG Sentral)
- Stesen Bas Pulau Sebang
- Stesen Kereta Api Pulau Sebang / Tampin
- Stesen Bas Masjid Tanah
Jeti[sunting | sunting sumber]
- Jeti Kuala Linggi
Pusat Membeli-belah dan Pasaraya[sunting | sunting sumber]
- Mydin Mall Bandar Pulau Sebang
- Pasaraya KU Masjid Tanah
- Family Store Masjid Tanah
- Freeport A'Famosa Outlet's Village, Simpang Ampat
- Tesco Cheng
Stesen minyak[sunting | sunting sumber]
- Petronas Alor Gajah
- Petronas Sungai Petai (berhampiran IKS Alor Gajah)
- Petronas Rembia
- Petronas Masjid Tanah
- Petronas Durian Tunggal
- Petronas Simpang Ampat
- Petronas Lubuk China
- Petronas Pulau Sebang
- Petronas R&R Ayer Keroh
- Shell Alor Gajah
- Shell Masjid Tanah
- Shell Durian Tunggal
- Shell Pulau Sebang
- Shell Kuala Sungai Baru
- Shell Sungai Petai
- Caltex Kelemak
- Caltex R&R Jejantas Ayer Keroh
- Petron Alor Gajah
- Petron Masjid Tanah
- Petron Simpang Ampat
Hospital & klinik[sunting | sunting sumber]
- Hospital Alor Gajah
- Hospital Kem Terendak
- Klinik Kesihatan Alor Gajah (Hospital lama Alor Gajah)
- Poliklinik Durian Tunggal
- Klinik Kesihatan Masjid Tanah
- Klinik Desa Melaka Pindah
- Klinik 1 Malaysia Taman Samarinda
- Klinik Desa Rembia
- Klinik Desa Sungai Petai
- Klinik Desa Lendu
- Klinik Desa Ayer Paabas
- Klinik Desa Brisu
- Klinik Desa Lubuk China
- Klinik Desa Sungai Buluh
- Klinik Desa Sungai Siput
- Klinik Desa Ramuan China Besar
- Klinik Desa Kuala Linggi
- Klinik Desa Kuala Sungai Baru
- Klinik Desa Tanjung Bidara
- Klinik Desa Kampung Pulau
- Klinik Desa Durian Daun
- Klinik Desa Machap Umboo
- Klinik Desa Menggong
- Klinik Desa Taboh Naning
- Klinik Desa Machap Bahru
- Klinik Desa Gadek
- Klinik Desa Melekek
- Klinik Desa Hutan Percha
- Klinik Desa Simpang Ampat
- Klinik Desa Ayer Limau
- Klinik Desa Pengkalan Balak
- Klinik Desa Belimbing Dalam
- Klinik Desa Pantai Belimbing
- Klinik Desa Tebong
Balai & pondok polis[sunting | sunting sumber]
- Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah
- Balai Polis Trafik Alor Gajah
- Balai Polis Masjid Tanah
- Balai Polis Pulau Sebang
- Balai Polis Durian Tunggal
- Balai Polis Gadek
- Balai Polis Machap Baru
- Balai Polis Kuala Sungai Baru
- Balai Polis Hutan Percha
- Balai Polis Tebong
- Balai Polis Rembia
- Balai Polis Lubuk China
- Balai Polis Simpang Ampat
- Pondok Polis Taman Sri Kelemak
- Pondok Polis Lendu
- Pondok Polis Brisu
- Pondok Polis Machap Umboo Baru
- Pondok Polis Pengkalan Balak
- Pondok Polis Taboh Naning
Tempat rekreasi[sunting | sunting sumber]
Sejarah dan Senibina[sunting | sunting sumber]
- Muzium Alor Gajah
- Makam Dol Said
- Kota Belanda
- Kubur British
- Batu Megalith
- Dataran Keris, Alor Gajah
- Masjid dari Tanah Liat di Masjid Tanah
- Rumah Api Tanjung Tuan
- Rumah Tradisional Melaka
Alam Semulajadi[sunting | sunting sumber]
- Pantai Tanjung Bidara
- Pantai Pengkalan Balak
- Pantai Tanjung Tuan
- Muara Sungai Linggi
- Pulau Kenet
- Perkampungan Orang Asli di Alor Gajah
- Pusat Penetasan Penyu Tanjung Bidara
Rekreasi[sunting | sunting sumber]
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Sekolah menengah[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Talib Karim
- Sekolah Menengah Kebangsaan Naning
- Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong
- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China
- Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal
- Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin
- Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra
- Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak
Sekolah rendah[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1
- Sekolah Kebangsaan Dato' Naning
- Sekolah Kebangsaan Sungai Petai
- Sekolah Kebangsaan Pegoh
- Sekolah Kebangsaan Melaka Pindah
- Sekolah Kebangsaan Lesong Batu
- Sekolah Kebangsaan Parit Melana
- Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam
- Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal
- Sekolah Kebangsaan Gangsa
- Sekolah Kebangsaan Rumbia
- Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah
- Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara
- Sekolah Kebangsaan Othman Syawal
- Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar
- Sekolah Kebangsaan Ayer Limau
- Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak
- Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi
- Sekolah Kebangsaan Durian Daun
- Sekolah Kebangsaan Lubok Redan
- Sekolah Kebangsaan Jeram
- Sekolah Kebangsaan Air Jernih
- Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah
- Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang
- Sekolah Kebangsaan Telok Berembang
- Sekolah Kebangsaan Padang Sebang
- Sekolah Kebangsaan Ayer Paabas
- Sekolah Kebangsaan Simpang Empat
- Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang
- Sekolah Kebangsaan Melekek
- Sekolah Kebangsaan Ganun
- Sekolah Kebangsaan Sungai Siput
- Sekolah Kebangsaan Lendu
- Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh
- Sekolah Kebangsaan Tebong
- Sekolah Kebangsaan Menggong
- Sekolah Kebangsaan Hutan Percha
- Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1
- Sekolah Kebangsaan Kem Terendak II
- Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim
- Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin
- Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih
- Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang
- Sekolah Kebangsaan Berisu
- Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
- Sekolah Kebangsaan Kemuning
- Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peng Min
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sann Yuh
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Machap Baru
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Machap Umboo
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lendu
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chabau
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pay Chee
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Alor Gajah
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kiow Min
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Taboh Naning
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khiak Yew
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Masjid Tanah
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yok Sin
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Paya Mengkuang
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Durian Tunggal
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Pekan Tebong
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Alor Gajah
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Rumbia
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Gadek
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kemuning
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Kemuning KRU Division
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Tebong
- Sekolah Rendah Arab (JAIM) Al-Falah
- Sekolah Rendah Arab (JAIM) Jelatang
Institut pengajian tinggi[sunting | sunting sumber]
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (Kampus utama)
- Universiti Teknologi MARA Alor Gajah (UiTM)
- Kolej Matrikulasi Melaka
- Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
- Kolej Komuniti Alor Gajah
- Universiti Kuala Lumpur (Kampus Alor Gajah)
- Kolej Risda
- Institut Kemahiran Belia Negara Alor Gajah
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- De Witt, Dennis (2010). Melaka from the Top. Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 9789834351922.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Laman web Majlis Perbandaran Alor Gajah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-31. Dicapai pada 2016-03-29.
- ^ "KOD PENCAMAN LOT TANAH – Unique Parcel Identifier : UPI". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-27. Dicapai pada 2012-09-14.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- http://www.mpag.gov.my - Laman web Majlis Perbandaran Alor Gajah
- http://www.ptag.gov.my[pautan mati kekal] - Laman web Pejabat Tanah Alor Gajah
- Koleksi peta-peta Alor Gajah
- https://web.archive.org/web/19991011044800/http://www.geocities.com/CapitolHill/Lobby/9835/non.htm
![]() |
Port Dickson | Rembau | Tampin | ![]() |
Selat Melaka | ![]() |
Jasin | ||
![]() ![]() | ||||
![]() | ||||
Selat Melaka | Melaka Tengah | Jasin |